Sabtu, 10 Oktober 2009

APA KURANGNYA KELANTAN??? MUHYIDDIN JANGAN JADI BUTA KAYU!!!

-ROHAIFI AZRI-
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang menyeru rakyat mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lalu dan sebaliknya menilai rekod kejayaan Barisan Nasional (BN).

Wahai Muhyiddin yang mungkin jarang membaca surah Yassin. Usah lagi diperbodohkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang memualkan. Kenyataan yang memperlihatkan ketidak-caknaan anda sebagai TPM! Apa kurangnya Kelantan? Mundur sangatkah Kota Bharu?

Saya anak Kelantan yang kini menetap di Pahang Darul Makmur, makmur walaupun berkasino di puncak genting. Lihat sahaja dan bandingkan sahaja antara Kota Bharu yang ditadbir PAS dengan Kuantan yang diperintah oleh BN. Kuantan baru tahun ini memiliki pasaraya Carrefour sedangkan Kota Bharu terlebih dahulu menerima kedatangan gedung serba besar TESCO.

Pasaraya bagai cendawan tumbuh di Kota Bharu. Sekiranya manusia rakyat Kelantan ni miskin dan papa-kedana, mana mungkin pasaraya dan gedung membeli-belah akan membahlolkan diri mereka untuk membuka perniagaan di negeri TANAH INDAH SEKEBUN BUNGA ini. Malah, MyDin pun khabarnya dalam perancangan untuk membuka pasarayanya yang terbesar di negara ini di Tunjong, Kota Bharu.

Begitu juga dengan kemudahan pengangkutan awam yang nyata Kota Bharu lebih mendahului Kuantan. Buatlah kajian dan ketahuilah bahawa pengangkutan awam begitu dhaif di Kuantan . Sistem pengangkutan bas semakin teruk, menyukarkan rakyat berpendapatan rendah. Dulunya kita dapat lihat sekian banyak deretan bas di stesen pasar kuantan, tapi kini, ia bagaikan pupus dan tandus. Bas yang ada sekalipun telah dimamah usia dan selayaknya ditempatkan di muzium! Berbeza halnya di Kota Bharu apabila Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) menyediakan perkhidmatan bas yang nyata memuaskan dan hampir kesemua bas yang digunakan oleh SKMK berhawa dingin.

Banyak lagi kemajuan dan pembangunan di Kelantan yang mampu menyaingi negeri lain bahkan melebihi negeri yang ditadbir BN. Itu tidak lagi disebutkan dengan tempat tumpuan pelancong di Rantau Panjang mahupun di Pengkalan Kubur. Rumah-rumah banglo di segenap ceruk negeri Kelantan yang rata-rata dimiliki oleh orang melayu.

Kepada TPM. Usah jadi buta kayu. Jangan mengabui rakyat dengan fakta yang memualkan untuk kempen pilihanraya anda. Rakyat bukan bodoh, dan jangan kerana ingin memperbodohkan rakyat, kelak bodoh itu kembali kepada diri sendiri.

wallahu a'lam, bukan nak kondem memana negeri. Cuma ingin memberikan sedikit perbandingan kepada Muhyiddin untuk dia kembali menilai siapa sebenarnya yang gagal dalam mentadbir. DAN SEKIRANYA TIADA MAINAN KOTOR DARI KERAJAAN PUSAT untuk membenarkan minyak didaratkan di Thailand sebaliknya didaratkan di Kelantan, Kelantan pastinya bakal menjadi negeri maju. Apa boleh buat, BN terutamanya UMNO tak suka rakyat Kelantan yang majoritinya melayu melangkah maju ke hadapan. Bila nak pulangkan ROYALTI MINYAK yang dirompak BN dari rakyat Kelantan???!!!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ko ni lantang betul bsuara...direct tuuuu... Aku bukan ape, syg org bersemangat mcm ko ni nti kena ISAISA ke hape. Cume aku harap ko tulis dgn ikhlas k bro, bkn semata2 nak cari glamour! Dalam hati ko sape yg tau niat ko yg siap letak muka ko tu kt tiap2 blog. Bahaya bro! Tp aku suka artikel ko ni yg membela kampung tempat tumpah darah ko. Mmg 100% betul apa yg ko tulis. Kelantan bukan mundur!!!

EZRY DA' LEGEND berkata...

TQ bro. Kalo dah nak kene ISA, aku letak gambar KEPALA LEMBU (sbg ganti gambar aku) kat tetiap blog aku pun, diorang tetap bleh sesenang cari aku.

Aku letak gambar, bukan sebab nak glamer, Nanti la, aku kurangkan sikit gambar2 yg ada muka aku tu, bimbang disalah-anggap.

& KELANTAN, sememangnya bukan mundur. Negeri bermajoriti umat melayu ini alhamdulillah aman makmur. Hasil bumi banyak (terutama minyaknya), makanan sedap2 murah2.. Cuma pihak luar (BN terutamanya) kerap melabelkan Kelantan mundur.

Tapi rakyat sekarang bukannya buduh, diorg terutamanya generasi muda lebih terbuka, lebih tahu, mungkin kerana adanya media alternatif melalui IT yang membuatkan BN kini terhimpit. Berita kat RTM dan TV3 org bleh xlayan dh skrg, Dgr boleh, percaya jangan...

wallahu a'lam...


sekali lagi, TERIMA KASIH sudi memberikan komen dalam blog ni, syukran.

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'