Rabu, 30 September 2009

PRK BAGAN PINANG : DR M TIDAK AKAN BERKEMPEN

MALAYSIAKINI.COM
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. "Beliau adalah calon parti, saya sokong. PENDAPAT PERIBADI SAYA TIDAK PERLU DIAMBIL KIRA," katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN, lapor BERNAMA.

Semalam, Isa, 59, diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang. Apabila ditanya adakah ia akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini, katanya, "Saya rasa kita ada peluang baik. Kita akan menang." Bagaimanapun, apabila ditanya tentang majoriti, beliau berkata: "Saya tidak tahu. Mungkin boleh. Saya agak."

BN memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 2,333 undi dalam pilihan raya lalu. Bagaimanapun ia kosong selepas kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor. Pengumuman berhubung pencalonan Isa dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada Sabtu ini dengan pengundian pada 11 Oktober.

TUN MAHATHIR KELUAR UMNO SEKALI LAGI???

Apakah Tun Dr Mahathir Mohamad akan sekali lagi melangkah meninggalkan UMNO??? Semenjak dua menjak ini, kita melihat seperti ada kekecewaan di hati Tun lantaran sikap tidak mahu menerima nasihat serta pandangan oleh pimpinan UMNO terhadap apa yang diutarakannya termasuklah yang TERKINI membabitkan pemilihan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon UMNO untuk menghadapi PRK Bagan Pinang.

Kita sama-sama tunggu dan lihat, apakah tindakan Tun selepas ini. Apakah Tun masih setia untuk menunggu di dalam UMNO, parti yang sudah tidak mahu mendengar nasihatnya lagi walhal dia suatu waktu dahulu disanjung tinggi semasa memegang teraju pemerintahan. Kini, Tun umpama si tua di kaki gunung, langsung tidak dipandang oleh orang-orang UMNO sendiri.

Dan kita juga sama-sama menunggu, apakah Tun akan turut turun membantu kempen UMNO untuk memenangkan Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang nanti. Sama-sama kita tunggu dan lihat.


PEMIMPIN SEJATI
Artis : THE ZIKR (Album : Antara 2 Cinta)

Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah
Yang minta dibantu menegak kebenaran
Yang minta ditegur kalau ia bersalah
Yang tidak menyebut apa jua jasanya
Yang tidak banyak membuat janji manis

Biasanya seorang pemimpin itu
Ia mempunyai ilmu yang sederhana
Jiwanya kental dan juga gigih
Dapat pengalaman dari hidup

Kalau kita nak tahu
Pemimpin yang sejati
Ia tak berjawatan pun masih dihormati
Oleh semua pengikutnya

Biasanya pemimpin yang sejati itu
Ia tersendiri ada panduan yang diberi
Ada karisma semulajadi
Mendidik pengikut hingga taat setia
Tidak berbelah bagi

Lagu : The Zikr (Nazrey Johani) Lirik : Ashaari Muhammad Hakcipta : OVA Productions

Selasa, 29 September 2009

PESURUHJAYA PAS NEGERI 9 CALON PAKATAN RAKYAT PRK BAGAN PINANG!!!

PAS PULA CALONKAN ZULKEFLY
ABDUL RAHIM SABRI -malaysiakini.com-

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN. Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu. Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.


--------------------------------------------------------------


ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

CALON PAKATAN RAKYAT

PRK BAGAN PINANG




Hamdan MS & Nazri Abdullah HARAKAHDAILY.NET

TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang. Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.


Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi. Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.


Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkefly adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat. Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.


Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis. Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali. Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.


Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.


Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi. Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa. Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.


PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir. Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS. Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober. Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.


Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.


Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.



Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :


NAMA : ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION : AHLI PERNIAGAAN

UMUR : 45 TAHUN

TARIKH LAHIR : 14.05.1964

KELULUSAN : MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)


NAMA ISTERI : SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK : 6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI, 20 Tahun

FARAH WAHIDAH, 18 Tahun

MOHAMAD FADLI, 14 Tahun

MOHAMAD FADHIL, 11 Tahun

FADHLIN SAKINAH, 8 Tahun

MOHAMAD FAWWAS, 4 Tahun



JAWATAN DALAM PAS:


PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : 2 PENGGAL (2007 hingga sekarang)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : 1 PENGGAL (2005-2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001-2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004-2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999-2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997-1999)



LAIN-LAIN JAWATAN:


1. PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2. TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN



PENGALAMAN KERJA:


1. PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2. PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3. PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4. EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5. PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6. PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

ISA SAMAD LEBIH TINGGI NILAINYA DARI TUN MAHATHIR

Suara dan pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak diendahkan oleh pemimpin UMNO-BN apabila tetap mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Isa Samad merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno. Pengumuman Isa sebagai calon BN dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

YESSS!!!! Aku jadi calon!!!
Dr M, tadak sapa yg nak dengaq cakap hang lagi!!!
(gambar dipetik dari MALAYSIAKINI.COM)

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Isa Samad tidak selayaknya diletakkan sebagai calon UMNO. Isa pernah digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana terlibat di dalam rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Isa pada awalnya digantung selama enam tahun (dua penggal) tetapi dikurangkan selepas membuat rayuan.

(gambar dipetik dari MALAYSIAKINI.COM)

Jelas, UMNO-BN masih lagi bermain wayang dan tidak serius dalam memilih calon yang benar-benar bersih. Politik wang seolah-olah bukan sesuatu yang hina bagi parti melayu yang bakal berkubur ini. Pemimpin yang terlibat dengan perlakuan keji mengamalkan rasuah ini terus diterima oleh 'akar umbi'.

TERBUKTI, politik wang dan rasuah sememangnya telah lama bersarang di jiwa UMNO dan kini telah bertapak kukuh amalan keji ini hingga tak bisa dicabut 'akar umbinya'. Hanya rakyat yang akan bertindak mencantas dan menghancurkan 'akar umbi' si pengamal rasuah ini melalui peti-peti undi di dalam pilihanraya-pilihanraya mendatang.

UMNO dan RASUAH, bagaikan KENTUT dan BAU!!!

Sabtu, 26 September 2009

DR MAHATHIR : Jika Saya Isa Samad...

-malaysiakini.com-
Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. "Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya."




"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.

Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya. Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja. "Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

..................................................................

Kita pakat tengok. Apakah Isa Samad dan juak-juaknya akan mendengar pandangan Dr. Mahathir. Nampaknya harapan Isa untuk dicalonkan agak tipis berdasarkan komen-komen pedas dari mantan perdana menteri tersebut yang nyata tidak berkenan agar Isa menjadi calon.


Tindakan 'akar-umbi' UMNO di kawasan itu yang kononnya berkeras mencalonkan Isa memperlihatkan kedunguan mereka dalam menjaga nama baik serta maruah parti yang sememangnya kian hilang maruahnya. Pemikiran singkat, adanya kepentingan masing-masing dalam hal berkaitan pencalonan Isa Samad ini makin memperlihatkan kebengongan, kebodohan serta ketololan pendokong-pendokong UMNO ini. Semoga Isa Samad dan juak-juaknya berlapang dada dan mendengar cakap serta nasihat dari 'otai' UMNO tersebut...

Kalau Isa Samad teruskan niatnya juga untuk menjadi calon PRK Bagan Pinang, itu juga tindakan yang bijak. Bijak untuk menyegerakan pelupusan UMNO-BN di muka bumi Malaysia ini!!!

Jumaat, 25 September 2009

Polis & Tentera, WARGANEGARA KELAS RENDAH!!!

Anggota Polis dan Tentera yang merupakan BARISAN HADAPAN NEGARA, berkhidmat menjaga keselamatan negara terus didiskriminasi apabila SPR bertindak untuk terus menggunakan UNDI POS. Hak mereka sebagai warganegara yang hidup bebas merdeka diperlekehkan, hak mereka untuk menggunakan pertimbangan akal untuk memilih calon pilihan turut dinafikan. Polis dan Tentera, dilayan umpama WARGANEGARA KELAS RENDAH, hak mereka untuk mengundi 'dirampas' oleh UMNO-BN dan SPR melalui penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih pos dan nombor siri kertas undi.


'Undi pos cabuli hak perlembagaan' -MALAYSIAKINI.COM-
Angkatan Muda PKR menyifatkan halangan sesetengah pemilih pos membuang undi di tempat awam sebagai mencanggahi Perlembagaan Persekutuan dan menggesa ia dibahaskan secara serius.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tindakan memaksa anggota tentera atau pasangan mereka mengundi seperti pemilih lain mencabul Perkara 8 perlembagaan yang menyatakan setiap rakyat haruslah dilayan sama rata dan tanpa diskriminasi.




Isu ini wajar dikaji semula dengan jujur dan peraturan pilihan raya dipinda untuk mengelakkan anggota tentera, polis dan semua pengundi tidak hadir daripada "perasaan serba salah dan tidak bebas memilih", tambahnya.

"Keengganan untuk membuat pindaan-pindaan tersebut akan menyebabkan semua pihak terus mempunyai persepsi bahawa pihak pemerintah Umno-BN mempunyai agenda tersembunyi," katanya. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa sistem undi pos akan dikekalkan seperti diperuntukkan dalam undang-undang.



Pemuda PAS minggu lalu menyerahkan memorandum kepada SPR bagi membolehkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan berkempen di kem-kem askar dan balai-balai polis.

Dengan sokongan Angkatan Muda PKR dan Pemuda DAP, ia juga turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih pos dan nombor siri kertas undi.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di DUN tersebut yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos. Dalam satu kenyataan hari ini, Shamsul Iskandar berkata kenyataan Wan Ahmad itu "mencerminkan kedangkalan pemahaman" mengenai peruntukan untuk pengundi tidak hadir dan matlamat asas pilihan raya.



"Pilihanraya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih dengan bebas, tanpa tekanan yang tidak sewajarnya bagi membentuk kerajaan rakyat. Kerahsiaan undi adalah satu faktor asasi dalam proses pemilihan ini," katanya.

"Tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir adalah bagi membolehkan rakyat yang tidak bermastautin di dalam satu-satu bahagian pilihanraya menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih."

Angkatan Muda PKR menyeru semua pihak menyertai "forum rakyat" bagi membincangkan secara khusus persoalan undi pos atau pengundi tidak hadir ini. Forum ini penting bagi merungkai segala permasalahan dan kelemahan bagi memastikan setiap undi benar-benar bebas dan berkesan dalam menzahirkan kehendak sebenar rakyat, tambah Shamsul.

Sayap penting PKR itu bercadang mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum tersebut dengan menjemput semua pihak yang terlibat, termasuk wakil SPR, parti-parti politik, wakil Angkatan Tentera Malaysia dan wakil polis.

Jumaat, 18 September 2009

Setelah 6 jam Mat Sah bersua isteri, anak tercinta...

Azamin Amin/Foto Shukri Mohd -harakahdaily-

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Kali ini giliran Mat Sah Mohd Satray, 46 pula menitiskan air mata. Begitu hening pagi tadi tatkala melihat kelibat isteri dan anaknya yang telah ditinggalkan secara paksa selama hampir 8 tahun. Mereka baru bersua jam 2 pagi tadi sehinggalah sekarang, masih tidak tidur lagi. Perasaan mereka bertiga anak beranak masih bercampur baur. Gembira, sayu dan terasa janggal pun ada. Tidak terbit kata-kata pada awalnya. Masing-masing melayan perasaan.

Ahad, 13 September 2009

MIRZAN MAHATHIR Dilantik AHLI LEMBAGA PENGARAH PENGELUAR ARAK TERBESAR Filipina!!!

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.

"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu. Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya. Menurut Mirzan dalam suratnya itu, syarikat itu sedang berubah haluan ke infrastruktur, kemudahan awam dan tenaga yang diperlukan oleh negara Filipina.

Dengan apa yang dilakukan oleh Mirzan, ia lebih besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini.

ImageNamun Mirzan, anak sulong Dr Mahathir ini dalam suratnya menolak perkara itu. "Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat," kata Mirzan.

Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam.

Satu peraturan baru sedang dirangka untuk mengawalnya kerana beer tidak memerlukan sebarang lesen untuk dijual. Yang dikawal oleh undang-undang yang ada hanya liqour sahaja.

ImageUsaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam.

Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai.

Mereka kemudiannya menghabiskan masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral lagi.

Selasa, 8 September 2009

POLIS HILANG 'TELUR' BERHADAPAN 'GENG LEMBU' UMNO!!!

Kemana hilangnya 'telur-telur' abang-abang polis, SB dan FRU apabila berhadapan dengan jibraun 'GENG LEMBU' UMNO yang mengganas tempoh hari???

Perhimpunan MANSUH ISA awal ogos lalu abang-abang polis ni bukan main lagi dengan penuh kejantanan membalun puluhan ribu demonstran yang berkumpul secara aman. PELIK BIN AJAIB apabila abang-abang polis ini hilang 'telur'nya apabila berhadapan dengan hanya puluhan ekor jibraun yang berarak membawa kepala lembu. Rakyat boleh menilai sendiri apa yang dilakukan oleh PDRM.

Aku SUMPAH 'telur' abang-abang polis ni bernanah dan jadi sebesar 'telur' lembu!!! BERKHIDMATLAH DEMI NEGARA, AGAMA DAN BANGSA!!! Bukannya berkhidmat untuk UMNO/BN!!!

Isnin, 7 September 2009

'GENG LEMBU' UMNO

APA TINDAKAN 'GENG LEMBU' SEMASA RUMAH ALLAH DIRAMPAS, DISITA DAN DIROBOH DI SELANGOR DULU?

Di sini saya senaraikan beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, di sita dan di roboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.

• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

Saya ingin tahu, apa tindakan ahli-ahli geng kepala lembu ini buat semasa rumah Allah itu diperlakukan oleh pemerintah yang juga konon mengaku Islam?

Saya percaya, tindakan “geng lembu” ini tidak lain dan tidak bukan adalah pembawakan dan muslihat 1 Malaysia yang mahu membuat onar agar pentandiran negeri Selangor sekarang ini seperti tidak pandai memerintah.

Tidakkah geng lembu ini tidak terfikir bahawa lembu itu merupakan haiwan suci bagi agama Hindu? Apa perasaan mereka jikalau orang-orang Hindu pula keluar di jalanraya dan membakar Al-Quran?

Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?

Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?

dipetik dari : lordazaab... 06 september 2009

Jumaat, 4 September 2009

ADUN BN MENINGGAL!!!

ADUN BAGAN PINANG, NEGERI SEMBILAN MENINGGAL DUNIA - HARAKAHDAILY.NET
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya kecil terbaharu ekoran kematian Adun Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Nor akibat sakit jantung di Seremban hari ini. Ekoran kematian beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Azman menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi apabila memperolehi 6,430 undi berbanding Ramli yang mendapat 4,097 undi.

Dun Bagan Pinang yang mempunyai pengundi berdaftar sebanyak 14,192 ialah kawasan majoriti Melayu, sebanyak 66 peratus, dan pengundi Cina dan India masing-masing 10.5 dan 19.9 peratus. Negeri Sembilan ialah negeri yang dikenali sebagai kubu terkuat Umno dan Barisan Nasional, tetapi pembangkang mula meningkatkan usaha menawan beberapa kerusi di negeri ini.

Kerajaan negeri pimpinan Umno di negeri ini telah menyaksikan pergolakan sejak Mac 2008 ekoran rasa kurang senang kepada Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan oleh ahli-ahli Umno, sehingga timbul spekulasi lompat parti oleh Adun BN kepada Pakatan.

Pilihan raya kecil ini bakal menjadi yang kesembilan selepas pilihan raya umum yang lalu, yang menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada pilihan raya tersebut. Ketua Umno cawangan ini adalah Tan Sri Mohd Isa bin Abd Samad. Beliau juga adalah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang.

RM10 juta HANYA 2 JAM... RM2,400 10 JAM & MATI

Zulkifli Sulong HARAKAHDAILY.NET
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing. Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya. Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.

Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA. Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja. Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.

Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera. "Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.

Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini. "Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan.

"Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah." Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM

Selasa, 1 September 2009

PETROL DAN LEMBU 'NAIK' MINYAK!!!

Sekalung TAHNIAH buat pentadbiran PM 1MANGKUK yang terus 'menghayunkan' rakyat Malaysia. Terima kasih atas hadiah sempena kemerdekaan negara yang ke-52 dan juga bersempena kehadiran ramadhan dengan menaikkan harga petrol 'bermutu rendah' RON95 yang kononnya sewaktu diperkenalkan (12 Mei 2009) pada harga RM1.75 seliter tetapi telah DINAIKKAN 5sen 'di hari pelancarannya' 1 September 2009, menjadikan harganya RM1.80!!! Minyak yang biasa kita gunakan sekarang (RON97) dijadikan minyak premium dengan harga RM2.05 seliter!!!


TERIMA KASIH SEKALI LAGI DAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PM 1MANGKUK... TERUS memangkuk-hayunkan rakyat... selepas ini, rasailah KENAIKAN harga barangan, siapa yang terbeban?


PETIKAN BERITA BERTARIKH 12 MEI 2009
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol RON95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.Ia dilancarkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut Utusan. Apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.Dan mulai 1 September juga, harga petrol gred premium RON97 akan dinaikkan kepada RM2 seliter.


KISAH UMNO YANG SILAP PERCATURAN MEMBAWA KEPALA LEMBU

Secebis gambar yang diambil dari blog-blog lain. Kenapa sampai begini sekali sikap UMNO? Kemana perginya polis-polis yang dulunya garang membelasah peserta HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA? Kenapa polis tidak mengambil sebarang tindakan ke atas puak-puak tidak bertamadun ini???


Kenapa dipijak-pijak kepala lembu tersebut? Apa motifnya? Lembu dianggap suci oleh pengaut Hindu. Dan kita umat Islam, tidak diajar menghina agama lain. Lagipun tidak beradab sama-sekali menginjak-injak kepala lembu tersebut kerana ia tergolongan 'makanan' yang halal bagi umat Islam.

BALAGAK tul mamat ni pijak-pijak kepala lembu. Lembu dah mati, boleh la kauberlagak. Kalo lembu tu hidup lagi, mau ditanduknya anu mamat ni.


Ni mesti tujukan perkataan TAKE BEER ni kepada PAS, tulisannya pun diHIJAUKAN! Tanpa sedar, malaun yang merekacipta sepanduk ni dan malaun yang membawa sepanduk ni telah menghina ISLAM!!! Kalau betul pun nak marahkan PAS, jangan dipersendakan ungkapan TAKBIR dengan menukarnya menjadi TAKE BEER. Bodoh bangang betul UMNO ni!!!


Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'