Sememangnya si UMNO ini miskin dengan semangat demokrasi. Demokrasi hanya wujud apabila ia memihak mereka dan memberi keuntungan kepada tembolok mereka. Apabila sokongan rakyat beralih kepada pembangkang, ia akan disekat dari segenap penjuru agar suara parti pembangkang terus terhapus dan rakyat terhalang untuk memberikan sokongan mereka kepada pembangkang.
Baca laporan yang diambil dari MALAYSIAKINI.COM ini, si UMNO ini akan takut dan trauma apabila ada di kalangan rakyat khususnya yang berkhidmat dengan kerajaan menunjukkan kecenderungan kepada pembangkang. Ketakutan UMNO ini kadangkala menjengkelkan apabila majlis-majlis ceramah agama yang diadakan turut terkena tempiasnya apabila ceramah agama pun turut dilabelkan sebagai penyebar dakyah pembangkang khususnya PAS. Demokrasi apakah yang diamalkan UMNO ini...?
Abdul Rahim Sabri -MALAYSIAKINI.COM-
16 OKTOBER : Kerajaan digesa supaya melakukan proses pemutihan terhadap syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang didakwa menyokong pembangkang. Gesaan tersebut oleh wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.
Beliau berkata, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno. Ini kerana, katanya, terdapat di kalangan ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangannya yang menyokong pembangkang. "Mereka membenarkan ceramah pembangkang dalam premis mereka sendiri. Berikan perhatian kepada ahli Umno yang setia kepada parti dan yang berkelayakan, agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan GLC," katanya.
Itulah masalah yang membelenggu UMNO ini. Gesaan wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani kononnya agar diberikan jawatan hanya kepada ahli UMNO di dalam syarikat GLC memperlihatkan sikap MEMENTINGKAN KRONI tidak dapat dikikis dari dalam jiwa-raga 'PARTI CARI MAKAN' ini. Nampaknya pesanan Presiden Parti agar ahli-ahli UMNO mengubah pandangan masyarakat supaya tidak menganggap UMNO 'parti cari makan' tak ubah seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

SINGKIR ANASIR PEMBANGKANG DI GLC

...................................................................
Itulah masalah yang membelenggu UMNO ini. Gesaan wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani kononnya agar diberikan jawatan hanya kepada ahli UMNO di dalam syarikat GLC memperlihatkan sikap MEMENTINGKAN KRONI tidak dapat dikikis dari dalam jiwa-raga 'PARTI CARI MAKAN' ini. Nampaknya pesanan Presiden Parti agar ahli-ahli UMNO mengubah pandangan masyarakat supaya tidak menganggap UMNO 'parti cari makan' tak ubah seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
UMNO; PARTI CARI MAKAN
DULU, KINI, DAN SELAMA-LAMANYA
DULU, KINI, DAN SELAMA-LAMANYA
0 comments:
Catat Ulasan