Khamis, 19 November 2009

Batalkan tunai haji selesaikan isu - Nazri Aziz


SALMA HUSIN - HARAKAHDAILY

KOTA BHARU 18 Nov : Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu. "Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami. Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, tidak boleh berlaku perkara sedemikian."

"Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar," ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi. Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.

Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu. Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.

"Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa."

"Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus," ujarnya.

Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.

Rabu, 18 November 2009

DEBAT ROYALTI : Nazri Aziz diminta pegang pada janji


Hazayani Zakaria & Dzulfikar Mashoor HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR 18 Nov : Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz menunaikan janjinya untuk berdebat secara terbuka mengenai isu Royalti Petroleum Kelantan.

Salahuddin dalam satu sidang media di lobi parlimen petang semalam berkata, PAS akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bagi menetapkan tarikh dan tempat untuk diadakan debat tersebut.

"Saya harap Datuk Nazri akan berpegang pada janjinya untuk mengadakan perdebatan terbuka ini. Beliau dah bagi persetujuan di dalam dan luar dewan untuk berbahas mengenai royalti,"

"Saya akan bincang dengan Datuk Nazri, mungkin kita akan tubuhkan jawatankuasa untuk bincang tentang debat ini di pihak saya dan juga pihak beliau dan saya akan bincang jugak dalam parti tentang perkara ini, tempat dan tarikh akan diberitau secepat mungkin kepada media," katanya. Sehubungan itu, beliau mengharapkan respon positif daripada Nazri.
Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) pula berkata, wakil rakyat Pakatan Rakyat telah berhujah berhabis-habisan untuk menyangah penyelewengan fakta yang dinyatakan oleh Nazri sewaktu ucapan pengggulungannya petang tadi.

Namun ujarnya, Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional masih ingin menegakkan benang yang basah dengan memberikan alasan Kelantan tidak berhak ke atas royalti tersebut.

"Kita (Pakatan Rakyat) telah berhujah habis-habisan tadi. Wakil Machang, Ipoh Timur dan saya sendiri. Nyata bahawa menteri dan kerajaan Barisan Nasional bertegas tidak mahu memberi royalti ini kepada kerajaan negeri kelantan atas alasan tidak ada hak. Apa yang ada cuma ihsan belas daripada kerajaan persekutuan," katanya.

KES VIDEO KLIP VK LINGAM :

Bercakap dalam sidang media yang sama,Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) pula mencadangkan suatu pendakwa bebas diadakan dalam menyelesaikan kes video klip Datuk VK Lingam.

"Saya ingin mencadangkan agar satu pendakwa bebas seperti yang dilakukan oleh negara lain sewaktu kepentingan negara terutama yang berpofil tinggi wujud dan itu telah disahkan oleh menteri tadi. Mereka tidak mempertikai kesimpulan oleh suruhanjaya diraja," jelasnya.

"Ketika skandal seks bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan Monica Lywinsky, maka dilantik seorang Pendakwa Bebas (yang bernama) Cannestar, ketika berlaku monopoli dalam Microsoft, maka dilantik (Pendakwaraya Bebas) dilantiknya David Boyz. Mereka ini dikenali sebagai bekas pendakwaraya yang bebas," jelasnya.

"Kerajaan boleh berbuat demikian kalau ada iltizam politik kerana Pendakwaraya sendiri (iaitu) Abdul Ghani Patail secara peribadi, bukan secara institusi dipertikai... Maka Yang Dipertuan Agong perlu melantik semula seorang yang dikenali bebas untuk menguruskannya, inilah yang kerajaan perlu buat." Beliau juga mendesak kerajaan memberi respon segera dalam dewan perbahasan dalam masa terdekat.

Selasa, 17 November 2009

DUN Selangor lulus usul tubuh SURUHANJAYA siasat kematian Teoh

Salhan K Ahmad MALAYSIAKINI.COM
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul mendesak kerajaan pusat menubuhkan SURUHANJAYA DiRAJA bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Usul tersebut dibentangkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan diluluskan tanpa kehadiran wakil rakyat pembangkang selepas dibahaskan kira-kira satu jam.

Teoh adalah setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga ADUN Sri Kembangan. Difahamkan, beberapa ADUN BN yang hadir ke sidang DUN hari ini, bertindak keluar dewan apabila usul tersebut dibentangkan tengahari tadi.


"Kenapa bila bicarakan tentang Teoh Beng Hock, semua orang BN lari?" kata Ng yang mempersoalkan tindakan wakil-wakil pembangkang itu. Ng seterusnya berkata, usul tersebut dibentangkan memandangkan kabinet sebelum ini telah bersetuju menubuhkan suruhanjaya diraja.

Namun, kuasa suruhanjaya itu didapati terbatas kepada menilai kaedah soal siasat SPRM dan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Kabinet juga memutuskan satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh. Inkues tersebut sedang berjalan di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Ng berkata, usul yang dibentangkannya itu berpandukan garis panduan inkues yang dikeluarkan oleh Hakim Besar Malaya, Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2007. "Ini jelas menyatakan mahkamah koroner hanya berhak mencari kebenaran tetapi tiada kuasa mencari siapakah pembunuh serta tiada hak mendakwa sesiapa. Oleh itu peranan mahkamah koroner hanya sama dengan satu pendengaran awam yang terbuka sahaja," katanya lagi.

Ng juga turut mendesak ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan sekiranya sebab kematian Teoh tidak ditemui. "Pihak SPRM mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock. Jangan cuba berdolak-dalik dan lepas tangan kononnya kematian tersebut tiada kena mengena dengan SPRM," tambahnya.

Ng juga mendakwa, Ean kini menghadapi masalah untuk mendapatkan setiausaha politik baru untuk menggantikan tempat Teoh, kerana ramai yang takut musibah yang sama akan menimpa diri mereka. Beliau mendakwa ia merupakan salah satu perang saraf pihak BN yang didakwanya memperalatkan SPRM demi untuk melemahkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

SIKAP ANGKUH PEMUDA UMNO DISELAR

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda UMNO dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji. Bercakap di dewan rakyat hari ini, Anwar memberitahu banyak lagi kes-kes rasuah membabitkan pemimpin UMNO Barisan Nasional dengan nilai yang lebih besar tetapi sayap UMNO itu hanya berdiam sahaja.

Namun apabila membabitkan pemimpin pembangkang ujarnya, pemuda UMNO terus lantang bersuara seolah-olah merekalah yang konsisten menjuarai isu rasuah. "Untuk pemuda-pemuda UMNO, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan."

"Tan Sri Yang Dipertua... kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu... bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.

Beliau yang turut mendedahkan beberapa bukti kes rasuah berprofil tinggi dalam kerajaan siang tadi juga berpendapat adalah sangat tidak tepat untuk mana-mana pihak menyerang individu seperti Nik Abdul Aziz sebagai perasuah sedangkan perasuah besar lain dipencilkan.

"Saya belum tahu, sejak saya terlibat dalam politik (tahun) 1982 atau sebelumnya, seorang tokoh politik yang ada jawatan besar yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru Nik Aziz. Kalau orang macam itu pun diserbu, diaibkan dan diserang sebagai perasuah, mengapa lepaskan semua perasuah-perasuah besar lain."

Semalam, Pemuda UMNO Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai menteri besar. Selain pemuda UMNO, Anwar turut membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat bertindak atas arahan politik dan memfokuskan tokoh tertentu khususnya pimpinan pembangkang.

Perkara itu katanya kini menjadi pengetahuan umum dengan beberapa tindakan SPRM yang dilihat sangat obses terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. "SPRM ambil tindakan atas arahan politik, kerana menuju kepada tokoh-tokoh tertentu untuk pertikai kredibiliti masing-masing. Kalau tokoh melayu muslim begini pun diserang, ini apa nak jadi pada negara," tegasnya.

baso menate babi beruk mat yeh pemudo UMNO klate!

puwok2 menate babi + beruk mat yeh ni dok geger lagi. dok suruh Tok Guru letok jawatea. Baso bengong nok mapuh! Doh la bengong menate2 ni, pahtuh jahil tukil! Baso bengong!!!

wahai puwok2 bengong! mung ni yo ko dok Klate? mung rajin dok gi rumoh Tok Guru hok mung dok tuduh2 Tok Guru tu rasuoh??? pemimpin2 UMNO hok mung dok pujo2 tu ado ko hok rumoh dio srupo rumoh Tok Guru...? Baso menate UMNO babi!

Lain kali kalu nak glamor pun jange la nunjuk kebabian demo tu. guno la otok sikit (tu pun kalu mung ado otok). Mung dok maroh dok ngato koksey ko Tok Guru tu bakpo? Mmg mung ni Pemudo UMNO Klate baso2 puwok2 beruk! Tok ngaji skoloh. Kecik2 toksey mapuh! Besar2 nyusoh kokre...!!!

MANGKUK HAYUN!!! RAKYAT PILIH HANG SUPAYA BERBAKTI, BUKAN MEMONTENG!!! TAK PEPASAL SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL

Inilah akibatnya apabila amanah yang digalas tidak dilaksanakan sebaiknya. Apabila jawatan yang diperoleh dianggap sebagai cara dan jalan untuk bermegah. Kononnya akulah yang bergelar WAKIL RAKYAT, akulah YANG BERHORMAT, akulah 'waibi'!!!

Satu Pilihan Kecil nampaknya bakal diadakan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Gara-gara si bengap yang kaki ponteng! Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

..................................................


KOTA SIPUTEH DIISYTIHAR KOSONG

malaysiakini.com
Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok. Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada jam 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil
rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong. Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya. SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat," katanya.

Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan. "Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil. Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said. - BERNAMA


BACA BERITA BERKAITAN... klik :

MALAYSIAKINI.COM & HARAKAHDAILY.NET


Isnin, 16 November 2009

Pusat tarik peruntukan Parlimen Tun Abdullah


Orang-orang UMNO ni sememangnya tidak diajar menghormati mantan pimpinan mereka. Lihat sahaja apa yang dilalui oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir yang pandangannya langsung tak diterima oleh pimpinan UMNO yang memegang pemerintahan. Kini Tun Abdullah Ahmad Badawi pula bakal menerima nasib yang sama!!!

........................................................

PUSAT TARIK PERUNTUKAN
PARLIMEN TUN ABDULLAH


MOHD SABRI SAID HARAKAHDAILY.NET
KEPALA BATAS 16 Nov : Peruntukan pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi Parlimen Kepala Batas, iaitu parlimen bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi didakwa telah ditarik oleh kerajaan persekutuan.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain. Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah-olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan menganiaya masyarakat di parlimen tersebut.

"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatannya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah," tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.

Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya, khususnya di Dewan Undangan negeri (DUN) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.

" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.

Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003, boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan. Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik.


oiitttt UMNO!!! GENG SENDIRI PUN MAU CANTASSSS KA...??? HAHAHAHAHAAAA.....!!!

Sabtu, 14 November 2009

Anwar digaji RM1 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor

SHAH ALAM Nov 13 : Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan. Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998. Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.

Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan.

Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Account Ability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.

Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini. “Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa. Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia.

“Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan, kalau lebih dari itu dia tak akan kerja, kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” kata Khalid. HARAKAHDAILY.NET

Mustafa sambut baik cadangan Nik Aziz jadi ketua Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 13 Nov : Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.

"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.

Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan :

  • Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat : 44%
  • Datuk Seri Anwar : 43%
  • Lim Kit Siang : 17%
  • Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%

Datuk Zaid calonkan Nik Aziz sebagai ketua Pakatan Rakyat

"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengerusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.

"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda 'unity government' dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.

Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu.

"Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu. Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu," tulis Zaid dalam blognya.

Dalam tulisannya itu, Zaid juga mencadangkan agar Tengku Razaleigh Hamzah dilibatkan dengan Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka, tulis Zaid.

Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang 'striker' lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan. Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politiknya kontemporari, tulisnya. Menurut Zaid, beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama, katanya.

"Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah," tulisnya lagi.

Dalam tulisannya, Zaid mempunyai pandangannya tersendiri dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mengembangkan sayapnya di Sabah dan Sarawak. "Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008.

"Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?" tulis Zaid.

Yang penting, bagi beliau adalah untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan. "Hanya gabungan besar atau 'grand coalition' seperti ini mampu mengatasi gergasi BN," katanya.

"Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari," tulisnya lagi. HARAKAHDAILY.NET

Khamis, 12 November 2009

SELANGOR IKTIRAF KHIDMAT CEMERLANG TEOH BENG HOCK

HARAKAHDAILY.NET
SHAH ALAM, 12 Nov: Kerajaan Negeri Selangor memberi penghargaan kepada mendiang Teoh Beng Hock atas khidmat cemerlangnya ketika bertugas sebagai setiausaha politik kepada ahli EXCO kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah.

Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ean Yong Hian Wah telah menyerahkan sijil penghargaan tersebut kepada bapa mendiang Teoh, Teoh Leong Hwee pada Isnin lalu di Pejabat Dato’ Menteri Besar, Shah Alam.

Dalam pertemuan itu, Nik Nazmi merakamkan kesedihan kerajaan negeri atas nasib yang menimpa mendiang Teoh kerana beliau telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan. Katanya, ekoran kejadian tersebut, kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan di kalangan penjawat awam Selangor.

Antara ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang turut hadir ialah ibu Teng Meng Kee, abang Teoh Meng Kee dan adik Teoh Lee Lan.



Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada bapa mendiang, Teoh Leong Hwee. Turut hadir Exco Kerajaan Negeri YB Ean Yong Hian Wah (6 dari kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, YB Hannah Yeoh (hujung sebelah kanan).


Rabu, 11 November 2009

Satu Kerusi Stadium Nilainya RM500!!!

Mahal jugak yea rupe-rupenye harga sebijik kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerosakan akibat rusuhan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari turut membabitkan 224 kerusi yang menyebabkan kerugian berjumlah RM112,000.

224 kerusi bersamaan RM112,000

RM112,000/224 = RM500

Kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil jumlahnya 100,000. Ini bermakna kos untuk kerusi sahaja di stadium tersebut adalah RM50juta!!!


>>>>>>>>>>>> $$$$$$$$$$$ <<<<<<<<<<<<


"KITA KERUGIAN RM214,000" - BERITA HARIAN

JUMLAH kerugian yang dialami Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara tindakan liar penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu adalah berjumlah RM214,000.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerosakan itu membabitkan 224 kerusi yang menyebabkan kerugian berjumlah RM112,000, tiga laluan trek yang membabitkan belanja RM60,000 serta pintu pagar untuk Orang Kurang Upaya (OKU), pintu pagar dan tandas.

"Kita nak ingatkan kepada penyokong duit yang digunakan membina Stadium Nasional adalah duit rakyat juga. Kalau kita kena baiki, duit ini datangnya daripada duit rakyat."Jadi dalam soal ini kita minta penganjur dan penonton untuk memikirkan supaya tidak berlaku lagi kerosakan dan sepatutnya menunjukkan semangat kesukanan," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat dasar di Parlimen, semalam.

Beliau berkata, jumlah kerugian hasil penilaian kerosakan yang dibuat oleh Perbadanan Stadium Bukit Jalil itu adalah tinggi dan memerlukan kos untuk membaik pulih keadaan stadium berkenaan.

Pada perlawanan akhir, Sabtu lalu hampir 80 peratus daripada 100,000 kerusi di Stadium Nasional dipenuhi dengan penyokong Kelantan atau "Red Warriors' berbanding hanya 15,0000 penyokong Negeri Sembilan atau 'Rusa'.

Kekecohan mula berlaku apabila Negeri Sembilan menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan penalti penyerang, Mohd Zaquan Adha pada minit ke-58, apabila penyokong Kelantan membaling pelbagai objek, mercun dan membakar kain rentang serta kerusi di satu bahagian stadium itu.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery tidak menafikan kehadiran penyokong Kelantan ke Stadium Nasional adalah sesuatu yang 'menakjubkan' dan berjaya menimbulkan kembali keghairahan orang ramai terhadap sukan bola sepak negara.

"Tahniah kepada penyokong Kelantan yang memberi suasana atau pengisian baru dalam arena bola sepak negara dan menimbulkan kembali keghairahan orang ramai terhadap bola sepak negara," katanya.

Bai'ah talak : "Tiada dalam kepala saya" - Nik Aziz


KOTA BHARU, 10 November : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.

Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu. “Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah-bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.

Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS. PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.

Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam. "Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni... macam aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi. "Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.

PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu. Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.

Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger. Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. HARAKAHDAILY.NET

Selasa, 10 November 2009

Iklan 'potong' jadi isu di Parlimen


MALAYSIAKINI.COM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan 'potong' secara berulang-kali dalam iklan itu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.

"Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir. "Bila kita kata potong ini... lucah sangat la... kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada amalan bersunat). Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah," katanya.

Bagaimanapun hasrat Mohamad untuk berhujah mengenai pengwujudan Tabung Kebajikan Penggiat Seni ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meminta beliau meringkaskannya.

"Yang Berhormat, sila ringkaskan, saya tidak mahu menggunakan perkataan 'potong' pada Yang Berhormat," katanya, berseloroh. Mendengar teguran itu, Mohamad segera menghentikan hujahnya dengan berkata: "Jadi begitu saya tidak kena potonglah," yang mengundang ketawa anggota dewan. BERNAMA

JUSTICE FOR TEOH BENG HOCK!!!

Mahkamah koroner hari ini memerintahkan supaya mayat Teoh Beng Hock digali semula pada 21 November depan.

Peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi SPRM menarik perhatian mahkamah bahawa Dr Pornthip tidak berkelayakan dari segi undang-undang di Malaysia untuk mengendalikan proses bedah siasat terhadap mayat Teoh.


"Ini kerana pakar forensik Thailand itu menerima kelulusan perubatannya dari universiti yang tidak diiktiraf di bawah senarai 250 universiti perubatan dalam Jadual Kedua akta tersebut," katanya.


Dr. Gunther Van Hugens


Agaknya peguam SPRM ni lebih suka kalaulah 'Dr. Death' Gunther Van Hugens yang hadir untuk bedah siasat Teoh nanti. Siapa agaknya yang betul-betul berkelayakan untuk hadir ke bedah siasat ini sekiranya Pakar Forensik Thailand, Dr. Pornthip yang telah membedah hampir 10,000 mayat juga dipertikai oleh peguam SPRM ini?


'Hasil karya' Dr. Gunther Van Hugens yang merupakan
pakar mengawet mayat menggunakan teknik 'plastination'.
Orang-orang SPRM, nak try ke...?



MAHKAMAH KORONER PERINTAH MAYAT TEOH DIGALI SEMULA!!!

Mayat Teoh Digali 21 November

malaysiakini.com
Mayat Teoh Beng Hock akan digali semula pada 21 November ini dan bedah siasat akan dijalankan pada hari berikutnya. Mahkamah koroner hari ini memerintahkan supaya mayat Teoh Beng Hock digali semula pada 21 November depan manakala bedah siasat dijalankan pada hari berikutnya di Hospital Sungai Buloh. Bedah siasat itu akan dijalankan oleh ahli forensik patologi Dr Shahidan Md Noor.

Pada 27 Oktober lalu, Keluarga Teoh memfailkan permohonan untuk menggali mayatnya ekoran pendedahan ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dan kematiannya mungkin disebabkan homisid. Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 335 Kanun Prosedur Jenayah dan disokong oleh afidavit abang Teoh - Meng Kee. Mahkamah juga memutuskan bahawa Pornthip boleh menghadiri bedah siasat kedua itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai proses bedah siasat itu, termasuk bila dan di mana ia akan dilakukan, hanya akan ditentukan oleh mahkamah Isnin depan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi SPRM menarik perhatian mahkamah bahawa Dr Pornthip tidak berkelayakan dari segi undang-undang di Malaysia untuk mengendalikan proses bedah siasat terhadap mayat Teoh.

"Ini kerana pakar forensik Thailand itu menerima kelulusan perubatannya dari universiti yang tidak diiktiraf di bawah senarai 250 universiti perubatan dalam Jadual Kedua akta tersebut," katanya.

Peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memohon mahkamah supaya membenarkan Dr Pornthip menghadiri proses bedah siasat itu dan membuat pemerhatian bagi membolehkannya menyediakan laporan forensik. "Kami juga memohon supaya Dr Pornthip dibenarkan untuk memberi keterangan sekali lagi ke mahkamah ini dan membentangkan hasil laporan forensiknya."

"Kami merasakan pendapat Dr Pornthip adalah amat relevan dalam prosiding inkues ini bagi membantu mahkamah membuat penemuan mengenai sebab-sebab kematian mendiang dan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematiannya," kata peguam itu yang turut memaklumkan bahawa Dr Pornthip sedia menghadiri bedah siasat bermula 14 November depan.

Gobind juga berkata koroner mempunyai bidang kuasa untuk melantik seorang pegawai perubatan bagi menjalankan bedah siasat ke atas mayat Teoh. Beliau juga tidak membantah sekiranya bedah siasat itu dihadiri oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah menjalankan autopsi ke atas mayat Teoh sebelum ini, serta seorang pakar forensik bebas yang dilantik SPRM.

Peguam Tan Hock Chuan, mewakili kerajaan Malaysia serta peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi kerajaan negeri Selangor, tidak membantah permohonan itu. "Kami bersetuju bahawa keluarga si mati berhak untuk mengetahui punca sebenar kematian Teoh dan apa yang berlaku pada 16 Julai lalu."

"Kesemua pihak (peguam) dalam prosiding inkues ini bersetuju untuk membantu koroner dalam hal ini dan kami juga bersetuju bahawa doktor-doktor terbabit dibenarkan untuk menghadiri bedah siasat Teoh," kata Tan.

Pada 16 Julai, Teoh, setiausaha politik kepada anggota EXCO Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri di pejabat SPRM yang terletak di bangunan yang sama. Mayatnya telah dikebumikan empat hari kemudian di Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor.

Jumaat, 6 November 2009

Konvensyen blogger PAS atasi fitnah media baru

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen blogger PAS, ekoran beberapa polemik besar parti itu yang dilihat berpunca daripada media baru. Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, konvensyen itu antara lain bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS.

"Kita mahu blogger kita (PAS) ini menjadi orang yang memperbetul persepsi dan tanggapan PAS dalam gerbang maya ini," katanya ketika dihubungi.

Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu. "Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi.

Penganjur juga katanya berhasrat menjadikan blogger PAS ini sebagai kumpulan yang mampu berdepan kumpulan cyber troopers Umno BN dalam usaha mematahkan hujah yang dilempar kumpulan itu.

Menurut beliau lagi, konvensyen tersebut juga akan memberi pendedahan kepada para perwakilan yang hadir tentang etika kewartawanan dan kaedah penulisan yang betul.

Beberapa tokoh dan panel yang mempunyai kredibiliti dalam bidang masing-masing akan dijemput membentangkan kertas kerja dan berkongsi pengalaman berkaitan. Namun ia hanya terbuka kepada blogger yang mempunyai nombor keahlian PAS sahaja.

Mereka diminta mendaftarkan diri dengan menghubungi Sekreteriat Penerangan PAS Pusat di talian 03-2692500 atau menghantar email ke penerangan.paspusat@yahoo.com sebelum 13 November ini. Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Selain nombor keahlian PAS, blogger yang mahu menyertai konvensyen tersebut perlu menyertakan sekali alamat blog masing-masing untuk tujuan pengesahan. -HARAKAHDAILY.NET-

..........................................

Satu usaha yang baik oleh PAS dalam 'menyatukan' hati serta tindakan blogger agar penulisan mereka tidak menjadi seperti 'senjata makan tuan'. Diharap pihak penganjur dapat memberikan 'keringanan' mengenai syarat sebagai ahli dengan membenarkan blogger yang belum mendaftar sebagai ahli PAS untuk mendaftar pada hari konvensyen ini berlangsung.

Rabu, 4 November 2009

KUBUR TEOH BAKAL DIGALI


KORONER BENAR MAYAT TEOH

DIGALI SEMULA

malaysiakini.com
Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membenarkan permohonan keluarga Teoh Beng Hock untuk menggali semula mayatnya bagi dibedah siasat semula. Bedah siasat kedua ini akan turut dihadiri oleh pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojansunand. Dr Pornthip tidak boleh melakukan bedah siasat kerana hanya doktor Malaysia sahaja yang melakukannya seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Koroner juga memutuskan bahawa bedah siasat kedua itu hendaklah dilakukan dengan kehadiran Dr Prashant N Samberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan ahli patologi Dr Khairul Azman Ibrahim dan doktor forensik yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Baru-baru ini, Dr Pornthip memberitahu inkues bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan kematian Teoh disebabkan homisid.

Selasa, 3 November 2009

Ape kejadahnye 1Malaysia...??? PENING LAGI MEMBINGUNGKAN

1Malaysia...? Semangat 1Malaysia...? Ape kejadahnye semua tu...? Sehingga diadakan Perkhemahan 1Malaysia untuk kanak-kanak sekolah rendah, kononnya untuk menyemai semangat dan supaya mereka memahami 1Malaysia.

Haru-biru dibuatnya, belum habis lagi kita dicelarukan dengan Islam Hadhari Pak Lah Badawi. Kini kita dibengongkan pula dengan semangat 1Malaysia ciptaan Najib Razak. Apa peri pentingnya Perdana Menteri yang baru dilantik untuk memperkenalkan 'gagasannya'??? Penting sangatkah slogan berdegar-degar sedangkan negara tetap ditakuk lama, ekonomi belum pulih, harga minyak mencanak naik.

Apa yang nak ditonjolkan oleh PM kita ni...? 1Malaysia? Apa itu semangat 1Malaysia? BN sendiri pun bergolak, UMNO tak boleh nak menegur MCA dan MIC, dan begitu juga sebaliknya. Kalau dalam BN sendiri pun tidak boleh nak menegur demi kebaikan parti, macammana nak suruh rakyat memahami semangat 1Malaysia...?

Nampaknya Najib sendiri bakal pening kepala dengan gagasan 1Malaysianya apabila Pemuda Gerakan menggesa Barisan Nasional (BN) supaya 'jangan melupakan' cadangan penggabungan semua parti komponennya menjadi sebuah parti besar yang mewakili pelbagai kaum. KLIK DI SINI.

Apakah UMNO yang seolah-olah menjadi jaguh mempertahankan melayu akan bergabung di bawah satu parti? Najib tentu pening dan sedaya mungkin akan mengelak untuk menubuhkan parti besar yang mewakili pelbagai kaum, 1BN!!!

Kecelaruan semangat 1Malaysia yang gagal difahami khususnya oleh pemimpin BN sendiri membuktikan gagasan 1Malaysia sukar diserap, sukar dicerna, sukar difahami, sukar dipraktikkan, malah ia jelas dan nyata membingungkan rakyat. Sekiranya BN mempraktikkan semangat 1Malaysia, mungkin tidak tercetus sikap tidak puas hati Pemuda Gerakan terhadap kritikan Ahli Parlimen Seri Gading (UMNO).

Malaysiakini melaporkan kira-kira 50 anggota Pemuda Gerakan berdemonstrasi membantah kenyataan ahli parlimen BN Seri Gading Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden parti itu Tan sri Koh Tsu Koon berundur daripada kabinet atas alasan gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk dan kain rentang, selain melaungkan jeritan anti-Mohamad. Kumpulan itu menuntut BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Mohamad kerana didakwa membuat kekacauaan dalam parti sendiri. BACA SETERUSNYA DI SINI.

Rasanya kita tidak memerlukan slogan 1Malaysia, sebagaimana tidak perlunya kita dipimpin oleh PM Najib. Sekadar melaungkan slogan dan mencipta gagasan, murid pra-sekolah pun mungkin mampu untuk melakukannya.

Apa yang rakyat inginkan bukanlah slogan dan gagasan mengarut. Rakyat hanya mahukan negara yang aman membangun. Negara dengan pentadbiran yang telus dan rasuah terhapus! Rakyat mendambakan peningkatan ekonomi dan taraf hidup mereka lebih baik serta keluar dari segala kemelut yang membebankan hidup seharian. Rakyat juga mengharapkan negara tercinta ini terus aman bebas dari jenayah yang indeksnya semakin menaik, bukannya menurun.

Tiada gunanya gagasan 1Malaysia. Kerana kita, melayu, cina, india, kadazan, bidayuh dan semua bangsa yang berteduh di bumi Malaysia ini telah sedia berpadu. Perpaduan yang telah sedia terjalin sejak dari dulu. 1Malaysia hanya omongan kosong yang membikin celaru.

Pupuklah perpaduan dan semailah semangat CINTAKAN NEGARA DAN TANAH AIR. Semua telah sedia maklum, kita hanya memiliki negara yang 1 iaitu Malaysia. Takkan terjadi 2Malaysia, 3Malaysia, 4Malaysia atau 5Malaysia. Kita adalah warga MALAYSIA!!!

Jangan hanya mahu mencipta 'kemasyhuran' dengan slogan-slogan gempak, tapi sebenarnya habuk pun tarakkk!!!

UMNO PARTI PENGUTIP BARANG LUSUH

Ada sampah yang ingin dibuang, ada besi-besi buruk dan suratkhabar yang ingin dinyahkan? Hubungilah UMNO, mereka pasti tidak melepaskan peluang untuk memiliki seberapa banyak sampah dan barangan lusuh untuk dijadikan koleksi serta simpanan berharga mereka. Kehanyiran UMNO kini kian jelas terlihat berdasarkan siri-siri memungut sekian banyak sampah ke dalam parti mereka. Ikuti pandangan Prof Dr. Abdul Aziz Bari, sebagaimana yang dilaporkan oleh HARAKAHDAILY.NET


Umno pengumpul sampah dan barang lusuh kata Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Tindakan Umno mahu menerima Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mengesahkan kedudukan Umno sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa berkata demikian dalam tulisan terbaru beliau dalam sebuah akhbar tempatan. Abdul Aziz mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamafd Khir Toyo yang berkata, Umno sedia menerima Adun Perlabuhan Klang itu menyertai parti itu.

Khir yang juga ketua pembangkang Dun Selangor membuat tawaran itu ekoran tindakan Badrol mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Bagi Dr Abdul Aziz, langkah ini mengesahkan Umno sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh.

Ini kerana, sebelum Badrol mengumumkan keluar parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuatkan kenyataan mencadangkan PKR meminta Badrol meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Adun. Badrol bukan sahaja tidak memberikan khidmat, dia juga telah menutup pusat khidmatnya dan tidak mengangkat panggilan telefon dari pejabat MB dan pihak yang ingin mendapatkan khidmat beliau sebagai Adun.

Sebelum Badrol, Umno menerima dua Adun di Perak yang sedang dibicarakan kerana dakwaan rasuah iaitu Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.
Umno juga menerima Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang memberikan pelbagai jenis masalah kepada kerajaan negeri Kedah.

Isnin, 2 November 2009

APAKAH MASIH RELEVAN AKHIL HAYY DIPENTAS CERAMAH PAS???


Harakahdaily.net semalam (1 November) melaporkan berita bertajuk "Akhil Hayy akan kembali ke pentas ceramah." BACA berita penuh DI SINI.

Persoalannya, masih relevankah lagi Akhil Hayy di pentas ceramah PAS setelah berlakunya kontroversi yang dilihat turut memberi kesan kepada dirinya yang bergelar ustaz dan penceramah bebas. Mungkin masa yang akan menentukan, sama ada Akhil Hayy masih diterima di pentas-pentas ceramah atau sebaliknya. -wallahu a'lam-


ambo suko ostat Zamri Mantoppp!!! ;-)
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'