Jumaat, 14 Ogos 2009

LELAKI BANGSAT!!!!!

Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa......

Gadis : "Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..."


Doktor : "Hmm. panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya demikian. Ceritakanlah kpd saya agar saya dapat membantu.."


Gadis : "Ya memang ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai.Dia pegang tangan saya."

Doktor : "Dia pegang tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh.

Gadis : "Ya. seperti yg doktor lakukan"

Doktor : "Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mau berpisah dgn kamu..."


Gadis : "Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya......"

Doktor : "Dia lakukan seperti inikah?"

Gadis : "Ya.. seperti inilah dia peluk saya doktor.."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau sentiasa berdampingan dgn kamu" kata Dr Faizul.


Gadis : "Kemudian dia cium saya."

Doktor : "Dia cium kamu seperti ini ?"

Gadis : "Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor lakukan."

Doktor : "Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?"


Gadis : "Kemudian dia memasukkan tangannya ke dalam baju saya & meraba-raba saya doktor.."

Doktor : "Dia lakukan seperti ini kah?"

Gadis : "Ya, seperti yg doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya. ."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau membelai diri kamu.."


Gadis : "Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu.."

Doktor : "Adakah kamu membantah tindakannya? "

Gadis : "Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia.."

Doktor : "Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?"

Gadis : "Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor...."

Doktor : "Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya"


Gadis : "Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seksual dgn saya ..."


(selepas seketika...)


Doktor : "Dia lakukan seperti yg kita lakukan tadikah?"

Gadis : "Ya. Memang itulah yg dia lakukan ketika itu"

Doktor : "Hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan!"


Gadis : "Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia HIV positif"

Doktor : "HAH?? DIA.. MEMANG.. BANGSAT..!!! BANGSAAATTT…!!!!

LELAKI BAAANGSAAAAAAAATTTTTT………..!!!!!


Amboiii korang… Serius dan khusyuk jugak membaca tuuuu!!!

MORALNYA… Lu pikir la sendiri… Hihi…

Banyak moralnya tu…


Bacaan sekadar merehatkan minda dari ketegangan dunia politik dan kehidupan seharian… Tapi ada juga pengajarannya kan kan kan? (^_^)

Rabu, 12 Ogos 2009

Bongkar: 'RM10 juta untuk presiden MCA'

Yong Kai Ping & Ng Ling Fong MALAYSIAKINI.COM
Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong. Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

UMNO layak digelar PENGKHIANAT, bukannya PAKATAN RAKYAT!!!

Sazali Mohd Noor HARAKAHDAILY.NET
KEMAMAN, 12 Ogos (Hrkh) : Isu khianat hanya layak dituju kepada Umno dan pemimpinnya dan bukan kepada Pakatan Rakyat yang cuba membantu segenap lapisan masyarakat. Rakyat lebih tahu siapa khianat apabila 'sebuah gunung' (Genting Highland) diberikan oleh pemimpin Umno kepada taukeh judi.

Kerajaan Pakatan Rakyat tetap membela orang Melayu dengan mengagihkan tanah-tanah kepada orang-orang miskin termasuk di kalangan orang Cina, Melayu dan India.

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Umno menuduh pemimpin Pakatan Rakyat pengkhianat kepada orang Melayu kerana memberi hanya beberapa ekar tanah kepada orang Cina yang miskin. "(Dato' Seri) Nizar dituduh Cina (pengkhianat Melayu), kerana (kata mereka) Nizar beri tanah kepada Cina.

"Dia (pemimpin Umno) beri ribuan ekar tanah kepada Cina pekebun sayur, dia beri sikit tanah kepada orang India. Tetapi Dato' Seri Nizar diserang oleh Umno, dikecam pengkhianat Melayu, derhaka,"jelasnya ketika berucapan pada satu Majlis Penerangan Sempena Lawatan Sehari beliau ke Terengganu baru-baru ini.

Katanya, pemimpin Umno yang memberikan ribuan ekar tanah kepada taukeh-taukeh Cina tidak disifatkan khianat. Beliau mendakwa pemimpin Umno memberikan tanah satu gunung kepada taukeh judi di Genting Highland, seluruh Bukit Tinggi diberikan kepada taukeh judi serta di Perak satu 'Pulau' diberikan kepada taukeh Cina tidak pula dianggap satu kesalahan dan satu pengkhianatan kepada orang Melayu.

Anwar turut mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduhnya sebagai pengkhianat agar dibuktikan apakah tindakan yang pernah dilakukan kepada orang Melayu dihingga dianggap 'pengkhianat'. "Saya cabar Muhyidin untuk buktikan apa yang saya lakukan yang dikatakan khianat kepada orang Melayu.

"Saya ingatkan Muhyidin, jangan mainkan isu peribadi kerana jangan paksa saya mendedahkan kerana saya tahu apa yang Muhyiddin lakukan," tegasnya.

Sementara itu, dalam isu penjualan arak di kawasan majoriti orang Melayu Islam wajar disekat dari terus berleluasa seperti sebelumnya. Anwar bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.

"Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual di kampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat.

"Saya kata macam mana Tan Sri Khalid? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),"ujarnya. Menurutnya, isu arak di Selangor telah dimanipulasi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, beliau yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menafikan dakwaan pemimpin Umno bahawa kerajaan Pakatan Rakyat khianat terhadap orang Melayu.

Selasa, 11 Ogos 2009

UBAT H1N1... BERSAMA KITA AMALKAN


Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Wahai sahabat sekalian di waktu kita diserang wabak penyakit H1N1 ketika ini, marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ di atas semoga Allah swt melindungi kita darinya.Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit. Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat. Sebab itu selawat ada dlm doa.

Isnin, 10 Ogos 2009

UMNO YANG BENGONG!!!

Kemelut yang berlaku di Selangor melibatkan PAS dan DAP berkaitan isu penjualan minuman keras (arak) nampaknya diperbesar-besarkan oleh media pro UMNO-BN. Pelik bin Ajaib apabila UMNO tampil ke hadapan dan mengutuk PAS dengan pelbagai tohmahan.

Aku tertarik dengan kenyataan PM 1Malaysia yang aku baca dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 10.08.2009. Menurut Najib, perbalahan politik dalam PR terutama antara PAS dan DAP mengenai sesetengah isu berlaku disebabkan idealogi fundamental 2 parti itu yang amat berbeza sekali kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. "Saya tidak tahu pakatan ini boleh bertahan lama atau tidak kerana percanggahan melibatkan hal yang agak fundamental. Untuk mentadbir negeri, mereka harus mempunyai pendirian yang sama dari segi prinsip dan idealogi, tetapi keadaan ini tidak berlaku di Selangor."

Itulah buah fikiran dan juga merupakan pendirian PM 1Malaysia. Patutlah arak, judi, pelacuran dan pelbagai kegiatan maksiat tidak diHARAMkan di Malaysia lantaran perlunya ada 'PENDIRIAN YANG SAMA' dari segi prinsip dan idealogi di kalangan parti-parti BN walaupun perkara haram tersebut nyata melanggar prinsip ISLAM itu sendiri!!!

Dalam isu arak di Selangor ini, UMNO kononnya ingin menjadi juara, sibuk menghentam PAS. Sedangkan mereka barua-barua UMNO ini seolah-olah tak menyedari bahawa kuasa yang ada pada pimpinan mereka selama ini tidak pernah digunakan untuk menyekat penjualan berleluasa 'air kencing syaitan' ini.

Syabas kepada PAS, sesungguhnya penjualan arak terlalu berleluasa. Dijual di kedai-kedai serbaneka 24jam terutamanya 7Eleven. Anak-anak melayu Islamlah kebanyakannya membeli minuman-minuman ini dan apa tindakan UMNOhamjadah?


korang ni ape kes? main nyorok-nyorok belakang pasu plak. ada aku hempuk dengan pasu diorang ni. geng-geng "mengata dulang paku serpih, mengata orang padahalnya pemimpin diorang yang lebih!" siapa yang meluluskan undang-undang penjualan minuman keras di Malaysia wahai orang-orang UMNO bongok? Pi balik tanye pemimpin hang!!!



puak-puak bengong yang tak sedar siapa yang memerintah sejak negara merdeka dan meluluskan lesen-lesen penjualan minuman keras


BENARKAH UMNO JIJIK PADA ARAK ?


Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.


Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA', 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.


"Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.


Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.


Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa? SAYA YAKIN DAN PERCAYA MEREKA TIDAK TAHU APA YANG MEREKA BUAT. MEREKA MEMBANTAH HANYA KERANA INGIN MEMBANTAH DAN KERANA KEPENTINGAN POLITIK YANG SEMPIT. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi berbuih-buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut.


Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.


Untuk saudara-saudaraku dalam Umno PERKARA PERTAMA yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.


Ya, benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbaneka tersebut.


Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbaneka. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. KALAU BETUL UMNO JIJIK DENGAN ARAK PARTI TERSEBUT SEPATUTNYA MEMINTA KERAJAAN PUSAT YANG DIKUASAI UMNO MEMINDA UNDANG-UNDANG YANG SAYA NYATAKAN TERSEBUT SUPAYA PENJUALAN BEER DI KEDAI-KEDAI SERBANIKA DAPAT DIHENTIKAN.


PERKARA KEDUA yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai. Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.


PERKARA KETIGA, jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith” (ibu segala perkara buruk) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut. Untuk makluman Umno, Pemuda PAS pernah menghantar memorandum bantahan kepada pihak KDN tentang hal tersebut. Semasa kami berjumpa dengan Setiausaha sulit Menteri yang bertanggungjawab beliau menyatakan kepada kami “mengapa perlu risau iklan arak kalau kita kuat iman”. Saya menjawab kepada beliau tanda orang kuat iman adalah beliau mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan.” Lihatlah mentaliti pemimpin Umno.


PERKARA KEEMPAT, mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais (Pengecualian) (Pindaan) No 2 (2008) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.

AKHIRNYA JIKA UMNO BENAR-BENAR JIJIK KEPADA PERKARA HARAM SEPERTI ARAK DAN JUDI mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “mentekedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 (Akta 201), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289), Akta Cukai Perjudian 1972 (Akta 65), Akta Loteri 1952 (Akta 288) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 (Akta 384).

Sabtu, 8 Ogos 2009

Wartawan Yang Tak Faham Keadaan

Assalamualaikum wbt…

Kepada saudari Azwani binti Abdul Ghani. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan dan ingin melihat keadilan itu tertegak di dalam negara Malaysia yang tercinta ini, saya agak terguris dengan tulisan dangkal saudari mengenai Himpunan Aman Mansuhkan ISA yang berlangsung 1 Ogos yang lalu. Sebagai Penolong Editor Edisi Utara, saudari seharusnya lebih 'cakna' dalam menulis dan memberi ulasan bertepatan dengan tagline akhbar saudari 'suara cakna komuniti anda'.


Biarlah saya mengulas apa yang saudari perkatakan melalui butir bicara saudari di dalam kolum 7 minit yang tersiar hari ini 08.08.09, di akhbar Sinar Harian dengan tajuk MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI.

Khamis, 6 Ogos 2009

OKT Muslimat Dilokap Bersama Para Pelacur Dan Siang Malam "Dipaksa" Melihat Mereka Dalam Keadaan Bogel & Separuh Bogel

Gambar ketika dibawa keluar dari lokap di Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk menuju ke mahkamah

Banyak peristiwa yang tentunya "gugusan pengalaman" (ada yang tanya apakah pengalaman menarik duduk di dalam lokap? saya katakan entah...yang pastinya peristiwa itu banyak tapi nak golongkan menarik... itu seolah kita "suka" melaluinya. Apa yang saya lalui, saya tidak akan pernah suka tapi insyaAllah tetap redha akan ketentuanNya memilih saya sebagai salah seorang yang melalui "gugusan pengalaman itu)...saya sambung..."gugusan pengalaman" yang telah saya dan teman-teman lalui sejak detik-detik awal penahanan sehinggalah ke saat akhir urusan ikat jamin di bangunan Mahkamah Jalan Duta, KL.

Ahad, 2 Ogos 2009

POLIS HURU-HARAKAN HIMPUNAN AMAN!!!


sekitar HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA
Aku kena tangkap pun sebab provokasi polis tu je. Kononnya aku amik gambar, tu je alasan yang menyebabkan aku ditangkap. Walhal, apakah bengong, benak dan tolol si polis tu, tak Nampak ke orang-orang lain kat sekeliling tempat tu yang dok amik-amik gambar?

MALAYSIAKINI : 20,000 sertai demo anti-ISA

Laporan: Andrew Ong, Jimadie Shah Othman, Rahmah Ghazali, Abdul Rahim Sabri, Wong Teck Chi, Lee Way Loon, P Tarani, K Pragalath, Emily Chow

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'