MENJELANG HIMPUNAN 1 OGOS: 1,893 hari di bawah kezaliman ISA CN Al-Afghani
MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA. Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.
Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.
Ingatlah… Sebesar mana sekalipun amarahmu, usahlah bertindak keterlaluan. Kepada semua ibu dan ayah di luar sana, ini sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Sebagai ayah atau ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami atau isteri kita memukul, khususnya pada anak yang masih kecil dan tak mengerti apa-apa.
Mengajar dengan cara memukul bukanlah didikan terbaik, malah ia memberi kemudaratan kepada si anak. Mungkin telah sampai masanya untuk badan kebajikan mahupun NGO-NGO yang berkaitan ‘turun padang’ untuk memberi tip-tip serta panduan yang betul kepada ibubapa dalam mendidik serta menghukum anak-anak.
Juga mendidik ibubapa agar tidak keterlaluan dalam menghukum anak. Mendidik ibubapa supaya memberi hukuman yang ‘sewajarnya’ kepada anak yang membuat salah tanpa melibatkan kemudaratan fizikal dan mental si anak kecil itu.
IKUTILAH, SEBUAH CERITA;
ANTARA KERETA DAN SI ANAK KECIL
Sekadar gambar hiasan
Sepasang suami-isteri yang bekerjaya, seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga tahun setengah. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan dedaunan di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku berkarat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya, tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Lantas dicuba pada kereta baru ayahnya.
Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan, dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut beruklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit.... “Siapa punya kerja ni?”
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan, “Tak tahu tuan!”
“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat ha???!!!” herdik si isteri pula.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata, “Ita buat ayahhhh.. cantik kan?!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, antara setuju dan takut pada suami dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si ayah cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas puas memukul, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar-balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air, sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan calar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si ayah sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anak membengkak. “Sapukan saja dengan minyak gamat tu!!!” balas tuannya.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si ayah kononnya mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya, sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
“Ita demam...” jawab pembantunya ringkas.
“Bagi minum panadol tu,” balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5 kamu bersiap,” kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan supaya dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
“Tiada pilihan…” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang terjadi sudah terlalu teruk.
“Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si ayah dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata berkata,
“Ayah... Ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang ayah... sayang ibu.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti...” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
“Ayah... bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ayah mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
SEMOGA KISAH INI, MEMBERI PENGAJARAN KEPADA KITA. AGAR SENTIASA BERTINDAK MENGIKUT CARA HIDUP ISLAM YANG MAHA CANTIK. USAHLAH DIBIARKAN HATI KITA DICEMARI DAN DIKUASAI OLEH API KEMARAHAN SERTA MENGIKUT TELUNJUK IBLIS DAN SYAITAN DALAM SETIAP TINDAKAN.
SEMOGA RAHMAT DAN LEMBAYUNG KASIH SAYANG ALLAH SWT SENANTIASA MEMAYUNGI KITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT-NYA. AMEEENNN…
MALAYSIAKINI.COM Seorang suami dihukum enam bulan penjara dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini selepas mengaku bersalah mengedar gambar lucah isterinya bulan lalu.
Abdul Aziz Basri, 57, seorang pembekal alat ganti, didakwa mengedar enam keping gambar lucah adegan seks dalam bentuk salinan fotostat kertas bersaiz A4 di Court Mammoth, Jalan Abdul Aziz, Kuantan, kira-kira 8pagi hingga 12 malam, antara 28 Jun dan 7 Julai lalu.
Majistret Iriane Isabelo, yang mengutuk perbuatan itu, berkata tertuduh yang beragama Islam sepatutnya dikenakan hukuman rejam, lapor Bernama. Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada 13 Julai lalu, seorang kerani wanita berusia 41 tahun telah membuat laporan polis berkaitan pengedaran gambar lucah yang didakwa dilakukan oleh suaminya. Pendakwaan dijalankan oleh Cif Insp Muhamad Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.
NOTAKAKIKUKAKU : Memalukan! Dah la majistret tu non-muslim... Pakcik tua ni mungkin tak pandai guna internet, itu pasal la dia bantai pergi fotostat gambar wife dia. Apa nak jadi la dunia hari ni. Gambar isteri pun nak dijaja!!! Na'uzubillah...
Abdul Rahim Sabri malaysiakini.com Jul 18, 09 4:06pm
Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway. Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri dan naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.
Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang. Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.
Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan. Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.
"SAYA YAKIN SAYA BERADA DALAM PARTI YANG BENAR DALAM SEJARAH MALAYSIA," katanya.
Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang. Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal-siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.
Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR. Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.
Abdul Rahim Sabri MALAYSIAKINI.COM Tindakan PAS menghebahkan kemenangan calonnya pada jam 3 petang semalam bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, bertujuan melumpuhkan kempen BN dua jam sebelum pengundian tamat, kata penasihat pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Ia dibuat oleh pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa calon PAS Mohd Fauzi Abdullah sudah menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.Abdul Fatah dilaporkan berkata, kemenangan itu berdasarkan kepada bancian jentera pilihanraya PAS terhadap proses pengundian setakat jam 3 petang.
Malah penyokong PAS telah mula meraikan kejayaan Mohd Fauzi dan mengucap tahniah kepadanya selepas Fatah menghebah kemenangan tersebut.
Bagaimanapun, apabila pengumuman rasmi dibuat pada malamnya, Mohd Fauzi mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi sahaja. Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
Mengulas mengenainya, Wan Abdul Rahim berkata, 'serangan psikologi' itu bertujuan untuk menarik sokongan pemilih Manek Urai supaya mengundi calon PAS dalam pilihanraya kecil semalam. "Kenyataan tersebut diharap dapat melumpuhkan keghairahan kempen jentera BN dua jam yang terakhir untuk mendapatkan undi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ditanya mengenai faktor kemerosotan sokongan terhadap calon PAS kali ini, Wan Abdul Rahim mengakui terdapat pengundi yang terpengaruh dengan tawaran dan janji yang dibuat oleh BN. Beliau mendakwa, BN membuat tawaran yang berbentuk ugutan,dan berunsur rasuah.
Kekalahan di Laloh mengejutkan
"Seperti nak bina jambatan yang menghubungi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru, menjadikan Manek Urai kawasan agropolitan dan sebagai anak angkat kerajaan persekutuan.
"Ia mempengaruhi pengundi dan kita tidak mampu untuk melawan serangan di Manek Urai pada dua hari terakhirnya," katanya sambil menambah laporan polis sudah dibuat berhubung perkara tersebut kelmarin. Menurut Wan Abdul Rahim lagi, PAS mengalami kekalahan di lima daripada sembilan pusat mengundi di DUN tersebut.
Katanya, PAS kalah di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Manjor, Temalir, Laloh tetapi menang di Chuchoh Puteri, Lata Rek, Sungai Peria dan Sungai Sok. Mengulas lanjut, beliau juga berkata kekalahan di peti undi Laloh adalah "suatu yang mengejutkan" kerana terdapat pengundi yang tidak puas hati Mohd Fauzi dipilih sebagai calon PAS.
Bulan Purnama terus mengambang di Manek Urai!!!
"Kita tidak berkesempatan untuk menanganinya," katanya sambil menambah kekalahan di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor memang sudah dijangka dari awal. Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.
malaysiakini.com Seorang bekas pelajar kolej swasta bersama teman lelakinya didapati bersalah membunuh rakannya sendiri menangis teresak-esak selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Semasa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan, Noralina Ahmad Dasuki, 22, yang gagal mengawal emosi terpaksa ditenangkan oleh ibupanya dan kerap kali menyatakan bahawa dia bersumpah tidak melakukan kesalahan itu.
Menurut Bernama, kejadian menyayat hati itu menarik perhatian wartawan dan petugas mahkamah hingga ada yang turut mengalirkan air mata, apatah lagi melihat pelukan bapa dan ibu bagi menggambarkan kasih sayang terhadap anak mereka.
Ibu Noralina yang tidak henti-henti mengalirkan air mata sempat menasihatkan anaknya supaya menerima keputusan itu sebagai takdir dan tidak lupa sembahyang serta berulang kali menyebut "Mama sayangkan adik, hanya Allah yang tahu apa berlaku, adik jangan tinggal sembahyang, berdoa banyak-banyak."
Hampir 20 minit keadaan itu berlaku sehinggalah polis mahkamah membawanya keluar dari kandang tertuduh, Noralina masih lagi merayu agar ibunya menolong melepaskannya dan dia yang kelihatan lesu enggan menerima bekalan makanan walaupun dipujuk oleh anggota keluarga.
Sementara teman lelaki gadis tersebut, Muhammad Khairul Anuar Abdullah yang turut dijatuhi hukuman gantung sampai mati turut mengalirkan air mata dan menekup mukanya dengan tangan setelah hakim membacakan hukuman.
Dalam keadaan tangan bergari sebelum dibawa ke lokap, dia memeluk anak lelakinya yang berusia tiga tahun dan menangis teresak-esak ketika didekati isterinya, lapor agensi berita itu lagi.
Pegawai penjara yang berada di mahkamah terpaksa membawa tertuduh ke lokap apabila melihat ibu Muhammad Khairul tidak dapat mengawal emosi dan meraung-raung bagaikan tidak mahu melepaskan anaknya itu.
Noralina, bekas pelajar kolej PTPL dan Muhammad Khairul, bekas pekerja Astro, didakwa membunuh Juliana Md Fuzi, 20, seorang pelajar Kolej Islam Antarabangsa di dalam bilik nombor 5133, Tingkat 5, Sunrise Apartment, Wisma Indah, Blok 498, Jalan Tun Razak, Cheras antara 23 Mac 2007 kira-kira pukul 10 malam dan 24 Mac 2007 kira-kira pukul 8 malam.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Ketika penghakiman, Mohamad Zabidin berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya membuktikan kes.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan memanggil 33 orang saksi, manakala tertuduh pertama dan kedua - yang diperintah membela diri - masing-masing memanggil tiga saksi dan seorang saksi.
Dalam perbicaraan kes ini, mahkamah diberitahu bahawa ketika kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan terikat di belakang dan leher terjerut menggunakan 'cable light' di dalam bilik serta terdapat kesan kuku yang menunjukkan mangsa meronta-ronta ketika pembunuhan berlaku dan beliau turut dirogol.
Keterangan beberapa saksi menyatakan kedua-dua tertuduh juga telah mengambil barang si mati seperti telefon bimbit, duit dan kad ATM. Kedua-duanya juga telah membuang kain yang diambil dari tempat kejadian ke dalam lombong. Di peringkat pembelaan pula, kedua-dua tertuduh saling menyalahkan antara satu sama lain.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Yaacub Chik, manakala Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan peguam T Suresh bagi pihak Muhammad Khairul.
Irwan Muhammad Zain |foto Nasir Sudin HARAKAHDAILY.NET KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menganggap kerajaan hanya menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan memansuhkan terus dasar gila tersebut.
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.
"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.
Pak Samad juga menegaskan perjuangan untuk melestarikan bahasa Melayu akan tetap diteruskan biarpun beliau merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Tegas beliau lagi, demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.
"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," tegas beliau dalam satu wawancara yang diadakan dengan Harakah yang akan disiarkan dalam keluaran akan datang.
Semalam, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012.
HARAKAHDAILY.NET KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Berikut adalah senarai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berada dalam Jawatankuasa Parlimen mengikut 25 Kementerian yang telah ditubuhkan semalam.
KEMENTERIAN :
1. JABATAN PERDANA MENTERI
Ahli Parlimen PAS YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang YB Ust Nasharudin Mat Isa YB Salahuddin Ayub YB Dr Hatta Ramli YB Dr Dzulkifli Ahmad YB Taib Azamuddin YB Khalid Samad
Ahli Parlimen PKR YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim YB Mohamed Azmin Ali YB Sivarasa Rasiah YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim YB William Leong YB Ahmad Kasim YB Fuziah Salleh
Ahli Parlimen DAP YB Lim Kit Siang YB Ngeh Koo Ham YB Hiew King Chiew YB John Fernandez
2. KEMENTERIAN DALAM NEGERI YB Dato’ Johari Abdul YB Salahuddin Haji Ayub (PAS) YB Karpal Singh
3. KEMENTERIAN KEWANGAN YB Mohamed Azmin Ali Dr Dzulkifli Ahmad (PAS) YAB Lim Guan Eng
4. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim YB Khalid Samad (PAS) YB Tan Kok Wai
5. KEMENTERIAN KERJA RAYA YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas YB Dato’ Mahfuz Omar (PAS) YB Gobind Singh Deo
6. KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI YB Dato’ Rashid Din YB Dato’ Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS) YB Er Teck Hwa
7. KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR YB Chua Tian Chang YB Nasir bin Zakaria (PAS) YB Charles Anthony Santiago
8. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI YB William Leong YB Dr Mohd Hatta Ramli (PAS) YB Teresa Kok
9. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI YB Ahmad Kassim YB Taib Azamuddin Md Taib (PAS) YB Sim Tong Him
10. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA YB Azan Ismail YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) YB Jeff Ooi
11. KEMENTERIAN PELAJARAN YB Yusmadi Yusoff YB Che Uda Che Nik (PAS) YB Chong Eng
12. KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN YB Amran Abdul Ghani YB Dato’ Mahfuz Haji Omar (PAS) YB Teo Nie Ching
13. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA YB Abdullah Sani Abdul Hamid YB Muhammad bin Husin (PAS) YB M Kulasegaran
14. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI YB Nurul Izzah Anwar YB Dr Che Rosli Che Mat (PAS) YB Chow Kon Yeow
15. KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN YB Hee Loy Sian YB Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) YB Nga Kor Ming
16. KEMENTERIAN PERTAHANAN YB Saifuddin Nasution Ismail YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS) YB Liew Chin Tong
17. KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH YB Ab Aziz Ab Kadir YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman (PAS) YB M Manogaran
18. KEMENTERIAN LUAR NEGERI YB Sivarasa Rasiah YB Dato’ Kamarudin Jaffar (PAS) YB P Ramasamy
19. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN YB Tan Tee Beng YB Mohd Firdaus bin Jaafar (PAS) YB Anthony Loke Siew Fook
20. KEMENTERIAN KESIHATAN YB Dr Lee Boon Chye YB Dr Mohd Hayati Othman (PAS) YB Dr Tan Seng Giaw
21. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT YB Zuraida Kamaruddin YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf (PAS) YB Fong Po Kuan
22. KEMENTERIAN PELANCONGAN YB Manikavasagam a/l Sundaram YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah(PAS) YB Fong Kui Lun
23. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN YB Wee Choo Keong YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali (PAS) YB Lim Lip Eng
24. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI YB Zulkifli Nordin YB Salahuddin Haji Ayub (PAS) YB Tony Pua
25. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR YB Gobalakrishnan a/l Nagapan YB Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS) YB Chong Chien Jen
SALMIYAH HARUN HARAKAHDAILY.NET KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) -Sebagai wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi liabiliti kepada perjuangan Umno dan suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan beliau.
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Aljundi menegaskan sebagai 'first lady' yang sentiasa menjadi tumpuan ramai tidak boleh kekal mendiamkan diri. "Jika tidak mempertahankan, ia seolah-olah ada benarnya juga," kata Athirah merujuk laporan dalam satu portal berita baru-baru ini.
Hampir dua minggu tiga klip video berupa dokumentari pendek yang menyiarkan beberapa orang yang dikatakan saudara terdekat Rosmah Mansor memberi gambaran negatif terhadap beliau.
Apa yang jelas, bagi Athirah belenggu 'hitam' yang membayangi wanita pertama itu akan terus menghantui perjalanan politik negara. "Isu-isu 'C4' misalnya dikaitkan langsung dengan beliau. Malah rakyat juga percaya Najib duduk di bawah telunjuk Rosmah dan ternyata ia sangat sukar untuk dinafikan," katanya.
Beliau juga menolak penyebaran klip video itu bukan semata-mata satu konspirasi untuk menjatuhkan Najib. Bagaimanapun apa yang menimbulkan tanda tanya, kata Athirah tidak pernah berlaku dalam sejarah negara 'first lady' menjadi tumpuan pemimpin besar negara luar malangnya sehingga kini masih tidak terjawab oleh beliau.
"Najib sebagai Perdana Menteri tetapi Rosmah yang lebih berperanan dalam sidang tertentu, Najib pula tidak menonjol," katanya. Justeru, tegas Athirah, Rosmah harus membersihkan nama baiknya dan membuat penafian terhadap klip video tersebar itu sepertimana beliau pernah membuat kenyataan tidak mengenali wanita Mongolia.
Tiga klip video yang tersebar itu memaparkan beberapa individu yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rosmah. Video yang disebarkan dalam 'YOUTUBE.COM' itu semakin mendapat perhatian pengunjung internet.
Video berupa dokumentari itu, menyiarkan beberapa interview yang membongkar kisah perjalanan hidup Rosmah Mansur dari awal kemuculannya hinggalah beliau menjadi isteri Najib Tun Razak.
Ekoran kemunculan klip video itu, dilaporkan dua pelajar Universiti Malaya Izuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Sharuddin Ahmad Rosli meringkuk di balai polis sejak minggu lalu. Mereka didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri. Badrul Hisham dilaporkan tidak mengetahui tentang penerbitan video itu. - azm