Ahad, 11 Oktober 2009

CALON RASUAH MENANG DI BAGAN PINANG

TAHNIAH kepada TAN SRI ISA ABDUL SAMAD
atas kemenangan 'besar'nya dalam PRK N31 Bagan Pinang.

BN memperoleh 8013 undi
dan
Calon PAS memperoleh 2578 undi

majoriti 5435 undi


Setelah 9 PILIHANRAYA KECIL, BN hanya memenangi 2 kerusi, di Batang Ai dan juga kali ini di Bagan Pinang. Namun kemenangan di kedua-dua tempat ini pastinya belum membolehkan BN berada dalam kedudukan selesa kerana kemenangan di kedua-dua tempat itu tidak menunjukkan BN kembali diterima oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Kemenangan di Bagan Pinang tidak lebih hanya dibayangi oleh kekuatan manipulasi terhadap UNDI POS. Manakala kemenangan di Batang Ai yang terletak di pedalaman serta pengundinya belum menerima 'kunjungan' berita dari media alternatif, sama ada melalui akhbar alternatif mahupun berita melalui sebaran internet. Jelasnya, BN belum mampu menawan sepenuhnya hati pengundi muda! Pengundi yang bakal mencorak sama ada BN akan terus hidup ataupun berkubur di pilihanraya akan datang.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'