Ahad, 11 Oktober 2009

TAK SIA-SIA BERLAKON DIBELASAH

Aku cukup yakin, Ketua Putera Umno Datuk Abdul Azeez merupakan insan yang paling gembira dengan berita kemenangan BN dalam PRK N31 Bagan Pinang. Pastinya beliau boleh mendabik dada saat ini dengan mengatakan bahawa kemenangan BN di Bagan Pinang adalah hasil usahanya melakonkan lakonan 'hidup' dengan cukup berkesan!

Mujur BN menang di Bagan Pinang, sekurang-kurangnya masyarakat tak la memandang dungu sangat tindakannya berlakon dibelasah penyokong PAS hingga dimasukkan ke HKL. Andainya BN kalah, maka bertambah teruklah dia dipersenda bukan sahaja oleh lawan, bahkan tidak mustahil oleh kaum dalam partinya sendiri.

Untuk pilihanraya kecil akan datang, kita nantikan apakah lakonan Azeez seterusnya. Mungkin dia akan menghasilkan sebuah lakonan yang lebih hidup dan mantap untuk memastikan kemenangan BN dan yang lebih penting untuk memastikan namanya terus terpahat sebagai PAK LAWAK pilihanraya!!!
ROHAIFI AZRI a.k.a ezry da; legend

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'