Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-64 pada 27 Julai 2004 seperti berikut:
“Peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi, kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam pengertian judi. Dari itu, HUKUM PERADUAN KUIZ TERSEBUT ADALAH HARAM DI SISI SYARA'."
RTM; stesen radio dan televisyen yang dimiliki oleh kerajaan nampaknya mencabar keputusan yang telah dikeluarkan oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) serta MAJLIS FATWA KEBANGSAAN apabila bertindak semberono dengan mengadakan kuiz SMS yang telah difatwakan HARAM!!!
Kuiz SMS yang diadakan bermula 19 Oktober 2009 dan berakhir 18 April 2010 : Tonton program National Geographic setiap hari pukul 7.00 petang di TV 1 untuk menangi wang tunai berjumlah RM82,000.Caranya mudah sahaja, pada hari Ahad setiap minggu SMSkan NATGEO ke 32776 dan jawab 1 soalan mengenai National Geographic yang disiarkan pada sepanjang minggu itu. (Setiap sms dicaj RM0.50!!!)
10 pemenang bertuah akan memenangi RM200 setiap minggu. Lebih banyak saudara sms lebih besar peluang untuk memenangi 6 hadiah MEGA RM5000. KLIK DI SINI UNTUK KE WEB JUDI HARAM INI.
Bagaimana agensi milik kerajaan ini boleh terlepas pandang dalam perkara sebegini? Apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai serta pengarah-pengarah di RTM? Apakah mereka terlalu bodoh serta jahil sehinggakan kuiz yang nyata berunsurkan perjudian turut diadakan oleh RTM???
KUIZ JUDI SMS oleh RTM ini wajar dihentikan segera!!! Menteri berkaitan perlu bertanggungjawab atas penganjuran JUDI oleh agensi di bawah amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Bukan hanya RTM, malah kuiz SMS yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat lain yang semakin berleluasa tanpa kawalan sewajarnya dipandang serius dan tindakan serta hukuman berat wajib dikenakan kepada pihak yang menganjurkannya!!!
RUJUK KEPUTUSAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MENGENAI PENGHARAMAN KUIZ SMS. KLIK DI SINI : Keputusan Fatwa Negeri Perlis, Sarawak, Melaka dan web JAKIM.