Mahkamah koroner hari ini memerintahkan supaya mayat Teoh Beng Hock digali semula pada 21 November depan.Peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi SPRM menarik perhatian mahkamah bahawa Dr Pornthip tidak berkelayakan dari segi undang-undang di Malaysia untuk mengendalikan proses bedah siasat terhadap mayat Teoh.
"Ini kerana pakar forensik Thailand itu menerima kelulusan perubatannya dari universiti yang tidak diiktiraf di bawah senarai 250 universiti perubatan dalam Jadual Kedua akta tersebut," katanya.
Agaknya peguam SPRM ni lebih suka kalaulah 'Dr. Death' Gunther Van Hugens yang hadir untuk bedah siasat Teoh nanti. Siapa agaknya yang betul-betul berkelayakan untuk hadir ke bedah siasat ini sekiranya Pakar Forensik Thailand, Dr. Pornthip yang telah membedah hampir 10,000 mayat juga dipertikai oleh peguam SPRM ini?


0 comments:
Catat Ulasan