Selasa, 6 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG : TUMBUK KE TEPUK?



-FAISAL TEHRANI-

Oleh kerana tidak ada kemahiran menggunakan bahasa dan kamus, sesetengah dari kita selalu menerapkan diksi yang salah dalam perbualan. Yang paling terbiasa, adalah kesalahan yang selalu ditegur oleh Profesor Abdullah Hassan iaitu 'kat' - saya tinggal kat Ampang - sedangkan yang sebenarnya ialah - saya tinggal di Ampang - saya sendiri kadang-kadang tersasul tetapi berusaha membetulkannya jika teringat.

Banyak lagi kekeliruan dalam memilih kata. Antaranya memilih kata tumbuk atau tepuk. Contoh ayat ialah: "Saya ditumbuk lebih sembilan orang tetapi tidak bengkak, cuma loya dan pening sahaja."

Sedangkan ayat yang sepatutnya adalah: "Saya ditepuk oleh seorang pemuda ramah tetapi saya melolong mengongoi kerana terasa-rasa seperti saya ditumbuk, hingga mengakibatkan loya dan pening."

Alahai tumbuk dan tepuk berbeza. Jangan salah menggunakan 'kata'. Takut nanti bukan orang percaya, tetapi orang naik meluat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'