VVIP DENAI CINTA

24 November 2009

Filem : 2020

FILEM BARU, YANG MUNGKIN DAPAT MENGATASI KUTIPAN BOX-OFFICE FILEM 2012!!! SIAPA PENGARAH DAN PELAKONNYA? NANTIKAN KEMUNCULANNYA DI PAWAGAM BERHAMPIRAN ANDA!!! (itupun kalo muncul ar...)

HUKUMAN BUNUH KEPADA PEROGOL

Gambar yang menunjukkan perogol dihukum BUNUH dengan 11 das tembakan ini dipercayai dilaksanakan di Yemen. Hukuman dilakukan di kawasan terbuka, di hadapan khalayak ramai. Lelaki ini telah merogol kanak-kanak berusia 8 tahun. Mungkin kes-kes rogol di Malaysia dapat disifarkan seandainya hukuman sebegini dijalankan!!!






19 November 2009

RENUNGKANLAH SEDALAM-DALAMNYA

TIDAK!!! Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 26 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa pabila sembahyang. ALLAH MAHA MENDENGAR.

INGATAN UNTUK DIRIKU DAN DIRIMU JUA


Hari ini terasa hendak bermuhasabah diri. Muhasabah diri ini amat penting supaya kita tidak terlalu leka dan lalai semasa sibuk dan seronok menjalani kehidupan seharian atas muka bumi ini. Kadang-kadang kita terasa leka. Kadang-kadang kita terasa lalai. Namun begitu, kita tidak boleh selalu leka dan lalai. Cuma lupa sedikit. Jadi di sini ada sedikit INGATAN dan TAZKIRAH untuk tatapan kita semua. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perkara ini tetapi TAZKIRAH tetap menjadi manfaat kepada kita semua.


Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima (5) kali :

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Qur'an.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "Laa ilaaha Illallah, Muhammadaur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima (5) jenis racun & lima (5) penawarnya :

  • Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya
  • Harta itu racun, zakat itu ubatnya
  • Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya
  • Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya
  • Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya

Renung-renunglah...
Fikir-fikirlah...
Zikir-zikirlah...
HIDUP mesti diteruskan...
MATI tetap PASTI!!!



disalin tampal dari blog sahabat : IBNUHASAN

17 November 2009

Ambillah Pekerja Terbaik, Tapi Jangan Percayakan Mereka - Donald Trump

PUTRAJAYA, 17 Nov : "Ambillah pekerja terbaik, tapi jangan percayakan sangat mereka, manakala anda pula, jalankan tugas anda," demikian nasihat raja hartanah dan hos program realiti terkenal, Donald Trump kepada peserta Sidang Kemuncak Pembabitan Belia 2009 (YES 2009) di sini Selasa. Bercakap melalui sidang video secara langsung dari pejabat beliau di Trump Tower, New York, ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Trump berkata untuk menjadi usahawan yang hebat, seseorang itu perlu bekerja keras kerana "yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tak akan datang melayang" dengan sendiri.

"Untuk menjamin kejayaan, setiap individu perlu menguasai bidang yang diceburinya, melebihi orang lain. Beberapa atlet terkemuka pernah datang untuk meminta nasihat dari saya. Mereka sudah berada di penghujung kerjaya masing-masing, tapi tidak memiliki wang kerana pengurus mereka mencuri wang mereka atau melaburnya dalam perniagaan yang tidak tepat.

"Saya katakan kepada mereka, 'pergilah dan kuasai betul-betul bidang anda, ambillah orang yang baik untuk bekerja dengan anda, tapi jangan sekali-kali percayakan mereka," katanya. Sering terjadi, kata Trump, individu yang memiliki pakej yang baik "otak yang bergeliga dan penuh bersemangat" tapi oleh kerana tidak memiliki peralatan baik yang sepatutnya dimiliki pekerja yang baik, dan strategi, dia akan mengalah kepada cabaran.

"Ini satu kelemahan besar kerana pengecut tidak akan berjaya. Anda perlu ingat bahawa biar apa pun terjadi, anda tidak boleh mengaku kalah. Ketika saya hendak memulakan The Apprentice, saya diberitahu bahawa siri televisyen seperti itu tidak akan mendapat sambutan pada waktu puncak di Amerika. Tapi, ia telah menjadi program nombor satu dan disiarkan di banyak negara.

"Apabila program itu mencapai kejayaan, ejen saya meminta komisyennya dan saya suruhnya berambus dengan berkata "Jim, awak diberhentikan kerja. Kita tak boleh mengaku kalah. Saya tak mengaku kalah apabila ejen saya memberitahu demikian kepada saya dan program itu kemudiannya berjaya kerana saya tumpukan segala kesungguhan saya terhadapnya."

Trump berkata beliau bukannya "Maharaja Midas yang mampu menukar semua benda menjadi emas hanya dengan menyentuhnya. Jadi, disiplin, fokus dan keyakinan diri merupakan faktor yang sangat penting dalam setiap tindakan yang diambil. "Tumpukan fokus anda, ini sangat penting. Apabila pasaran ranap, ramai juga kawan saya yang terjejas akibatnya. Malah, sesetengah mereka menjadi muflis, tapi saya tak begitu. Saya berusaha lebih keras daripada sebelumnya dan saya betul-betul fokus."

"Bagaimanapun, kemampuan anda untuk terus fokus akan sia-sia sahaja jika tidak diiringi dengan sikap berdisiplin. Tetapi, perkara paling penting ialah kemampuan anda untuk bekerja dalam keadaan tertekan."

Beliau juga berkata sesetengah manusia yang paling hebat dan gembira di dunia ini sebenarnya tidak memiliki sebarang empayar, tapi bekerja untuk manusia yang hebat. "Sesetengah orang tidak dilahirkan bersama bakat untuk menjadi usahawan yang hebat, tetapi ini bukannya halangan untuk berjaya dalam hidup," kata beliau.

Trump, yang menduduki tangga ke-368 dalam senarai bilionair Dunia Forbes pada 2008 dengan kekayaan bernilai AS$3 bilion, juga mengejutkan peserta YES 2009 dengan nasihatnya secara berterus terang. "Ada satu perkara yang sering saya katakan, tapi orang tidak begitu menyukainya. Kalau orang hentam awak, awak hentamnya balik dan jangan sekali-kali biarkan dia terlepas dengan begitu saja. Kehidupan ini memang penuh dengan kejahatan," katanya yang disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hadirin.

Semasa sesi soal jawab, Trump yang terkenal sebagai pembuat keputusan yang tegas dan kadangkala dianggap kejam, berkata beliau akan hanya memberi peluang kedua kepada seseorang jika kesilapan yang dilakukannya itu bukan disengajakan dan orang berkenaan sanggup mengaku kesilapannya serta bekerja keras bagi menebusnya.

"Saya percaya kita boleh beri peluang kedua kepada seseorang dengan beberapa syarat, tapi bukan kepada seseorang yang menipu kita. Di dunia ini, hakikatnya ialah manusia tidak akan banyak berubah. Kalau dia tidak setia kepada anda sekarang, dia juga tidak akan setia pada masa akan datang," katanya. BERNAMA

HATI LELAKI 40-an :-D

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA, TERUTAMANYA UNTUK LELAKI BERUSIA YANG BERHAJAT BERISTERI BARU YANG JAUH LEBIH MUDA DARI USIANYA!!! Hayati kisah ini...

Aku sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri aku sering mewar-warkan bahawa umur aku dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. "Kalau abang rasa nak pasang lagi satu, saya izinkan", kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih ajelah aku at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak menikah lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!!! Tak tahulah kalau isteri aku tu main reverse psikologi dengan aku. Tapi lepas aku berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah.

WHY??? KENAPA AKU TAK NAK???!!! Bila mengenangkan umur aku yang dah 40an. Let's say kalau aku kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memanglah seronok beb!!!

TAPI..... Tentang makan minum, pakaian, kemas rumah dan kegemaran aku, rasanya aku tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, aku suka makan apa, camne cara nak masaknya, baju aku kena gosok cam gini, kalau aku bangun tidur aku suka kalau my wife dah siapkan segala-galanyalah. Tak perlu aku bagitau, dia dah tahu apa aku suka. Cerita apa aku suka kat TV, teh atau kopi manis macammana, hobi apa, sukan kegemaran... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu.

Rasa-rasa dapat ke isteri muda aku suruh buat cenggitu, tentu dia banyak ragam. Yelah dia muda, aku kan dah tua. Mesti dia kata aku ni mengada-ngada. Sure aku yang kena manjakan dia lebih, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dengan kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda PASTI LAGI TERUK.

Eh!!! budak 20-an zaman sekarang, dengan handbag berjenama (nak yang ORI plak tu), dengan nak tudung kain Ekin, tudung Maiza, dan henpon blackberry, itu tak termasuk kereta, paling kokak pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana nak naik Proton atau Perodua. Kalau aku tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam, tak ke terseksa jiwa-raga.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal kapcai pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat flat 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh!!! untuk isteri muda, terpaksa aku buat OVERTIME (OT) untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung, dan TV Sony skrin nipismu itu... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... Hari minggu pun kena cari duit... Nak tengok bola pun tak dapat.

Lebih haru lagi, tentu anak-anak aku akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan ke banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kahwin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari aku, malah akan membenci pula.

Masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau aku ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat anak tu di masa aku dah tua. Kat rumah isteri muda tengah hiruk-pikuk dengan anak-anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak), sedangkan di rumah isteri tua, anak-anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, aku yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan mandikan baby. Hahahahahaha... Kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Daahhhh tak dapat malam nanti...!!!

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun dua keseronokan tu. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak-anak, nak dukung anak-anak. Lecehlah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang dok tegur : "tengah pilih baju cucu ke pakcik..." Eiiii tak sangguuup aku...!!! Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak aku!!! Lagi haru-biru!!!

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria-ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tau nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk.

Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau aku ni umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru aku tu... Hisshhh!!! banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi aku selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah aku tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap aku. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata, bukannya yang di dalam kepala, bukannya di dalam 'seluar dalam' je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apapun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

Tak payah lah yang lain2. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam 'seluar dalam' je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial2. Fikir2kanlah ya... Wallahua'lam.

KAEDAH DAN ADAB BERDOA

  • Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.
  • Mengadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk, tawaduk selain merendah diri kepada Allah.
  • Doa dimulakan dengan membaca al-Fatihah atau memuji Allah sekurang-kurangnya, “Alhamdulillahirabbilalamin” diikuti dengan membaca selawat atas nabi.
  • Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak di samping perut anak jari mengadap ke atas.
  • Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.
  • Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati lara dan lalai atau kurang yakin kemahuannya.

    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah." (Riwayat At-Tarmizi).
  • Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang atau mudah supaya Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan susah.
  • Berdoa dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.

    Firmah Allah yang bermaksud: Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan (Surah al-Araaf ayat 55).
  • Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya:

    "Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka."
  • Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurang-kurangnya tiga kali.
  • Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Ingat, apabila berdoa jangan meminta sesuatu yang mustahil.
  • Jangan mudah merajuk apabila doanya tidak dikabulkan Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain berserah diri kepada Allah.
  • Sebelum mengakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi s.a.w selain puji-pujian kepada Allah.

disalin tampal dari myMetro



VINEFIRE PAY PER CLICK!!! : USD25 SEHARI, HANYA LUANGKAN MASA 5 MINIT!!!

"Anda boleh membuktikan apa yang saya nyatakan ini setelah membaca dengan detail penjelasan saya di sini. Kerana saya telah melakukan perkara seperti yang saya tulis di sini dan mendapat $25 setiap hari dalam waktu kurang dari 5 minit!!!"


Caranya adalah seperti ini :

  • LANGKAH PERTAMA : Klik kanan 'open link new tab' banner ini,
  • (hanya memerlukan alamat email saja, jangan lebih dari 1 akaun, kerana ia melanggar terms of service dari Vinefire)

  • LANGKAH KEDUA : Klik kanan, 'open link in new tab' (lakukan ini untuk setiap link di halaman tersebut) senang, kan?
  • Setiap link yang anda klik kanan, lalu open link in new tab akan menghasilkan $0.23 untuk anda. jika dalam 1 halaman ada 30 link, anda kira-kira akan menghasilkan $6.9 pada halaman tersebut.
  • Setelah anda klik semua link yang ada, refresh browser anda (tekan F5 untuk Mozilla Firefox)
  • Lakukan terus sampai mencapai $25! (had maksimum per harinya untuk sekarang ini hanya $25)
  • Lakukan perkara ini setiap hari, maka setiap bulan anda akan mendapatkan 30 x $25 = $750 x RM3.80 (Lebih kurang RM2850.00) LUMAYAN???!!! TAK SAMPAI 5 MINIT KITA KLIK KE LAMAN2 WEB TERSEBUT!!!

    CARA PEMBAYARAN

    Vinefire
    masih beta, oleh itu, ia belum melakukan pembayaran kepada ahlinya. Vinefire akan melakukan pembayaran dengan paypal. Saranan saya, sementara ini kumpulkan saja sebanyak mungkin DOLLAR yang mampu dikumpul. Tiba masanya apabila Vinefire melakukan pembayaran kepada ahlinya, maka kita akan menikmati hasil kerja kita selama ini.

    Ini adalah keterangan rasmi dari VINEFIRE :

    • The goal of Vinefire is to be acquired by a larger company. All earnings will accumulate in user accounts until we arrange and complete such a sale. All earnings will be paid from the proceeds of said acquisition.
    • Some active Vinefire members may receive a partial or full payment from their earnings balance before Vinefire is acquired.
    • PayPal is the preferred option to send payouts to Vinefire members. If PayPal doesn't conduct business in the country where you reside, or if you are unable to receive PayPal payments to the email address we have on record, we will contact you at said email address and request a physical address where we may send payment.

    Ada kegunaan lain dari Vinefire? Ya! Vinefire juga berguna untuk promosi link anda secara PERCUMA dan dilihat oleh ramai orang. Namun perlu diingat : Jangan melakukan spam, nanti akaun anda diterminate oleh Vinefire.

    14 November 2009

    Amy Search Teringin Tubuh Sekolah Tahfiz

    ALHAMDULILLAH... Gembira dan rasa sejuk je hati bile membaca cerita-cerita tentang hamba-hamba Allah yang ingin melaksanakan niat baik ke arah menegakkan syiar Islam di muka bumiNYA ini. Apatah lagi apabila cerita tersebut hadirnya dari dunia hiburan tanah air yang selalunya dipenuhi cerita-cerita kontroversi, gosip panas, sensasi, mual dan hanyir!!!


    TAHNIAH
    kepada Amy Search atas 'transformasi' yang diperlihatkannya. Semoga ia menjadi iktibar kepada semua khususnya rakan artis serta peminat dan pengikut industri seni itu sendiri. Semoga impian Amy untuk menubuhkan Sekolah Tahfiz akan terlaksana dan dipermudahkan Allah swt ke arah perlaksanaannya.


    Ikuti laporan dari MALAYSIAKINI.COM
    Ikon penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi. Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

    "Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini. Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur : lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

    Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama. "Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita. Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

    Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah Mastika sejak tahun 1996. Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah. Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.

    "Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara. Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji," katanya. BERNAMA

    Filem / Dokumentari Muzikal : KENANGAN TERAKHIR JACKO

    BERITA HARIAN
    Peminat Micheal Jackson berpeluang menonton aksi Raja Pop dalam This Is It.
    Empat bulan selepas pemergian Raja Pop Dunia, Michael Jackson atau Jacko, peminat kini berpeluang mendekati detik akhir perjuangannya menerusi rakaman siri latihan sebagai persediaan untuk siri konsert terakhirnya, This Is It. Berita pemergiannya pada 25 Jun lalu pada usia 50 tahun turut memusnahkan impian penggemarnya untuk menonton siri 50 konsert yang direncanakan bermula di O2 Arena, London Julai lalu.

    Filem : 2012


    TSUNAMI CGI myMetro

    Menyentuh soal aksi, paparan bumi dibelah, gempa hebat, ribut kuat, gunung yang memuntahkan laharnya serta tsunami gergasi yang melanda sehingga menutupi hampir keseluruhan muka bumi sesuatu yang menakjubkan untuk dipaparkan di layar lebar.

    Bayangkan saja, tsunami gergasi yang mampu menutupi keseluruhan tanah tinggi di dunia ini serta tanah merekah akibat gempa kemudian turut memuntahkan larva berapi menjadi antara babak yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

    07 November 2009

    BAHAYA WAHABI

    sekadar gambar hiasan. berkaitan ke ngan artikel ni? ntah... PikiaQ la sendiri...!!!


    Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin rencana@hmetro.com.my
    GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

    Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu. Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

    Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia. Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

    Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru. Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

    Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w. wafat.

    Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

    Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam. Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

    "Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari. Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

    "Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim. Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya. Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

    Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

    Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu. "Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal. Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

    Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam. "Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis. Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

    Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

    Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

    Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan. Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

    Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf. Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

    Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t. Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

    Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya." Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

    Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

    Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.



    INFO : Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya...

    • Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah
    • Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)
    • Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias
    • Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)
    • Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w
    • Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik
    • Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w., tahlil dan seumpamanya
    • Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain
    • Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya
    • Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh
    • Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah
    • Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w
    • Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja
    • Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang
    • Amalan tariqah dilarang sama sekali
    • Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras



    04 November 2009

    DEMAM KUNING??? SUKAR MENDAPATKAN SUSU KAMBING SEBAGAI PENAWAR???

    Bayi seringkali diserang Demam Kuning. Dan masalah yang kerap membelenggu ibubapa adalah untuk mendapatkan produk tenusu yang baik khususnya susu kambing yang dipercayai amat mujarab untuk proses pemulihan demam kuning cahaya mata tersayang. KINI anda boleh memilih untuk mendapatkan produk SUSU KAMBING SEGERA HiGOAT!!! KELUARAN YANG BERSIH LAGI SUCI, 100% DIJAMIN HALAL!!! Mudah! Cepat! Sihat!

    SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU.
    Tidak menyebabkan ALAHAN. Kuatkan sistem imunisasi. Bersifat alkali. Tingkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan. Lancarkan sistem penghadaman dan usus. MEMBANTU MENGUBATI : KANSER, DEMAM KUNING, GASTRIK, ULSER, ASMA (LELAH), PENYAKIT KULIT, SUKAR TIDUR.


    MEMBANTU MERAWAT :
    SENGGUGUT, DARAH TINGGI, LEMAH JANTUNG, KENCING MANIS, BATUK KERING, GOUT. Imbangi gula dalam darah dan kolestrol. Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf). Tidak menyebabkan kahak. Memulihkan tenaga batin. AWET MUDA.


    PERTAMA DI PASARAN!!! TIADA BAU KAMBING.

    TANPA GULA. MUDAH DAN CEPAT DISEDIAKAN!!!

    HANYA RM36.60 (15 paket)


    PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK KAWASAN KUANTAN (JAYA GADING, SUNGAI ISAP, PERMATANG BADAK, BUKIT RANGIN, BUKIT SETONGKOL, CHENDERAWASIH, INDERA MAHKOTA, TANJUNG LUMPUR, INDERAPURA, INDERA SEMPURNA).
    HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN & PENGHANTARAN, call / sms : 017 680 5335

    AMARAN BUAT SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN!!! BERHATI-HATI DENGAN TAKTIK TERBARU PEROMPAK!!!

    Salam teman-teman, AWAS!!! Taktik terbaru perompak kereta. Kaum wanita dan lelaki hendaklah sentiasa berwaspada. Berhati-hatilah sahabat-sahabatku, masalah ekonomi yang semakin parah, membuatkan manusia terdesak melakukan pelbagai cara untuk mencari 'duit senang', dengan merompak dan menyamun!!! Berhati-hatilah semua terutama para wanita.


    BAHAYA!!!
    Baru minggu lepas, malam Jumaat saya parking kereta di tempat letak kereta awam. Semasa nak balik ke rumah saya terperasan ada sehelai kertas melekat di cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat itu di rumah, rupa-rupanya ia hanya resit pam minyak . Tak lama selepas itu, saya menerima email ini.

    "AMARAN DARI PIHAK POLIS : BERHATI-HATI DENGAN KERTAS YANG MELEKAT DI CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA; CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA (INI BUKAN GURAUAN )"

    Sedarlah semua!!! Tolong sebarkan... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk gostan. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat ke belakang, kita dapati ada kertas yang melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita tekan brek dan tarik hand-brek, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

    Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat persembunyiannya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi. Bahkan tidak mustahil si malaun tersebut akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

    Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih di dalam kereta. Jadi sekarang, pencuri memperolehi PAKEJ LENGKAP : Kereta, alamat rumah, duit, kad ATM, kad kredit, telefon bimbit dan kunci-kunci. Kesemua identiti kita telah diperolehi! BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN INI!!!

    Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukurlah kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan sebarkan perkara ini kepada kawan-kawan dan keluarga, terutama kaum wanita.

    dari email seorang sahabat. dicopy dari blog : PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2
    Related Posts with Thumbnails