Rabu, 11 November 2009

Satu Kerusi Stadium Nilainya RM500!!!

Mahal jugak yea rupe-rupenye harga sebijik kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerosakan akibat rusuhan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari turut membabitkan 224 kerusi yang menyebabkan kerugian berjumlah RM112,000.

224 kerusi bersamaan RM112,000

RM112,000/224 = RM500

Kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil jumlahnya 100,000. Ini bermakna kos untuk kerusi sahaja di stadium tersebut adalah RM50juta!!!


>>>>>>>>>>>> $$$$$$$$$$$ <<<<<<<<<<<<


"KITA KERUGIAN RM214,000" - BERITA HARIAN

JUMLAH kerugian yang dialami Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara tindakan liar penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu adalah berjumlah RM214,000.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerosakan itu membabitkan 224 kerusi yang menyebabkan kerugian berjumlah RM112,000, tiga laluan trek yang membabitkan belanja RM60,000 serta pintu pagar untuk Orang Kurang Upaya (OKU), pintu pagar dan tandas.

"Kita nak ingatkan kepada penyokong duit yang digunakan membina Stadium Nasional adalah duit rakyat juga. Kalau kita kena baiki, duit ini datangnya daripada duit rakyat."Jadi dalam soal ini kita minta penganjur dan penonton untuk memikirkan supaya tidak berlaku lagi kerosakan dan sepatutnya menunjukkan semangat kesukanan," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat dasar di Parlimen, semalam.

Beliau berkata, jumlah kerugian hasil penilaian kerosakan yang dibuat oleh Perbadanan Stadium Bukit Jalil itu adalah tinggi dan memerlukan kos untuk membaik pulih keadaan stadium berkenaan.

Pada perlawanan akhir, Sabtu lalu hampir 80 peratus daripada 100,000 kerusi di Stadium Nasional dipenuhi dengan penyokong Kelantan atau "Red Warriors' berbanding hanya 15,0000 penyokong Negeri Sembilan atau 'Rusa'.

Kekecohan mula berlaku apabila Negeri Sembilan menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan penalti penyerang, Mohd Zaquan Adha pada minit ke-58, apabila penyokong Kelantan membaling pelbagai objek, mercun dan membakar kain rentang serta kerusi di satu bahagian stadium itu.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery tidak menafikan kehadiran penyokong Kelantan ke Stadium Nasional adalah sesuatu yang 'menakjubkan' dan berjaya menimbulkan kembali keghairahan orang ramai terhadap sukan bola sepak negara.

"Tahniah kepada penyokong Kelantan yang memberi suasana atau pengisian baru dalam arena bola sepak negara dan menimbulkan kembali keghairahan orang ramai terhadap bola sepak negara," katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'