Ahad, 25 Oktober 2009

GALI KUBUR TEOH, LAKUKAN BEDAH SIASAT KEDUA!!!

KELUARGA TEOH MAHU DR PORNTHIP BUAT BEDAH SIASAT BARU

Wong Teck Chi : MALAYSIAKINI.COM
25 OKTOBER : Keluarga mendiang Teo Beng Hock berkata mereka akan memohon supaya bedah siasat baru dilakukan oleh pakar patologis Thai, Dr Pornthip Rojanasunand. Adik perempuan Teoh, Lee Lan memberitahu Malaysiakini bahawa keluarganya berharap bedah siasat baru itu akan dapat "mendedahkan kebenaran" di sebalik kematian abangnya itu.

Beliau berkata, keluarganya telah memikirkan perkara itu sejak bermulanya inkues kematian Teoh, dan pendedahan Dr Pornthip bahawa "80 peratus" Katanya, ini juga kerana ada pihak yang tidak setuju dengan pendedahan Pornthip dengan alasan beliau tidak melakukan sendiri bedah siasat ke atas mayat Teoh.

Lee juga berkata, pada mulanya, keluarganya menolak bedah siasat kedua dilakukan sejurus selepas kematian Teoh kerana urusan untuk pengebumiannya telah diatur. "Kita juga tidak memeriksa secara terperinci kecederaannya pada masa itu, jadi kita tidak pernah terfikir untuk menjalankan siatan lanjut," katanya.

"Isu bedah siasat kali kedua ini tidak boleh dibiarkan berlarutan lama. Kerana Dr Pornthip berkata, jika mayat digali cepat, beliau boleh mendapatkan lebih banyak maklumat," tambahnya.

Berikutan itu, Lee berkata, keluarganya berharap pihak koroner akan membuat keputusan segera terhadap permohonan mereka supaya dibuat bedah siasat baru itu. Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh berkata, beliau akan memfailkan permohonan kepada koroner esok.
kematian Teoh mungkin homisid, membuat keluarga mahu pakar dari Thailand itu membuat bedah siasat baru.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'