VVIP DENAI CINTA

10 Oktober 2009

PAPADOM!!! AYUH KE PAWAGAM!!!

Aku bukan kroni Afdlin, bukan juga diupah untuk menulis olehnya. Aku kenal Afdlin, tetapi Afdlin tak kenal aku. Walaupun dia tak kenal aku, aku tak kisah, dah nasib aku, aku bukan artis, dan sememangnyelah kita kenal Afdlin kerana dia adalah artis dan sutradara berbakat.

PAPADOM, karya Afdlin yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air. Filem ini telah mendapat pengiktirafan tertinggi di FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2009 sebelum ia menjengah khalayak. PAPADOM diiktiraf sebagai FILEM TERBAIK, CERITA ASAL TERBAIK, PELAKON LELAKI TERBAIK, PELAKON WANITA TERBAIK dan SKOR MUZIK ASAL TERBAIK.

Alhamdulillah, aku sendiri telah menonton PAPADOM jam 0915malam 09 Oktober 2009. Sememangnya filem ini menepati pengiktirafannya sebagai FILEM TERBAIK di Festival Filem Malaysia. Aku pernah menonton filem-filem Afdlin sebelum ini, semuanya tidak mengecewakan aku kecuali LOS & FAUN yang agak membosankan. Kehadiran PAPADOM nyata sesuatu yang berbeza. Sesuatu yang baru telah Afdlin bawakan dalam karyanya kali ini. Lawak, lucu, sedih, suka, kecewa dan pelbagai emosi yang bakal dirasai apabila menonton filem ini. Lakonan dengan skrip yang bersahaja menghidupkan PAPADOM.

Aku bukan penganalisis filem yang boleh memperincikan betapa bagusnya filem ini dan di sudut mana bagusnya filem ini. Tetapi sebagai peminat filem (terutamanya aku lebih meminati karya Hollywood) PAPADOM adalah sebuah karya yang langsung takkan rugi untuk kita keluarkan duit menontonnya di pawagam!!! SELAMAT MENONTON!!!

gambar-gambar ni aku cilok dari blog Saadom








aku teringat filem Shah Rukh Khan 'MOHABBATEIN'
part Saadom bercakap dengan arwah isterinye... huhu...
& BARU KALI KINI aku menyukai lakonan Liyana Jasmay...

4 ulasan:

Mr. tercabut berkata...

ari tue tak tau nak tgk cter papadom@ surrogates... finally tgk surrogates... tak dpt nak ulas cter nie.. surrogates memang best!

EZRY DA' LEGEND berkata...

xtgk lg pun aku dah tahu citer lakonan berus bilis tu mmg best. aku pun mmg nak tengok sangat2 SURROGATES. Tp aku amik keputusan nak nengok PAPADOM dulu. Dlm minggu ni gak aku akan gi tengok surrogates tu

so bro, dh nengok surrogates kan? lepas ni gi la nengok PAPADOM! Insya Allah xrugi gi nengok.

Afdlin xbayar sesen pun kat aku utk promo filem ni, hanya sekadar nak membantu mempromosi coz citer PAPADOM ni lain dari filem Malaysia seblom ni.

Selamat menonton PAPADOM bersama yang tersayang! Adiossss!!!

The Wan And Only berkata...

sama la... tetiba jadi ahli promo papadom, walaupun xde bayaran :)

::alwaniamalini:: berkata...

papadom mmg best! :D

Related Posts with Thumbnails