Rabu, 14 Oktober 2009

ISA SAMAD, IKON PERJUANGAN UMNO!!!

Isa Samad, nama yang berlegar sehari dua ini hasil kemenangan indah BN di Dun Bagan Pinang. Kemenangan BESAR yang kononnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemerintahan PM 1Malaysia Najib Razak. Isa Samad kini bagaikan ikon dan idola baru kepada ahli dan pejuang UMNO.

Tiada lagi palitan kisah politik wang. 'Comeback' yang dilakukan Isa ternyata begitu berbaloi baloi apabila dia kini diangkat seolah-olah sebagai pahlawan kepada parti cap keris. Politik wang, ia bukan kesalahan undang-undang negara berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Najib di hadapan penuntut Malaysia di Perancis. Najib menggambarkan seolah politik wang itu bukanlah kesalahan yang besar dan politik wang bukanlah rasuah. Najib menyatakan Isa hanya melakukan KESALAHAN TEKNIKAL parti dan bukannya kesalahan rasuah.

Jika diamati senario ini, agak mustahil untuk UMNO selepas ini untuk mengekang budaya politik wang apabila pemimpin tertinggi partinya memberikan gambaran seolah politik wang ini hanyalah 'kesalahan teknikal', seolah ia kesalahan yang kecil dan masih boleh dimaafkan.

Bahana politik wang ini jika tidak dikawal dan dihapuskan bakal merosakkan, bukan hanya kepada UMNO, bahkan ia akan merosakkan bangsa+generasi+negara ini! Pemimpin yang dipilih dengan cara yang kotor, pastinya tidak akan segan silu untuk melaksanakan kerja-kerja kotor yang bertentangan dengan undang-undang ciptaan manusia bahkan wewenang melanggar larangan-NYA.

Sampai bila UMNO akan terus terjerumus dalam najis politik wang? Jika begini caranya UMNO berdepan politik wang, maka sudah pasti UMNO akan terus terjebak dengan najis rasuah dari sejak DULU, KINI DAN SELAMANYA.

dulu dilabelkan sebagai RASUAH POLITIK, ditukar pula menjadi POLITIK WANG agar lebih 'sedap' didengar. Dan kini ia dikenali dengan penjenamaan semula yang lebih mantap, sejajar dengan semangat 1 Malaysia, maka politik wang diganti dengan ungkapan KESALAHAN TEKNIKAL.

pi mai pi mai tang tu...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'