Jumaat, 30 Oktober 2009

SPESIES KATAK BARU TELAH DITEMUI DI PELABUHAN KLANG!!! IBRAHIM ALI TIDAK KESEORANGAN LAGI

Lagi cerita lawak tahap tapir masak kicap HAHAHAHAHAHAHAAAA.... Dua tiga hari lepas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.... HAHAHAHA...! Kesian Brahim Ali, baca luahan hatinya dalam MALAYSIAKINI.COM

Brahim Ali, usah bersedih lagi, aku amat memahami hati dan perasaanmu, oleh itu aku hadiahkan seekor lagi katak menemanimu melompat-lompat di hujung hayat politikmu... KAH KAH KAH KUI KUI KUI KUI...!!! Amik ni katak dari Pelabuhan Klang! Katak ni dok kat pelabuhan, mebi boleh hidup dalam air masin, boleh la buat kawan!!! HAH HAH HAH HAH HAH HAHAHAHAHAHA....!!!

ADUN PKR BADRUL HISHAM ABDULLAH ni suka melompat macam hang Brahim! Boleh join hang nyer CLUB!!! Froggy Club!!!
Selamat datang ke Persatuan Katak Sedunia (PERKASE) HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAA!!!!!!

PERKASA? oPPPsssSSSS!!! Bukan PERKASA!!! PERKASE la ngok!!!! PERSATUAN KATAK SEDUNIA!!! HAHAHAHAHAHAHHAAAA KAH KAH KAH!!! Hangpa semua nak tahu siapa pengerusinya...? HAHAHAHA... Lagiiii mau tanyaaaaa...??? Lu pikir la sendiri.....!!!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHARAMJADAH.PUNYA.KATAK!!!

PERKASE???


Tapi lebih afdal kalau letak nama
PEKASAM
Persatuan Katak Satu Malaysia

Khamis, 29 Oktober 2009

EDISI LAWAK PAGI KHAMIS oleh Juara Dalam Pembikinan; Rancangan Realiti tv Raja Lawak Musim Ke-4 si Hishammuddin

HAHAHAHAHA KAH KAH KA KAH KAH KHAAKKKKHHHHH PPPTTTUUUUIIIIHHHH!!!!! Menteri Hishammuddin buat lawak! HAH HAH HAH HAH!!! Hisham komen pasal YB Tronoh, V Sivakumar kena cekik dengan Polis semalam semasa sidang DUN (28.10.2009). HA HA HA HA HA HA HA HA HAAA!!!!

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!! Korang nak tahu ape Hisham kata? Dia kata nak siasat. Nak siasat? HA HA HA HA HA kui kui kui!!! Pandai betul mengelentong si Hisham ni. Nak siasat pe kejadahnya lagi kalo dah engkau sendiri anggap YB Sivakumar yang bersalah sebab engkau cakap dia kena cekik sebab pakai jubah speaker. HA HA HA HA HA (aduuuiii kuar air mata dah gelakkan lawak si Hishammm ni…)

Lagi satu lawak spastik yang Hisham ni buat, dia kata kalau betul YB Sivakumar dicekik, kenapa boleh duduk dalam sidang DUN dan boleh pulak berjalan semula selepas kena cekik. Hisham merapu lagi, dia kata kalau teruk, tak mungkin YB Sivakumar boleh berjalan dengan sihat. HAHAHAHAHA KAH KAH KA KAH KAH KHAAKKKKHHHHH PPPTTTUUUUIIIIHHHH kat muka hang Hishammmmm!!!!!

Wahai Hisham! Engkau dah lupa ke dengan KETUA PUTERA BAPUK UMNO yang dakwa kena belasah dengan 9 orang penyokong PAS masa penamaan calon Bagan Pinang. YB Sivakumar cekik dek sorang Polis, logik la dia boleh lagi berjalan dan berusaha untuk memasuki dewan.

Si bapuk UMNO yang kena belasah dengan 9 orang ahli PAS ni, takde pulak engkau nak kata apa-apa walhal elok je dia berjalan dan siap buat sidang media kata di belasah… HAHAHAHAHA KAH KAH KA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH Engkau memang buat lawak sarkislah hisham!!! UMNO bongok mudah lupa! HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA!!!

9 orang PAS belasah sorang bapuk takde telor? HA HA HA HA HA…. Bapuk takde telor boleh jalan sihat walafiat engkau tak komen apa-apa dan engkau kata penyokong PAS ni zalim dan samseng. HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA…

Tiba-tiba YB Sivakumar dakwa dicekik anggota Polis, terus engkau kata benda tu tak logik. Nak siasat konon! HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA… Jangan buat lawak boleh tak Hisham! Kalo kau nak buat lawak, pi masuk RAJA LAWAK MUSIM KE-4, Ujibakat sedang diadakan sekarang… HAH HAH HAH HAH HAH HAH HAH HAH HAH HAH HAH HAH HAH HAHAHAHAAARRUUUNNNNSSSAAAALIMMMBACHIIKKKK!!!

Sape belasah bapuk? Sape 9 orang penyokong PAS tu...? HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA…!!!!! Orang penting engkau sendiri punya kes pun engkau tak boleh nak settle, konon nak tunjuk prihatin nak siasat dakwaan YB Sivakumar HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA......!!!!! Lagi mau tipu kaaaaa!!!!! HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA…!!!!! SIASAT atau hang nak pi buat SIAL SAT, hishammmm? HAHAHAHAHA KAH KAH KA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH... adoooiiii... nape la ada pak lawak plak di pagi Khamis nan indah ini... TQ Hishammmm.... HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA…!!!!!

PAS adakan SEMINAR ganti MUKTAMAR KHAS

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan hala tuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya. Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur. Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi. Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti. Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Ahad, 25 Oktober 2009

GALI KUBUR TEOH, LAKUKAN BEDAH SIASAT KEDUA!!!

KELUARGA TEOH MAHU DR PORNTHIP BUAT BEDAH SIASAT BARU

Wong Teck Chi : MALAYSIAKINI.COM
25 OKTOBER : Keluarga mendiang Teo Beng Hock berkata mereka akan memohon supaya bedah siasat baru dilakukan oleh pakar patologis Thai, Dr Pornthip Rojanasunand. Adik perempuan Teoh, Lee Lan memberitahu Malaysiakini bahawa keluarganya berharap bedah siasat baru itu akan dapat "mendedahkan kebenaran" di sebalik kematian abangnya itu.

Beliau berkata, keluarganya telah memikirkan perkara itu sejak bermulanya inkues kematian Teoh, dan pendedahan Dr Pornthip bahawa "80 peratus" Katanya, ini juga kerana ada pihak yang tidak setuju dengan pendedahan Pornthip dengan alasan beliau tidak melakukan sendiri bedah siasat ke atas mayat Teoh.

Lee juga berkata, pada mulanya, keluarganya menolak bedah siasat kedua dilakukan sejurus selepas kematian Teoh kerana urusan untuk pengebumiannya telah diatur. "Kita juga tidak memeriksa secara terperinci kecederaannya pada masa itu, jadi kita tidak pernah terfikir untuk menjalankan siatan lanjut," katanya.

"Isu bedah siasat kali kedua ini tidak boleh dibiarkan berlarutan lama. Kerana Dr Pornthip berkata, jika mayat digali cepat, beliau boleh mendapatkan lebih banyak maklumat," tambahnya.

Berikutan itu, Lee berkata, keluarganya berharap pihak koroner akan membuat keputusan segera terhadap permohonan mereka supaya dibuat bedah siasat baru itu. Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh berkata, beliau akan memfailkan permohonan kepada koroner esok.
kematian Teoh mungkin homisid, membuat keluarga mahu pakar dari Thailand itu membuat bedah siasat baru.

Sabtu, 24 Oktober 2009

SIAPA BUNUH TEOH BENG HOCK? TUBUHKAN SEGERA SURUHANJAYA DiRAJA!!!

TEOH DIBUNUH : Exco lapor polis, mahu Suruhanjaya DiRaja

SERI KEMBANGAN, 24 Okt : Exco Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berikutan pendedahan terbaru mengesahkan 80 peratus pembantunya mendiang Teoh Beng Hock mati dibunuh bukan terjatuh.

Laporan dibuat di balai polis Seri Kembangan pagi ini mendesak pihak polis menyiasat kes ini dari sudut kes pembunuhan bukannya bunuh diri atau mati mengejut. "Saya berasa sangat kecewa, pihak polis menyiasat kes ini daripada sudut bunuh diri sejak awal. Sudut ini telah menghadkan skop siasatan polis dan telah melepaskan peluang emas untuk mencari bukti. Adakah pihak polis sengaja mahu melindungi SPRM pada hari pertama," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan.

Beliau juga menuntut supaya kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan segera dan menghentikan Inkues yang didakwa tidak telus dan membazirkan wang rakyat. "Jangan bazirkan wang rakyat, keluarga dan juga pegawai-pegawai, kerajaan pusat harus tubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini.

Exco Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah

"Saya lihat inkues ini berjalan dengan tidak baik, dan tidak telus, mereka hanya menyiasat berdasarkan laporan polis dan patologi tempatan, itu telah mengecewakan rakyat." katanya lagi. Beliau turut mendakwa terdapat sesetengah pihak cuba untuk menyembunyikan kisah sebenar disebalik kematian Teoh ini.

Rakyat Malaysia katanya mahu melihat keadilan ditegakkan dan Teoh tidak boleh mati sia-sia sahaja. "Ini peluang untuk pihak polis membuktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh menjalankan tugas dengan profesional dan bebas," katanya lagi.

Patologi terkenal antarabangsa dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand Rabu lalu telah memberi keterangan sebagai saksi pakar di Inkues mengenai kematian Teoh dan membuat kesimpulan kematian mendiang disebabkan dibunuh.

JUSTICE FOR TEOH BENG HOCK!!!

Ia berikutan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.

Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai jatuh daripada tingkat 14 bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari selepas menjalani soal-siasat. Mendiang adalah setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

petikan dari tulisan :
Nazri Abdullah - HARAKAHDAILY-

Jumaat, 23 Oktober 2009

JAMALUDIN DAN OSMAN JAILU; DI AMBANG BEBAS DARI TUDUHAN RASUAH!!!

Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah -HARAKAHDAILY-

IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, SAKSI UTAMA KES RASUAH MEREKA MENUKAR KENYATAANNYA dalam Mahkamah Seksyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Seksyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST. http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar. Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut. Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman. Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Ogos tahun lepas. Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan seks oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun dengan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyanggahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah. Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya mengadap Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.


.........................................


Bagaimana percanggahan keterangan boleh berlaku dalam kes yang menjadi tumpuan sebegini? SPRM dan Mohd Imran Abdullah perlu disiasat!!! Kalau betullah Jamaludin dan Osman Jailu ini bermaruah dan tidak bersalah, sewajarnya mereka memfailkan saman terhadap ejen provokasi SPRM si Mohd Imran Abdullah ini kerana telah menfitnah mereka dengan keterangannya dalam perbicaraan sebelum ini.

Apa yang pasti, segalanya tidak mustahil apabila ia berkait dengan Barisan Nasional. Anda akan selamat, anda akan dilindungi sekiranya anda berada di bawah payung BN sekalipun anda perasuah, penjenayah, perogol mahupun pembunuh!!!

TAHNIAH OSMAN JAILU DAN JAMALUDIN!!!

.........................................



FILEM 6 JAHANAM
VERSI BARU!

PELAKON UTAMA
JAMALUDIN MOHD RADZI - watak jahanam 01
OSMAN JAILU - watak jahanam 02

PELAKON PEMBANTU
USAILI ALIAS - watak jahanam 03
ZUL HASSAN - watak jahanam 04
FAIRUL AZRIM - watak jahanam 05

PELAKON BIDAN TERJUN
MOHD IMRAN ABDULLAH - watak jahanam 06

PELAKON TAMBAHAN
3 gadis Cina untuk 'penyedap'

Rabu, 21 Oktober 2009

TEOH BENG HOCK DISULA, DICEKIK DAN DIPUKUL SEBELUM JATUH - Pakar Forensik

TEOH BENC HOCK DIPUKUL
DAN DICEKIK SEBELUM JATUH

SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa. Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh. Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80% punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20% sahaja kerana bunuh diri.

Dr Pornthip (gambar) memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock. Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, di atas tingkat lima, Plaza Masalam, yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik. Beliau mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia dalam bidang ini. Beliau yang memeriksa beribu-ribu mayat mangsa tsunami yang melanda Thailand sebelum ini yakin, semangat mereka yang mati itu melindungi dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai pakar pathologi. Sebagai bekas pesakit kanser yang berjaya melawan penyakit maut itu, Dr Pornthip yang juga pakar DNA, sedang berusaha untuk meningkatkan sains forensik di negaranya. - HARAKAHDAILY.COM -

....................................................

MARI BERTAA'RUF, SIAPAKAH SEBENARNYA
PAKAR FORENSIK TERKEMUKA INI


Dr Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.

Dr Khunying adalah orang yang bertanggungjawan memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand. Pada tahun 2004 setelah berlakunya Tsunami , Dr Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.

Pada tahun 2005 National Geographic telah membuat satu rakaman dokumentari tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.

Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati di dalam bilik hotel, di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang. Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat siasatan.

Dr Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana
autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal dan bukan dibunuh. Pendapat Dr Khunying ini telah diterima dengan baik oleh keluarga David walaupun pada awalnya mereka mensyaki ada 'kerja jahat' terhadap David.

Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock. Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh. - TUKAR TIUB -

KERANA MULUT PAKATAN RAKYAT BINASA

PEMIMPIN PAKATAN DIARAH JAGA KENYATAAN MASING-MASING

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini memutuskan semua perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti harus diselesaikan menurut saluran yang betul sama ada di peringkat negeri ataupun pusat. Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu ia bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita putusakan dengan tegas bahawa semua pendapat diselesaikan mengikut ruang yang ada sama ada di peringkat negeri ataupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat," katanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Langkah lain yang turut dipersetujui pada mesyuarat tersebut adalah supaya pimpinan tertinggi parti mengarahkan kesemua ahli parti masing-masing supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan ketiga-tiga parti dalam pakatan itu.

"Ketiga-tiga pimpinan parti telah memberikan arahan cukup jelas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana mana usaha ataupun kenyataan yang dikeluarkan yang boleh menyebabkan keruhnya hubungan antara parti di peringkat bawah," katanya lagi. Bagi memperkasakan lagi hubugan ketiga-tiga parti, Pakatan Rakyat juga mengumumkan untuk mengadakan Konvensyen Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 dan 13 Disember ini bertempat di Shah Alam. Konvensyen tersebut akan disertai 1500 perwakilan masing-masing lima ribu dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

Selain Anwar, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti termasuk Datuk Zaid Ibrahim hadir pada sidang media tersebut. Mesyuarat siang tadi antara lain memberi fokus kepada memperkukuh dan memperbaiki kelemahan yang ada di dalam pakatan.

Turut ditanya, desas desus wujud kemelut di antara dua pemimpin PKR membabitkan Datuk Zaid Ibrahim dengan Naib Presiden, Azmin Ali namun Anwar menafikan dakwaan tersebut. "Zaid Ibrahim ada Azmin ada, tak ada masalah apa pun," jawab Anwar disambut gelak ketawa hadirin.

Perkara lain turut dibincang adalah berkaitan platform dasar bersama Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan. Turut dimaklumkan mesyuarat itu juga bagi mendengar laporan awal bedah siasat kekalahan pakatan rakyat di Bagan Pinang. Selain faktor rasuah dan penipuan, mereka turut mengakui kelemahan diperingkat parti masing masing turut menyumbang kepada kekalahan tersebut. -Nazri Abdullah : HARAKAHDAILY.NET

Isnin, 19 Oktober 2009

INGIN MEMILIKI TOYOTA ALPHARD PERCUMA??? JADILAH ISTERI PEMIMPIN BN

Skandal demi skandal RASUAH yang melibatkan pemimpin BN sekian banyak dilaporkan namun sebagaimana biasa, ia tetap tersimpul rapi menjadi misteri kepada rakyat. Terbaru, satu laporan polis telah dibuat berkaitan 'pemberian' dan 'pembiayaan' hadiah oleh sebuah syarikat yang kerap 'memenangi' tender kerajaan kepada isteri Menteri berkaitan.

......................................................................

HADIAH PADA ISTERI MENTERI KESIHATAN, POLIS DIGESA SIASAT

18 OKTOBER : Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan 'hadiah' kereta dari syarikat binaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan dalam lama web Malaysia Today pada 14 Oktober lalu. Artikel tersebut- 'To The Health Minister YB Dato Liow' - mendakwa isteri Liow - Lee Su Loo - dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari.
Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.


Sekadar gambar hiasan

ACSB juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta berkenaan dengan mendepositkan kira-kira RM5,000 setiap bulan ke dalam satu akaun simpanan di Public Bank (nombor akaun 4487469902). Artikel tersebut mendakwa Axis Construction merupakan firma binaan yang tersenarai dalam senarai penerima kontrak dari kementerian kesihatan.

petikan dari tulisan Hazlan Zakaria -MALAYSIAKINI.COM-


......................................................................

AHLI PARLIMEN BUAT LAPORAN POLIS MENTERI DIBIAYA

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat di sini semalam meminta pihak berkuasa menyiasat kesahihan laporan satu artikel yang mendakwa sebuah syarikat membiayai ‘hadiah’ berupa sebuah kenderaan mewah oleh seorang menteri kepada isterinya. Laporan dibuat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, jam 1.27 tengah hari.

Artikel itu menurut mereka disiarkan dalam laman blog Malaysia Today bertarikh 14 Oktober, yang menyebut menteri berkenaan membeli sebuah Toyota Alphard berharga RM574,884.10 kepada isterinya sebagai hadiah hari jadi pada Januari lalu. Bagaimanapun artikel itu menggambarkan pembelian kereta itu dibiayai sebuah syarikat yang selalu memenangi senarai tender kementerian berkenaan dan mempersoalkan mengapa kontraktor kementerian itu membayar wang pendahuluan bagi kenderaan itu.

Ia turut menyiarkan maklumat satu cek RM324,884.10 dari syarikat berkenaan kepada pengedar kenderaan pada bulan berkenaan dan satu lagi cek RM9,299.90 kepada penjual. Artikel itu turut mendakwa syarikat itu diarahkan membayar ansuran bulanan bagi hadiah itu serta menyatakan seorang individu dari syarikat sama mendepositkan RM4,730 ke akaun bank isteri menteri terbabit setiap bulan.

Lim yang menemui pemberita berkata mereka berbuat laporan berkenaan selepas tidak melihat sebarang penjelasan dibuat pihak menteri atau kementerian itu walaupun setelah lima hari artikel itu disiarkan di laman blog berkenaan. "Kami buat laporan polis sebab tidak tahu sama ada dakwaan itu benar atau direka. Jika betul polis perlu aju kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, jika tidak betul, maka polis wajar ambil tindakan terhadap pihak yang menulis dan menerbitkan artikel itu," katanya. Usaha menghubungi menteri dimaksudkan bagi memberi penjelasan gagal

petikan dari BERITA HARIAN ONLINE

Sabtu, 17 Oktober 2009

UMNO MISKIN SEMANGAT DEMOKRASI

Sememangnya si UMNO ini miskin dengan semangat demokrasi. Demokrasi hanya wujud apabila ia memihak mereka dan memberi keuntungan kepada tembolok mereka. Apabila sokongan rakyat beralih kepada pembangkang, ia akan disekat dari segenap penjuru agar suara parti pembangkang terus terhapus dan rakyat terhalang untuk memberikan sokongan mereka kepada pembangkang.

Baca laporan yang diambil dari MALAYSIAKINI.COM ini, si UMNO ini akan takut dan trauma apabila ada di kalangan rakyat khususnya yang berkhidmat dengan kerajaan menunjukkan kecenderungan kepada pembangkang. Ketakutan UMNO ini kadangkala menjengkelkan apabila majlis-majlis ceramah agama yang diadakan turut terkena tempiasnya apabila ceramah agama pun turut dilabelkan sebagai penyebar dakyah pembangkang khususnya PAS. Demokrasi apakah yang diamalkan UMNO ini...?


SINGKIR ANASIR PEMBANGKANG DI GLC

Abdul Rahim Sabri -MALAYSIAKINI.COM-
16 OKTOBER : Kerajaan digesa supaya melakukan proses pemutihan terhadap syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang didakwa menyokong pembangkang. Gesaan tersebut oleh wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

Beliau berkata, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno. Ini kerana, katanya, terdapat di kalangan ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangannya yang menyokong pembangkang. "Mereka membenarkan ceramah pembangkang dalam premis mereka sendiri. Berikan perhatian kepada ahli Umno yang setia kepada parti dan yang berkelayakan, agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan GLC," katanya.

...................................................................

Itulah masalah yang membelenggu UMNO ini. Gesaan wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani kononnya agar diberikan jawatan hanya kepada ahli UMNO di dalam syarikat GLC memperlihatkan sikap MEMENTINGKAN KRONI tidak dapat dikikis dari dalam jiwa-raga 'PARTI CARI MAKAN' ini. Nampaknya pesanan Presiden Parti agar ahli-ahli UMNO mengubah pandangan masyarakat supaya tidak menganggap UMNO 'parti cari makan' tak ubah seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

UMNO; PARTI CARI MAKAN
DULU, KINI, DAN SELAMA-LAMANYA

Khamis, 15 Oktober 2009

JANJI MANISMU BN. BERTERIMA KASIHLAH RAKYAT BAGAN PINANG KEPADA PAS & PR

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah swt, BN dengan penuh kasih sayangnya kepada rakyat TERUTAMANYA anak emas di Bagan Pinang telah menganugerahkan pelbagai habuan atas 'KEBIJAKSANAAN' pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang memilih mereka dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan 11 Oktober 2009 lalu.

Antara janji-janji manis yang harapnya dilaksanakan oleh BN kepada penduduk Bagan Pinang :

[1] 27 SEPTEMBER : Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.

[2] 28 SEPTEMBER : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernilai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

[3] 29 SEPTEMBER : Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

[4] 4 OKTOBER : Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

[5] 5 OKTOBER : Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

[6] 6 OKTOBER : Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampung Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

[7] 7 OKTOBER : MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta (150 unit) rumah awam di Ladang Siliau.

[8] 8 OKTOBER : Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

(a) Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun untuk peringkat diploma dan seterusnya.

(b) 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

(c) Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. (MB Mohamad Hassan telah pun bersetuju untuk menyediakan tanah)

(d) Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

(e) RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).


- Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

- TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

- TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

- Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.
untuk pembinaan

- Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

- Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.

(letih menaip...banyakya gula-gula... seronoknya... cuba anda diluar sana kira dan jumlahkan keseluruhan peruntukan yang dikeluarkan sepanjang tempoh hanya dari 28 September hingga 10 Oktober 2009)

Bergembiralah wahai penduduk Bagan Pinang...
semoga impian yang dijanjikan menjadi kenyataan.

dipetik dari blog :
SEPANJANG JALAN KENANGAN

Rabu, 14 Oktober 2009

ISA SAMAD, IKON PERJUANGAN UMNO!!!

Isa Samad, nama yang berlegar sehari dua ini hasil kemenangan indah BN di Dun Bagan Pinang. Kemenangan BESAR yang kononnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemerintahan PM 1Malaysia Najib Razak. Isa Samad kini bagaikan ikon dan idola baru kepada ahli dan pejuang UMNO.

Tiada lagi palitan kisah politik wang. 'Comeback' yang dilakukan Isa ternyata begitu berbaloi baloi apabila dia kini diangkat seolah-olah sebagai pahlawan kepada parti cap keris. Politik wang, ia bukan kesalahan undang-undang negara berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Najib di hadapan penuntut Malaysia di Perancis. Najib menggambarkan seolah politik wang itu bukanlah kesalahan yang besar dan politik wang bukanlah rasuah. Najib menyatakan Isa hanya melakukan KESALAHAN TEKNIKAL parti dan bukannya kesalahan rasuah.

Jika diamati senario ini, agak mustahil untuk UMNO selepas ini untuk mengekang budaya politik wang apabila pemimpin tertinggi partinya memberikan gambaran seolah politik wang ini hanyalah 'kesalahan teknikal', seolah ia kesalahan yang kecil dan masih boleh dimaafkan.

Bahana politik wang ini jika tidak dikawal dan dihapuskan bakal merosakkan, bukan hanya kepada UMNO, bahkan ia akan merosakkan bangsa+generasi+negara ini! Pemimpin yang dipilih dengan cara yang kotor, pastinya tidak akan segan silu untuk melaksanakan kerja-kerja kotor yang bertentangan dengan undang-undang ciptaan manusia bahkan wewenang melanggar larangan-NYA.

Sampai bila UMNO akan terus terjerumus dalam najis politik wang? Jika begini caranya UMNO berdepan politik wang, maka sudah pasti UMNO akan terus terjebak dengan najis rasuah dari sejak DULU, KINI DAN SELAMANYA.

dulu dilabelkan sebagai RASUAH POLITIK, ditukar pula menjadi POLITIK WANG agar lebih 'sedap' didengar. Dan kini ia dikenali dengan penjenamaan semula yang lebih mantap, sejajar dengan semangat 1 Malaysia, maka politik wang diganti dengan ungkapan KESALAHAN TEKNIKAL.

pi mai pi mai tang tu...

Isnin, 12 Oktober 2009

ISA LAKUKAN RASUAH : NAJIB

UMNO AKAN BUAT KENYATAAN RASMI KES ISA

dipetik dari sumber yang amat diyakini oleh UMNO iaitu melalui arkib UTUSAN MALAYSIA bertarikh 24/06/2005. Oleh HATA WAHARI


BANGI 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO akan membuat kenyataan rasmi mengenai kedudukan Naib Presiden parti, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang dipanggil menghadap Lembaga Disiplin berhubung dakwaan terlibat dalam rasuah politik hari ini.

MOHD. Isa Abdul Samad dikerumuni wartawan dan jurugambar selepas selesai memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin UMNO di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Bernama.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO memberitahu, kenyataan rasmi itu akan dibuat apabila semua proses telah diselesaikan oleh Lembaga Disiplin parti. "Saya tidak boleh komen, ini adalah urusan Lembaga Disiplin dan saya tidak campur dalam urusan lembaga tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Berkala IV Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) bertemakan, `Pertahanan Negara: Cara Mahathir' di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kedudukan Mohd. Isa dalam parti dan kerajaan berikutan beliau dipanggil oleh lembaga berhubung dakwaan terlibat dalam rasuah politik. Menteri Wilayah Persekutuan itu tiba pada pukul 9 pagi di Ibu pejabat parti di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk sesi memberi keterangan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Lembaga Disiplin UMNO akan memanggil seorang pemimpin kanan bagi menghadapi sekurang-kurangnya tujuh pertuduhan membabitkan rasuah politik semasa pemilihan parti September lalu.

Mengenai keputusan mengejut menggantung jawatan Datuk S. Sothinathan sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli selama tiga bulan, Najib menegaskan, tindakan itu perlu diambil kerana prinsip dan etika di Parlimen perlu dipatuhi.

Jelasnya, prinsip utama ialah seseorang anggota pentadbiran tidak boleh menyanggah atau mempertikaikan apa yang dinyatakan oleh anggota pentadbiran lain. Najib yang juga Ketua Whip Parlimen berkata, ini adalah konsep tanggungjawab bersama.

"Ini adalah etika di dalam kerajaan dan Barisan Nasional (BN) dan bukan soal perkauman atau soal mana-mana kaum tetapi ini adalah soal kerajaan BN. Semua anggota pentadbiran kerajaan BN memperjuangkan kepentingan semua kaum,'' katanya.

Tegasnya, tindakan ini tidak bermakna bahawa kerajaan BN tidak membela mana-mana kaum sebaliknya keputusan itu adalah atas soal prinsip serta etika anggota pentadbiran di Parlimen.


----------------------------------------------------

Tahun 2005 dulu, Najib kata Isa Samad lakukan rasuah, tapi sekarang kata kesalahan teknikal. SUDAH TUKAR KA??? AYOYO...!!!

Ahad, 11 Oktober 2009

TAK SIA-SIA BERLAKON DIBELASAH

Aku cukup yakin, Ketua Putera Umno Datuk Abdul Azeez merupakan insan yang paling gembira dengan berita kemenangan BN dalam PRK N31 Bagan Pinang. Pastinya beliau boleh mendabik dada saat ini dengan mengatakan bahawa kemenangan BN di Bagan Pinang adalah hasil usahanya melakonkan lakonan 'hidup' dengan cukup berkesan!

Mujur BN menang di Bagan Pinang, sekurang-kurangnya masyarakat tak la memandang dungu sangat tindakannya berlakon dibelasah penyokong PAS hingga dimasukkan ke HKL. Andainya BN kalah, maka bertambah teruklah dia dipersenda bukan sahaja oleh lawan, bahkan tidak mustahil oleh kaum dalam partinya sendiri.

Untuk pilihanraya kecil akan datang, kita nantikan apakah lakonan Azeez seterusnya. Mungkin dia akan menghasilkan sebuah lakonan yang lebih hidup dan mantap untuk memastikan kemenangan BN dan yang lebih penting untuk memastikan namanya terus terpahat sebagai PAK LAWAK pilihanraya!!!
ROHAIFI AZRI a.k.a ezry da; legend

CALON RASUAH MENANG DI BAGAN PINANG

TAHNIAH kepada TAN SRI ISA ABDUL SAMAD
atas kemenangan 'besar'nya dalam PRK N31 Bagan Pinang.

BN memperoleh 8013 undi
dan
Calon PAS memperoleh 2578 undi

majoriti 5435 undi


Setelah 9 PILIHANRAYA KECIL, BN hanya memenangi 2 kerusi, di Batang Ai dan juga kali ini di Bagan Pinang. Namun kemenangan di kedua-dua tempat ini pastinya belum membolehkan BN berada dalam kedudukan selesa kerana kemenangan di kedua-dua tempat itu tidak menunjukkan BN kembali diterima oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Kemenangan di Bagan Pinang tidak lebih hanya dibayangi oleh kekuatan manipulasi terhadap UNDI POS. Manakala kemenangan di Batang Ai yang terletak di pedalaman serta pengundinya belum menerima 'kunjungan' berita dari media alternatif, sama ada melalui akhbar alternatif mahupun berita melalui sebaran internet. Jelasnya, BN belum mampu menawan sepenuhnya hati pengundi muda! Pengundi yang bakal mencorak sama ada BN akan terus hidup ataupun berkubur di pilihanraya akan datang.

PRK BAGAN PINANG : KALAU DAH MENTERI PERTAHANAN KAKI PUKUL DAN KETUA NEGARA POLIS KAUTIM DENGAN GANGSTER?

dicopy paste dari blog PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2
Pergaduhan di hadapan Marina Resort!!! Lagi provokasi dari Pemuda BN apabila mereka secara sengaja bertembung dengan kumpulan penyokong PR di tapak ceramah berhampiran Marina Resort, Teluk Kemang kira-kira jam 1.15 pagi tadi.

Kumpulan pemuda BN terbabit yang menunggang motosikal (seperti biasa) dalam jumlah yang agak besar, telah bertindak menyerang bukan sahaja kumpulan penyokong PAS, malah bertindak lebih liar dan biadap apabila menyerang dan merosakkan kenderaan yang mempunyai lambang PAS di sepanjang jalan berhampiran.

Teman sendiri merasainya apabila melalui jalan di hadapan Marina Resort tersebut. Kereta yang dinaiki oleh beberapa orang AJK Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor telah di hentak hingga kemek pintu belakang kanan oleh salah seorang remaja yang memakai t-shirt BN betul-betul dihadapan beberapa orang pegawai Polis! Yang mengejutkan, polis-polis tersebut hanya menyuruh kami berlalu dengan kasar dan membiarkan sahaja remaja 'sial' tersebut kembali ke motosikal mereka yang diletak betul-betul di tengah jalanraya!

Ntah apa lagi yang akan berlaku...

Setakat jam 2.30 pagi, kumpulan besar remaja BN tersebut telah beredar dari kawasan Marina Resort dan menuju ke tempat yang tidak diketahui. Teman dapat melihat beberapa orang lelaki yang memakai baju PEMUDA BN hanya memerhatikan dari jauh sambil bersandar di dinding kereta, menghisap rokok dan bergelak ketawa!

"Ya Allah, di mana penghujungnya kezaliman mereka ini?"

PRK BAGAN PINANG : HAPUSKAN MASKOT RASUAH!!!

Penduduk Bagan Pinang khususnya kepada mereka yang akan keluar mengundi awal pagi ini, diharap dapat membuat pilihan yang betul, pilihan yang tepat, bukan sahaja memenuhi kehendak duniawi, malah yang lebih penting memilih calon yang memiliki personaliti yang bersih dari sudut ukhrawinya. Pilihlah calon yang bersih, calon yang amanah, calon yang tak makan dan menerima rasuah!!!

Setiap undi adalah PENTING. Dan setiap undi akan dipertanggungjawabkan di hadapanNYA nanti. Sama ada kita memilih calon yang mengikut syariahNYA, atau kita memilih calon yang wewenang melanggar laranganNYA dan mengganggap kesalahannya itu hanya 'kesilapan teknikal'...

Zulkefly : Jangan pisang berbuah DUA kali!!!
Cukuplah sekali memilih calon
yang mengamalkan rasuah!!!

Isa Samad : Berilah SATU lagi peluang untuk saya
meneruskan karier saya sebagai
MASKOT POLITIK WANG UMNO!!!

Sabtu, 10 Oktober 2009

APA KURANGNYA KELANTAN??? MUHYIDDIN JANGAN JADI BUTA KAYU!!!

-ROHAIFI AZRI-
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang menyeru rakyat mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lalu dan sebaliknya menilai rekod kejayaan Barisan Nasional (BN).

Wahai Muhyiddin yang mungkin jarang membaca surah Yassin. Usah lagi diperbodohkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang memualkan. Kenyataan yang memperlihatkan ketidak-caknaan anda sebagai TPM! Apa kurangnya Kelantan? Mundur sangatkah Kota Bharu?

Saya anak Kelantan yang kini menetap di Pahang Darul Makmur, makmur walaupun berkasino di puncak genting. Lihat sahaja dan bandingkan sahaja antara Kota Bharu yang ditadbir PAS dengan Kuantan yang diperintah oleh BN. Kuantan baru tahun ini memiliki pasaraya Carrefour sedangkan Kota Bharu terlebih dahulu menerima kedatangan gedung serba besar TESCO.

Pasaraya bagai cendawan tumbuh di Kota Bharu. Sekiranya manusia rakyat Kelantan ni miskin dan papa-kedana, mana mungkin pasaraya dan gedung membeli-belah akan membahlolkan diri mereka untuk membuka perniagaan di negeri TANAH INDAH SEKEBUN BUNGA ini. Malah, MyDin pun khabarnya dalam perancangan untuk membuka pasarayanya yang terbesar di negara ini di Tunjong, Kota Bharu.

Begitu juga dengan kemudahan pengangkutan awam yang nyata Kota Bharu lebih mendahului Kuantan. Buatlah kajian dan ketahuilah bahawa pengangkutan awam begitu dhaif di Kuantan . Sistem pengangkutan bas semakin teruk, menyukarkan rakyat berpendapatan rendah. Dulunya kita dapat lihat sekian banyak deretan bas di stesen pasar kuantan, tapi kini, ia bagaikan pupus dan tandus. Bas yang ada sekalipun telah dimamah usia dan selayaknya ditempatkan di muzium! Berbeza halnya di Kota Bharu apabila Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) menyediakan perkhidmatan bas yang nyata memuaskan dan hampir kesemua bas yang digunakan oleh SKMK berhawa dingin.

Banyak lagi kemajuan dan pembangunan di Kelantan yang mampu menyaingi negeri lain bahkan melebihi negeri yang ditadbir BN. Itu tidak lagi disebutkan dengan tempat tumpuan pelancong di Rantau Panjang mahupun di Pengkalan Kubur. Rumah-rumah banglo di segenap ceruk negeri Kelantan yang rata-rata dimiliki oleh orang melayu.

Kepada TPM. Usah jadi buta kayu. Jangan mengabui rakyat dengan fakta yang memualkan untuk kempen pilihanraya anda. Rakyat bukan bodoh, dan jangan kerana ingin memperbodohkan rakyat, kelak bodoh itu kembali kepada diri sendiri.

wallahu a'lam, bukan nak kondem memana negeri. Cuma ingin memberikan sedikit perbandingan kepada Muhyiddin untuk dia kembali menilai siapa sebenarnya yang gagal dalam mentadbir. DAN SEKIRANYA TIADA MAINAN KOTOR DARI KERAJAAN PUSAT untuk membenarkan minyak didaratkan di Thailand sebaliknya didaratkan di Kelantan, Kelantan pastinya bakal menjadi negeri maju. Apa boleh buat, BN terutamanya UMNO tak suka rakyat Kelantan yang majoritinya melayu melangkah maju ke hadapan. Bila nak pulangkan ROYALTI MINYAK yang dirompak BN dari rakyat Kelantan???!!!

Khamis, 8 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG : GEMPARRR!!!! GAMBAR BOGEL!!!




MAAFLAH. TAK DAPAT NAK MEMENUHI HASRAT KALIAN UNTUK MELIHAT GAMBAR BOGEL SI DIA... HAHAHA... SIAPA??? TAKKAN LA SANGGUP NAK TENGOK GAMBAR BOGEL ISA ATAU PUN RAJA LAWAK AZEEZ???!!!


Saja aku masukkan gambar bogel si kecil yang tak berdosa ini. LETIH memikirkan kezaliman dan kebiadapan UMNO-BN dalam menghadapi PRK Bagan Pinang ini. Dibantu dengan UNDI POS, malah si dungu SPR pun turut memberikan kerjasama, demi memenangkan calon yang pernah terpalit RASUAH!!!

Rabu, 7 Oktober 2009

BERDOSA PILIH 'DORAEMON' SEBAGAI PEMIMPIN???

BERDOSA PILIH PERASUAH JADI PEMIMPIN : ulama
-HARAKAHDAILY.NET-
KOTA BHARU, 6 Okt: Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin. Usahkan dipilih sebagai pemimpin, menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak. INI KERANA KESALAHAN RASUAH DIKATEGORIKAN DI BAWAH DOSA-DOSA BESAR.

Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa-dosa kecil.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman). "Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini.

Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan korupsi pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno. Pengerusi panel itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian Umno selama enam tahun terhadap Isa. Sebelum itu, pada perhimpunan agung Umno Isa menang jawatan Naib Presiden Umno. Bagaimanapun dia telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan rasuah (politik wang). Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini Isa akan ditentang calon PAS, Mohamad Zulkefly Omar.

Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan. "Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar," katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Taman Guru dekat sini, malam Jumaat lalu menjelaskan orang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan. Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin.

Selasa, 6 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG : DORAEMON PILIHAN NOBITA RAZAK

Klik GAMBAR untuk imej yang lebih BESAR!!!


SURAT DARI SETIAUSAHA AGUNG UMNO BERKENAAN PEMILIHAN ISA SAMAD SEBAGAI CALON DUN BAGAN PINANG


Antara butir kandungan surat tersebut yang ditaip semula

kerana versi 'scan' mungkin agak kabur :



26 SEPTEMBER 2009


YANG AMAT BERHORMAT

DATO SERI MOHAMAD BIN HASSAN

PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO

NEGERI SEMBILAN



CALON N31 BAGAN PINANG


Dengan segala hormat merujuk kepada perkara di atas.


2. Pihak Majlis Tertinggi amat berdukacita memaklumkan calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan terpaksa ditolak kerana Presiden Parti mahukan Tan Sri Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang.


3. Oleh itu pihak MT berharap, seluruh jentera parti memberi komitmen yang tidak berbelah-bahagi dalam menjamin kemenangan UMNO dan Barisan Nasional.


Sekian untuk perhatian dan tindakan Yang Amat Berhormat, terima kasih.



BERSATU BERSEDIA BERKHIDMAT

DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'