Kemelut yang melanda PAS KELANTAN mutakhir ini semakin 'membosankan'. Pimpinan PAS negeri Kelantan seharusnya menyelesaikan segera segala permasalahan yang melanda kini tanpa menunggu campur tangan Pimpinan PAS Pusat mahupun menunggu suasana terus bercelaru dengan membenarkan musuh mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku dengan menerbitkan pelbagai propaganda yang seterusnya bakal menghakis kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada PAS.
Isu-isu yang berlaku hinggakan dilihat pimpinan PAS sendiri seolah 'bertikam-lidah' dan saling mengeluarkan kenyataan masing-masing sama ada di akhbar serta di blog-blog peribadi membuatkan situasi ini cukup MEMUAL dan MELOYAKAN!!! Malah 'isteri' mereka yang terlibat ini pun turut sama menulis di laman blog, dan ini bukan menjernihkan suasana, malah ia lebih mengeruhkan keadaan!!!
Semoga Pimpinan PAS Negeri Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang amat kita sayangi akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan segala kemelut yang membelenggu PAS Kelantan kini. Bersama bangkit untuk terus memperjuangkan kepentingan Agama, Rakyat dan Negeri serta Negara...!!!

0 comments:
Catat Ulasan