KUALA LUMPUR, 5 Nov: Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen blogger PAS, ekoran beberapa polemik besar parti itu yang dilihat berpunca daripada media baru. Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan.
"Kita mahu blogger kita (PAS) ini menjadi orang yang memperbetul persepsi dan tanggapan PAS dalam gerbang maya ini," katanya ketika dihubungi.
Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu. "Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi.
Penganjur juga katanya berhasrat menjadikan blogger PAS ini sebagai kumpulan yang mampu berdepan kumpulan cyber troopers Umno BN dalam usaha mematahkan hujah yang dilempar kumpulan itu.
Beberapa tokoh dan panel yang mempunyai kredibiliti dalam bidang masing-masing akan dijemput membentangkan kertas kerja dan berkongsi pengalaman berkaitan. Namun ia hanya terbuka kepada blogger yang mempunyai nombor keahlian PAS sahaja.
Mereka diminta mendaftarkan diri dengan menghubungi Sekreteriat Penerangan PAS Pusat di talian 03-2692500 atau menghantar email ke penerangan.paspusat@yahoo.com sebelum 13 November ini.
Satu usaha yang baik oleh PAS dalam 'menyatukan' hati serta tindakan blogger agar penulisan mereka tidak menjadi seperti 'senjata makan tuan'. Diharap pihak penganjur dapat memberikan 'keringanan' mengenai syarat sebagai ahli dengan membenarkan blogger yang belum mendaftar sebagai ahli PAS untuk mendaftar pada hari konvensyen ini berlangsung.
1 comments:
akak dah daftar nak attend...jom...boleh jumpa2 dan kenal2....:))
Catat Ulasan