Isnin, 12 Oktober 2009

ISA LAKUKAN RASUAH : NAJIB

UMNO AKAN BUAT KENYATAAN RASMI KES ISA

dipetik dari sumber yang amat diyakini oleh UMNO iaitu melalui arkib UTUSAN MALAYSIA bertarikh 24/06/2005. Oleh HATA WAHARI


BANGI 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO akan membuat kenyataan rasmi mengenai kedudukan Naib Presiden parti, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang dipanggil menghadap Lembaga Disiplin berhubung dakwaan terlibat dalam rasuah politik hari ini.

MOHD. Isa Abdul Samad dikerumuni wartawan dan jurugambar selepas selesai memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin UMNO di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Bernama.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO memberitahu, kenyataan rasmi itu akan dibuat apabila semua proses telah diselesaikan oleh Lembaga Disiplin parti. "Saya tidak boleh komen, ini adalah urusan Lembaga Disiplin dan saya tidak campur dalam urusan lembaga tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Berkala IV Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) bertemakan, `Pertahanan Negara: Cara Mahathir' di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kedudukan Mohd. Isa dalam parti dan kerajaan berikutan beliau dipanggil oleh lembaga berhubung dakwaan terlibat dalam rasuah politik. Menteri Wilayah Persekutuan itu tiba pada pukul 9 pagi di Ibu pejabat parti di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk sesi memberi keterangan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Lembaga Disiplin UMNO akan memanggil seorang pemimpin kanan bagi menghadapi sekurang-kurangnya tujuh pertuduhan membabitkan rasuah politik semasa pemilihan parti September lalu.

Mengenai keputusan mengejut menggantung jawatan Datuk S. Sothinathan sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli selama tiga bulan, Najib menegaskan, tindakan itu perlu diambil kerana prinsip dan etika di Parlimen perlu dipatuhi.

Jelasnya, prinsip utama ialah seseorang anggota pentadbiran tidak boleh menyanggah atau mempertikaikan apa yang dinyatakan oleh anggota pentadbiran lain. Najib yang juga Ketua Whip Parlimen berkata, ini adalah konsep tanggungjawab bersama.

"Ini adalah etika di dalam kerajaan dan Barisan Nasional (BN) dan bukan soal perkauman atau soal mana-mana kaum tetapi ini adalah soal kerajaan BN. Semua anggota pentadbiran kerajaan BN memperjuangkan kepentingan semua kaum,'' katanya.

Tegasnya, tindakan ini tidak bermakna bahawa kerajaan BN tidak membela mana-mana kaum sebaliknya keputusan itu adalah atas soal prinsip serta etika anggota pentadbiran di Parlimen.


----------------------------------------------------

Tahun 2005 dulu, Najib kata Isa Samad lakukan rasuah, tapi sekarang kata kesalahan teknikal. SUDAH TUKAR KA??? AYOYO...!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'