Skandal demi skandal RASUAH yang melibatkan pemimpin BN sekian banyak dilaporkan namun sebagaimana biasa, ia tetap tersimpul rapi menjadi misteri kepada rakyat. Terbaru, satu laporan polis telah dibuat berkaitan 'pemberian' dan 'pembiayaan' hadiah oleh sebuah syarikat yang kerap 'memenangi' tender kerajaan kepada isteri Menteri berkaitan.
......................................................................
HADIAH PADA ISTERI MENTERI KESIHATAN, POLIS DIGESA SIASAT
18 OKTOBER : Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan 'hadiah' kereta dari syarikat binaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Laporan tersebut dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan dalam lama web Malaysia Today pada 14 Oktober lalu. Artikel tersebut- 'To The Health Minister YB Dato Liow' - mendakwa isteri Liow - Lee Su Loo - dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari. Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.
ACSB juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta berkenaan dengan mendepositkan kira-kira RM5,000 setiap bulan ke dalam satu akaun simpanan di Public Bank (nombor akaun 4487469902). Artikel tersebut mendakwa Axis Construction merupakan firma binaan yang tersenarai dalam senarai penerima kontrak dari kementerian kesihatan.
petikan dari tulisan Hazlan Zakaria -MALAYSIAKINI.COM-
......................................................................
AHLI PARLIMEN BUAT LAPORAN POLIS MENTERI DIBIAYA
KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat di sini semalam meminta pihak berkuasa menyiasat kesahihan laporan satu artikel yang mendakwa sebuah syarikat membiayai ‘hadiah’ berupa sebuah kenderaan mewah oleh seorang menteri kepada isterinya. Laporan dibuat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, jam 1.27 tengah hari.
Artikel itu menurut mereka disiarkan dalam laman blog Malaysia Today bertarikh 14 Oktober, yang menyebut menteri berkenaan membeli sebuah Toyota Alphard berharga RM574,884.10 kepada isterinya sebagai hadiah hari jadi pada Januari lalu. Bagaimanapun artikel itu menggambarkan pembelian kereta itu dibiayai sebuah syarikat yang selalu memenangi senarai tender kementerian berkenaan dan mempersoalkan mengapa kontraktor kementerian itu membayar wang pendahuluan bagi kenderaan itu.
Ia turut menyiarkan maklumat satu cek RM324,884.10 dari syarikat berkenaan kepada pengedar kenderaan pada bulan berkenaan dan satu lagi cek RM9,299.90 kepada penjual. Artikel itu turut mendakwa syarikat itu diarahkan membayar ansuran bulanan bagi hadiah itu serta menyatakan seorang individu dari syarikat sama mendepositkan RM4,730 ke akaun bank isteri menteri terbabit setiap bulan.
Lim yang menemui pemberita berkata mereka berbuat laporan berkenaan selepas tidak melihat sebarang penjelasan dibuat pihak menteri atau kementerian itu walaupun setelah lima hari artikel itu disiarkan di laman blog berkenaan. "Kami buat laporan polis sebab tidak tahu sama ada dakwaan itu benar atau direka. Jika betul polis perlu aju kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, jika tidak betul, maka polis wajar ambil tindakan terhadap pihak yang menulis dan menerbitkan artikel itu," katanya. Usaha menghubungi menteri dimaksudkan bagi memberi penjelasan gagal
petikan dari BERITA HARIAN ONLINE

0 comments:
Catat Ulasan