VVIP DENAI CINTA

17 November 2009

Ambillah Pekerja Terbaik, Tapi Jangan Percayakan Mereka - Donald Trump

PUTRAJAYA, 17 Nov : "Ambillah pekerja terbaik, tapi jangan percayakan sangat mereka, manakala anda pula, jalankan tugas anda," demikian nasihat raja hartanah dan hos program realiti terkenal, Donald Trump kepada peserta Sidang Kemuncak Pembabitan Belia 2009 (YES 2009) di sini Selasa. Bercakap melalui sidang video secara langsung dari pejabat beliau di Trump Tower, New York, ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Trump berkata untuk menjadi usahawan yang hebat, seseorang itu perlu bekerja keras kerana "yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tak akan datang melayang" dengan sendiri.

"Untuk menjamin kejayaan, setiap individu perlu menguasai bidang yang diceburinya, melebihi orang lain. Beberapa atlet terkemuka pernah datang untuk meminta nasihat dari saya. Mereka sudah berada di penghujung kerjaya masing-masing, tapi tidak memiliki wang kerana pengurus mereka mencuri wang mereka atau melaburnya dalam perniagaan yang tidak tepat.

"Saya katakan kepada mereka, 'pergilah dan kuasai betul-betul bidang anda, ambillah orang yang baik untuk bekerja dengan anda, tapi jangan sekali-kali percayakan mereka," katanya. Sering terjadi, kata Trump, individu yang memiliki pakej yang baik "otak yang bergeliga dan penuh bersemangat" tapi oleh kerana tidak memiliki peralatan baik yang sepatutnya dimiliki pekerja yang baik, dan strategi, dia akan mengalah kepada cabaran.

"Ini satu kelemahan besar kerana pengecut tidak akan berjaya. Anda perlu ingat bahawa biar apa pun terjadi, anda tidak boleh mengaku kalah. Ketika saya hendak memulakan The Apprentice, saya diberitahu bahawa siri televisyen seperti itu tidak akan mendapat sambutan pada waktu puncak di Amerika. Tapi, ia telah menjadi program nombor satu dan disiarkan di banyak negara.

"Apabila program itu mencapai kejayaan, ejen saya meminta komisyennya dan saya suruhnya berambus dengan berkata "Jim, awak diberhentikan kerja. Kita tak boleh mengaku kalah. Saya tak mengaku kalah apabila ejen saya memberitahu demikian kepada saya dan program itu kemudiannya berjaya kerana saya tumpukan segala kesungguhan saya terhadapnya."

Trump berkata beliau bukannya "Maharaja Midas yang mampu menukar semua benda menjadi emas hanya dengan menyentuhnya. Jadi, disiplin, fokus dan keyakinan diri merupakan faktor yang sangat penting dalam setiap tindakan yang diambil. "Tumpukan fokus anda, ini sangat penting. Apabila pasaran ranap, ramai juga kawan saya yang terjejas akibatnya. Malah, sesetengah mereka menjadi muflis, tapi saya tak begitu. Saya berusaha lebih keras daripada sebelumnya dan saya betul-betul fokus."

"Bagaimanapun, kemampuan anda untuk terus fokus akan sia-sia sahaja jika tidak diiringi dengan sikap berdisiplin. Tetapi, perkara paling penting ialah kemampuan anda untuk bekerja dalam keadaan tertekan."

Beliau juga berkata sesetengah manusia yang paling hebat dan gembira di dunia ini sebenarnya tidak memiliki sebarang empayar, tapi bekerja untuk manusia yang hebat. "Sesetengah orang tidak dilahirkan bersama bakat untuk menjadi usahawan yang hebat, tetapi ini bukannya halangan untuk berjaya dalam hidup," kata beliau.

Trump, yang menduduki tangga ke-368 dalam senarai bilionair Dunia Forbes pada 2008 dengan kekayaan bernilai AS$3 bilion, juga mengejutkan peserta YES 2009 dengan nasihatnya secara berterus terang. "Ada satu perkara yang sering saya katakan, tapi orang tidak begitu menyukainya. Kalau orang hentam awak, awak hentamnya balik dan jangan sekali-kali biarkan dia terlepas dengan begitu saja. Kehidupan ini memang penuh dengan kejahatan," katanya yang disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hadirin.

Semasa sesi soal jawab, Trump yang terkenal sebagai pembuat keputusan yang tegas dan kadangkala dianggap kejam, berkata beliau akan hanya memberi peluang kedua kepada seseorang jika kesilapan yang dilakukannya itu bukan disengajakan dan orang berkenaan sanggup mengaku kesilapannya serta bekerja keras bagi menebusnya.

"Saya percaya kita boleh beri peluang kedua kepada seseorang dengan beberapa syarat, tapi bukan kepada seseorang yang menipu kita. Di dunia ini, hakikatnya ialah manusia tidak akan banyak berubah. Kalau dia tidak setia kepada anda sekarang, dia juga tidak akan setia pada masa akan datang," katanya. BERNAMA

2 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

"Ada satu perkara yang sering saya katakan, tapi orang tidak begitu menyukainya. Kalau orang hentam awak, awak hentamnya balik dan jangan sekali-kali biarkan dia terlepas dengan begitu saja. Kehidupan ini memang penuh dengan kejahatan," katanya yang disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hadirin.

Pendapat: mmg bila kena hentam, cth; org maki hamun & malukan kite, mmg rase nk hentam dia balik. Tgk tempat gak ar, tgh org ramai/tidak. Kdg2 bila org nmpak kte 'lose temper' & hilang sabar, org blh pndg rendah & lebih nmpak kelemahan kte. Pernah buat ke2-2 ni, marah balik org tu & jugak pernah gk diamkn diri. Lps marah semula, mula2 akn rase puas hati sgt..yela, dpt lepaskn geram. Tp lama2, kte kdg2 menyesal sbb ckp benda xbaik,yg blh menyakitkn hati org. Klau diam lak, mula la lepas tu rase sakit hati, kenapala aku xmarah balik org tu, knp la xckp mcm ni, mcm tu.

Pernah terdgr la 1 ceramah agama, Nabi Muhammad pernah kena marah/perli oleh seorang balu yg baru kematian suami, baginda diam saje. Tp bila shbt bangun & marah/tegur wanita tu, Nabi bangkit bangun & pergi. Shabat bertanye, knp diam & duduk bila wanita tu marah, & Nabi bangun & pergi bila sahabat marah balik wanita tu. Nabi jwb, semasa dia di marah & dia diam, para malaikat turun & mendoakan diampunkan Nabi atas kesabaran baginda, tp bila wanita tu dimarah semula oleh shbt Nabi, malaikat dh pergi sbb xsuke, syaitan lak dtg ganti, sbb syaitan sgt sukakan kemarahan/api. Nabi xnak ade dlm 1 tempat dgn syaitan sbb tu Nabi pegi dr rumah tu.

Correct me if i'm wrong, sbb ingat2 lupa kisah Nabi tu. Sempena tahun baru ni, nk jadikan diri lebih kuat menahan kemarahan ni...& lebih sabar dengan kerenah makhluk Allah. Semoga diampunkn dosa2 terdahulu & akn dtg & dekat dgn Allah.

kingpahat a.k.a zaimi berkata...

Marah...semua org ada sifat marah,masa zaman sekolah dulu,cikgu saya pernah berkata "kalau kamu marah,tunjukkan kemarahan kamu dan kalau kamu malu...jgn tunjukkan memaluan kamu". tak sangka cikgu saya ni ada persamaan keywords dgn donald thrump.

Related Posts with Thumbnails