VVIP DENAI CINTA

28 Februari 2010

Layakkah wanita ini bergelar IBU?

'Ibu' mangsa SITI NOR HANIM AZIZ begitu hiba 'MERATAPI' pemergian anaknya Syafia Humaira yang didera oleh kekasihnya.


Wanita ini dilaporkan mempunyai anak berusia 1 tahun hasil hubungan zina dengan pembunuh anaknya. Dia kini dikatakan mengandung 4 bulan, juga hasil bersekedudukan dengan si Iblis tersebut. Ayah kandung mangsa berada dalam tahanan (penjara) dan masih belum bercerai dengan 'ibu'nya ini.

SUSULAN KES KANAK-KANAK DIDERA SAMPAI MATI


MUSNAH DAN PINCANGNYA INSTITUSI MASYARAKAT DAN KEKELUARGAAN DI MALAYSIA DAPAT DILIHAT MELALUI KES YANG MENIMPA KANAK-KANAK MALANG; SYAFIA HUMAIRAH SAHARI YANG DIDERA SEHINGGA MATI.

Kes penderaan yang menimpa adik Syafia ini kalau dilihat ia dari sudut jenayah, ia adalah satu kes yang 'berulang-ulang' lantaran sikap kebinatangan serta keiblisan yang menutup keimanan dan kewarasan. Namun penderaan yang dialami mangsa telah membuka pelbagai cerita serta persoalan tentang permasalahan sosial yang nampaknya kian parah menimpa umat melayu khususnya yang beragama Islam di bumi Malaysia ini.

AKAN TERJAWABKAH PERSOALAN-PERSOALAN INI...?
  • Isteri yang belum bercerai, bersekedudukan hingga melahirkan anak.
  • Si perempuannya termengandung lagi
  • Suaminya kini dalam tahanan (penjara) kerana kesalahan 302 Kanun Keseksaan. Kekasihnya pula adalah penagih dadah dan sekarang disabitkan kesalahan di bawah akta sama; 302!!!
  • Ibu dan kekasih bersama-sama mendera anak yang tidak berdaya hingga mati!!!
  • Apakah jiran-jiran serta saudara-mara terutamanya datuk dan nenek mangsa tidak tahu penderaan serta penderitaan yang dialami mangsa?
  • Apakah Datuk dan saudara-mara serta jiran-jiran tidak tahu ibu mangsa bersekedudukan sehingga melahirkan anak?
  • Apakah ahli masyarakat tidak ambil pusing tentang perilaku ibu mangsa dan suspek yang tinggal bersekedudukan?
  • Apa tindakan seterusnya dari pihak Polis?
  • Apa tindakan seterusnya dari pihak Jabatan Agama serta Mahkamah Syariah?


Pemandu Teksi Bukan Sahaja Berdepan Kes Bunuh, Tetapi Kes Bersekedudukan

KUALA LUMPUR, 27 Februari : Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Rashid berkata polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.

"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.

Semalam, Bernama melaporkan kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.

Bakhtiar berkata suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan. Katanya polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan. Bakhtiar berkata polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu. Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis," katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006. Bakhtiar berkata hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya. Menurutnya keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini.


Sumber : BERNAMA

27 Februari 2010

DIDERA SAMPAI MATI


Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan. "

"Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam. Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun," katanya semalam.

Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam. "Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.

"Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa," katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya. Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya. Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu. Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.

SUMBER : BERITA HARIAN

16 Februari 2010

TEKNIK REBONDING : HAKIKAT DAN HUKUM

28 Safar 1431H
http://akhisalman.blogspot.com

MUKADDIMAH
Sudah lama persoalan hukum teknik rebonding ditimbulkan. Cuma kesibukan dan sumber rujukan yang menyebabkan lambat untuk saya menulis tentangnya. Mudah2an dgn penulisan ini akan memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat agar mereka sentiasa berada di landasan kebenaran.


APAKAH ITU TEKNIK REBONDING

‘Rebonding’ merupakan sejenis teknik meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia yang tertentu dan melalui proses yang tertentu. Bahan kimia tersebut akan mengurai struktur asal rambut dan membinanya kembali mengikut bentuk yang dikehendaki. Rambut yang melalui proses rebonding akan kekal dalam keadaan lurus sehinggalah rambut baru tumbuh.


PROSES REBONDING

Proses ini mengambil masa lebih kurang 8 jam. Jika rambut lelaki biasanya 3 jam.

  • Rambut dibasuh dengan syampu
  • Kemudian rambut dipisah-pisahkan dan dikenakan krim pelembut atau ‘relaxant’ untuk menjadikan rambut lurus. papan plastik kecil diletak bagi memastikan rambut kekal lurus
  • Krim pelembut atau ‘relaxant’ tadi dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian rambut dipanaskan dengan wap sebelum dibilas
  • Rambut dikeringkan dan dikenakan ‘keratin lotion’
  • Kemudian sejenis seterika khas untuk rambut yang mempunyai permukaan yang rata digunakan bagi memastikan seluruh rambut menjadi lurus, tiada saki baki yang tertinggal
  • Rambut dipisah-pisahkan sekali lagi, dan ‘neutraliser’ digunakan bagi mengukuhkan balik struktur rambut
  • Neutralizer dibiarkan selama 30 minit dan dibilas. Kemudian ‘seterika khas’ digunakan sekali lagi dan rambut akan kelihatan lurus dan berseri.

ADAKAH REBONDING MEMBAWA MUDARAT KEPADA RAMBUT?

Krim pelembut atau ‘relaxant’ yang digunakan dalam teknik rebonding mengandungi unsur-unsur kimia yang mengubah struktur rambut dan boleh mengakibatkan rambut kering, lemah, dan masalah rambut gugur. Antara bahan kimia tersebut adalah sodium hydroxide, calcium hydroxide dan ammonium thioglycolate. Rambut yang dilakukan rebonding perlu mendapat penjagaan yang istimewa, jika tidak rambut tersebut akan mudah rosak.



MENGUBAH BENTUK ASAL RAMBUT MENURUT ULAMA
Ulama Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya. Imam Ramli (Ulama mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj:

"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suamniya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi." (Jilid 2 ms 25)

Menurut ulama, seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.


SEBAB PENGHARAMAN
Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ia adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA: PENGUBAHAN
Rasulullah saw bersabda:

لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتلفجات للحسن المغيرات خلق الله
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu, pencukur kening dan orang yang dicukur kening, orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :

إحداث تغييردائم في خلقة معهودة
"Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama, KEKAL di sini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikkan.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN
Muawiyah berkata :
إن رسول الله صلى الله عليه وسلم بلغه فسماه الزور
"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan." Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.


KESIMPULAN
Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda :


مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." Hr Abu daud - hasan sahih

Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan. (terima kasih pd ikhwah yg cari maklumat tentang teknik rebonding)

11 Februari 2010

KOPI EREKSI UNTUK WANITA DIRAMPAS

Taman Shamelin Perkasa
Cheras, Kuala Lumpur
10 Feb 2010
11 pagi

Perhatian: Entry ini mengandungi bahan-bahan bacaan yang diklasifikasikan sebagai 18SX.


Bayangkan, apabila wanita menelan Viagra / Cialis


Apakah reaksi yang berlaku pada sistem tubuh wanita itu?


Mengikut testimoni dari wanita yang telah meminum kopi yang dirampas ini, mengakui nafsu seks mereka menjadi lebih teruja dan memberangsangkan selepas meminum kopi ini.


Bagaimanapun, sebenarnya wanita itu tidakpun mengetahui bahawa kopi yang diminum itu mengandungi bahan yang merupakan untuk mengubati mati pucuk (impontensi) yang sebenarnya digunakan untuk lelaki mempunyai masalah demikian.


Kopi campuran yang dirampas di dalam operasi besar-besaran di seluruh negara ini sebenarnya telah berada dalam pasaran sejak lebih 2 tahun lalu.


Ia dijual secara jualan langsung (MLM)


Harganya bukan murah, RM30 sepeket 20gm, (RM300 untuk sekotak 10 peket).dan mempunyai dua jenis pembungkusan - kopi untuk lelaki dan kopi untuk wanita.


Syarikat yang diserbu ini sebenarnya telahpun dibatalkan Lesen Jualan Langsungnya oleh Kementerian Perdangangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK


Lesen jualan langsungnya telah dibatalkan sejak 19/09/2008


Setelah beberapa bulan menjalankan siasatan, risikan dan mendapatkan maklumat dalaman, akhirnya ibupejabat syarikat yang terletak di Taman Shamelin Perkasa diserbu.


Turut diserbu, kilang pembungkusannya di Melaka dan semua pejabat stokis di seluruh negara.Rampasan bernilai kira-kira RM1 juta.


Nampak mudah, tetapi sebenarnya banyak 'homework' perlu dibuat sebelum serbuan dilakukan kerana sebarang kesilapan boleh membawa implikasi besar.


'Kunci' utama ialah laporan kimia setelah sample produk diuji di makmal, membuktikan kandungan sebenar di dalam kopi campuran ini.


Ada dua jenis sample diujikaji dan hasilnya:

Extremen - (untuk lelaki) - mengandungi hydroxythiohomosildenafil
sejenis analog sildenafil iaitu sildenafil yang telah diubahsuai strukturnya dan sukar ditemui / dikesan melalui ujikaji jika makmal yang digunakan tidak canggih.

Sildenafil (Viagra) - digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi; ketikdamampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Sildenafil adalah di dalam kelas fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Sildenafil meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual berlaku.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.


Extrewomen - (untuk wanita) - mengandungi
tadalafil dan kaffein
Tadalafil digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi;ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Tadalafil berada dalam kelas disebut fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Ia bertindak dengan meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual.Hal ini meningkatkan aliran darah dapat menyebabkan ereksi. Tadalafil tidak menyembuhkan disfungsi ereksi atau meningkatkan hasrat seksual.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.


Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd Hatta Ahmad berkata, orangramai seharusnya tidak mudah terpedaya dengan sebarang produk yang kini kebanyakannya dibungkus dan didakwa sebagai kopi dan mempunyai pelbagai 'kuasa luarbiasa'.


Harga yang begitu mahal serta dakwaan-dakwaan ajaib itu sepatutnya menimbulkan kecurigaan kepada mereka dan boleh meminta nasihat dari pihaknya jika meragui kandungan di dalamnya.


Beberapa lagi produk syarikat ini akan diuji dimakmal bagi menetukan kandungan sebenar di dalamnya.



Disalin tampal dari blog : ONDSCENE

08 Februari 2010

RAMPASAN MINYAK PELINCIR, MINYAK GEAR, MINYAK BREK - SEMUANYA TIRUAN

Bt 17, Jalan Rawang, Selangor
5 Feb 2010



Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada asalnya,
serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya menemui yang lebih besar.


Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk kepastian.


Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan.


Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan barangan yang dirampas.


Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.


Lelaki itu : "U siapa?"
Saya : "Kenapa? Ada apa masalah?" Lalu saya menunjukkan tag nama saya.
Lelaki itu : "U tidak boleh ambil gambar. Company kita tak benarkan."
Saya sebenarnya dah mengagak kejadian begini akan berlaku kerana telah banyak kali mengalaminya.
Lelaki itu : " Tolong jangan ambil gambar. Ini policy kami, kami tidak mahu customer lari, sales kami jatuh sebab u kasi keluar ini kes."
Saya : "Maaf, saya tak boleh ikut kata u, sebab ini hal pengguna. Masalah customer lari, bukan masalah saya, saya mewakili pengguna. U ingat saya tak kena marah dengan orang ramai, sebab buat berita, tapi tak mau tunjuk apa barangnya. Lebih baik saya balik!" Lelaki itu kemudian membuat beberapa panggilan telefon, tak taulah apa yang diadukannya.

Lelaki itu : "Kita boleh kautim. U ambik gambar, tapi ini produk u kasi tutup nama. Berapa, 500 boleh (RM)?"
Saya : "Sori, u mau bayar saya satu juta pun, saya tak mau."
KPDNKK : "Macam inilah. U jangan ganggu dia ok? Apa-apa hal, u cakap dengan kita punya bos. Timbalan Pengarah on the way. Dia buat dia punya kerja, u buat u punya kerja. Ini hal pengguna, kena tipu."

Sebenarnya, saya dah terfikir untuk SMS rakan di SPRM untuk buat sesuatu, tapi hold dulu, kerana mungkin dia bergurau mengenai tawaran itu. Tapi jika dia cuba ulangi lagi, rasanya dah lain jadinya berita ini...


Kilang haram ini dipercayai telah beroperasi kira-kira setahun lalu. Pekerjanya hanya seorang - lelaki yang ditangkap polis bersabit kes nakortik.


Dialah yang membuka, mengunci kilang, mengisi, mengepam, membungkus minyak, melekat label.


Itu dakwaan dia, yang menurutnya, tauke hanya datang sekali-sekala memberikan arahan.


Beribu-ribu liter minyak pelincir pelbagai kelikatan yang diisi di dalam pelbagai tong dan tangki ditemui.


Tidak cukup di dalam, minyak juga ada di luar bangunan, dan ada pula 2 stor menyimpan barangan seperti botol.


Turut ditemui beribu-ribu botol kosong, kotak, penutup botol,pelekat/label pelbagai jenama minyak pelincir, dari yang murah sehinggalah yang berharga ratusan ringgit sebotol.


Dan ia kemudian diisi mengikut formula yang telah ditetapkan ke dalam botol-botol pelbagai jenama minyak pelincir di negara ini.


Ada minyak pelincir, minyak brek, minyak gearbox dan macam-macam minyak lagi termasuk yang dikeluarkan Proton.


Tiada apa bezanya pembungkusan / botol dengan yang asli - semuanya sama (hampir sama?), kecuali yang membezakannya ialah mungkin kelikatan / warna minyak di dalam botol itu.


Dan ia hanya mungkin diketahui tiruan setelah pengguna menggunakannya, di mana mungkin cepat mengalami kerosakan pada enjin atau enjin tidak berkuasa seperti yang didakwa pengeluar.


Menurut Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Tamby Chik, siasatan awal pihaknya mendapati minyak ini diedarkan ke seluruh negara.


Beribu-ribu bengkel seluruh negara dipercayai menggunakan minyak ini kerana harganya yang murah dari harga sebenar.


Rampasan ini bernilai kira-kira setengah juta ringgit.


Kelemahan pihak pengeluar asal ialah, mereka mungkin tiada ciri keselamatan atau seperti hologram untuk mengelakkan pengguna tertipu membelinya.


Itulah sebabnya mungkin arahan diberikan kepada pihak guaman supaya media tidak dibenarkan menyiarkan apakah produk yang ditiru.


Jadi, jika anda menghantar kereta anda untuk diservis ke bengkel, sebaiknya anda beli sendiri minyak yang dijual di stesyen minyak kemudian baru beri pada mekanik.


Tidak dinafikan, memang ada bengkel tidak mengetahui minyak yang dijual kepada pelanggan adalah tiruan, tetapi kebanyakannya MEMANG mengetahui ia adalah tiruan...


Jadi, adakah benar, saya melakukan kesalahan menyiarkan entry / berita sebegini semata-mata sebagai peringatan kepada kita semua?


Dan juga, mungkin anda telah mendapat sedikit gambaran bagaimana wartawan juga menghadapi risiko untuk disaman jika menyiarkan sesuatu tanpa asas yang kukuh



disalin tampal dari blog :
ONDSCENE
Related Posts with Thumbnails