MALAYSIAKINI.COM
Tan Sri Mohd Isa Samad telah menjalani HUKUMAN BERAT di atas kesalahannya dalam parti dan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana beliau mampu memenangi kerusi itu serta popular di kalangan masyarakat kawasan itu, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata bagi pertimbangan pilihan raya kecil, parti akan memilih calon yang mampu berkhidmat di satu-satu kawasan dengan berkesan, popular, diterima masyarakat serta kepimpinannya dikehendaki.
Tinjauan parti mendapati Isa adalah calon yang popular di kawasan itu, kata Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno kepada sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis dalam satu pertemuan di Paris pada Ahad.
Beliau berkata Isa telah dikenakan tindakan di atas kesalahannya termasuk kehilangan jawatan menteri dan naib presiden namun masih setia kepada parti serta bekerja keras untuk parti walaupun tidak berjawatan.
"Soalannya sama ada dia layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dah jatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding lepas edah.
"INI BUKAN KESALAHAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG NEGARA INI CUMA KESALAHAN TEKNIKAL PARTI. BELIAU SUDAH MENERIMA HUKUMAN," katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di DUN Bagan Pinang.
Najib berkata Isa bertanding sebagai calon kerusi DUN sahaja bukannya untuk memegang jawatan menteri atau menteri besar. Pada pilihan raya kecil 11 Okt ini, Isa, 59, yang merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan akan ditentang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, 45.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept lepas. BERNAMA
-ROHAIFI AZRI-
UMNO AKAN MENGHALALKAN APA SAHAJA YANG HARAM DEMI MENERUSKAN SURVIVAL POLITIK RAKUS MEREKA. ‘KESALAHAN TEKNIKAL’???
NAJIB NAMPAKNYA MAHU MEMPERBODOHKAN SISWA KITA DI PERANCIS PULA. POLITIK WANG, SAMALAH DENGAN RASUAH. NAMPAKNYA UMNO BENAR-BENAR HANYUT DAN MENERIMA AMALAN POLITIK WANG DAN TIDAK MENGANGGAPNYA SESUATU YANG HINA.
NAJIB, SEKIRANYA POLITIK WANG BUKAN KESALAHAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG NEGARA, APAKAH IA JUGA TIDAK MENJADI KESALAHAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG ALLAH SWT???
HANG NAK IKUT UNDANG-UNDANG MANA JIB???

KATANYA ISA HANYA MELAKUKAN KESALAHAN TEKNIKAL PARTI DAN BUKAN KESALAHAN DARIPADA SEGI UNDANG-UNDANG NEGARA.
"Soalannya sama ada dia layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dah jatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding lepas edah.
"INI BUKAN KESALAHAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG NEGARA INI CUMA KESALAHAN TEKNIKAL PARTI. BELIAU SUDAH MENERIMA HUKUMAN," katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di DUN Bagan Pinang.
Najib berkata Isa bertanding sebagai calon kerusi DUN sahaja bukannya untuk memegang jawatan menteri atau menteri besar. Pada pilihan raya kecil 11 Okt ini, Isa, 59, yang merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan akan ditentang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, 45.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept lepas. BERNAMA
........................................................
-ROHAIFI AZRI-
UMNO AKAN MENGHALALKAN APA SAHAJA YANG HARAM DEMI MENERUSKAN SURVIVAL POLITIK RAKUS MEREKA. ‘KESALAHAN TEKNIKAL’???
NAJIB NAMPAKNYA MAHU MEMPERBODOHKAN SISWA KITA DI PERANCIS PULA. POLITIK WANG, SAMALAH DENGAN RASUAH. NAMPAKNYA UMNO BENAR-BENAR HANYUT DAN MENERIMA AMALAN POLITIK WANG DAN TIDAK MENGANGGAPNYA SESUATU YANG HINA.
NAJIB, SEKIRANYA POLITIK WANG BUKAN KESALAHAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG NEGARA, APAKAH IA JUGA TIDAK MENJADI KESALAHAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG ALLAH SWT???
HANG NAK IKUT UNDANG-UNDANG MANA JIB???

0 comments:
Catat Ulasan