VVIP DENAI CINTA

29 Oktober 2009

DI SEBALIK TABIR GOOGLE : PEJABAT TERBAIK DUNIA!!!

Google dinobatkan sebagai tempat kerja yang memiliki persekitaran serta prasarana paling selesa dan terbaik. Ini terbukti apabila mereka menjaga kebajikan pekerjanya di tahap yang paling optimum demi memastikan kualiti kerja serta produk Google sentiasa yang terbaik. Jom kita layan persekitaran pejabat yang pastinya membuatkan kita cemburu dengan keistimewaan yang dinikmati kakitangan Google ini.


Kapsul Penghilang Tekanan (Stress) yang kedap bunyi dan cahaya,
tapi tak la kedap udara, kang ada plak yang terbunuh :-D


Perjalanan dari tingkat atas ke tingkat bawah lebih cepat dan menyeronokkan.
Selain gelongsor ni, ada juga palang besi seperti di Balai Bomba


Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka
dari menu makanan dan minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari


Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 skrin LCD besar untuk
mereka bekerja. B
oleh meminta skrin tambahan jika mereka mahu


Papan putih (whiteboard) ada hampir di mana-mana. Idea & inovasi timbul
tidak mengira tempat, kata salah seorang pegawai pengurusan Google


Meja pool dan permainan video antara permainan yang
disediakan
untuk memudahkan pekerja bersantai


Privasi : Google menyediakan 'gondola khas' untuk
pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi



Ruang minuman untuk pekerja berehat sementara menunggu
komputer atau kerusi mereka yang rosak diperbaiki. Kool eh?


Tukang urut profesional tersedia jika sesiapa memerlukan.
Ruang urutannya juga sangat esklusif!!!


Ruang rehat dengan kerusi urut sambil pekerja menikmati
pemandangan dari akuarium yang mendamaikan. Fuyyooo!!!


Bilik bacaan yang sangat selesa. Ratusan buku tersedia
termasuklah yang berkaitan pengaturcaraan.

28 Oktober 2009

HAMPIR MENGGADAI Sebuah KEIMANAN Hanya Kerana 20 Sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni... nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen," kata Imam kepada pemandu bas.

"Ohhh...!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni... kan sedikit je nilainya," kata pemandu bas. Imam menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur." Pemandu bas tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah... Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai 'tingkap' untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu
terdapat contoh ikutan TERBAIK.

"DUNIA sebagai ALAT; AKHIRAT sebagai MATLAMAT"


disalintampal dari blog :
PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2

27 Oktober 2009

KES SAMAN : AMY SEARCH TETAP DIBICARA

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kes saman cuai yang difailkan seorang kanak-kanak yang melecur terkena tom yam panas terhadap penyanyi Amy Search dihantar semula ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan. Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan rayuan Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir, 3 tahun, dan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 Januari lepas yang membatalkan saman itu terhadap Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman.

25 Oktober 2009

Serasa ingin Aku membunuhmu setelah melihat kebiadabanmu dalam rancangan Esklusif di TV1 sebentar tadi.

Kenapa manusia seperti Kahar
yang mengaku sebagai RASUL MELAYU
masih bisa tersengih-sengih
walaupun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun?

Kenapa manusia seperti Ayah Pin
yang mengiktiraf dirinya pemimpin
penguasa KERAJAAN LANGIT
masih bebas lepas entah kemana...?

Mengapa binawe ini
Mengapa bajingan ini
Mengapa bahalol ini
Mengapa perosak agama ini
Mengapa si biadab ini
Mengapa si murtad ini
Mengapa si memurtadkan orang ini
Mengapa... Mengapa mereka tidak disumbat
Disumbat di bawah I.S.A???!!!

Bahalol dan si tolol inilah yang selayaknya
Selayaknya bernaung di bawah bumbung
Dikurung di balik jeriji besi
Dikerjakan SB
Di kem Kamunting!!!

-aku.ahad malam isnin.selepas melihat si Kahar Bahlol.di TV1-

24 Oktober 2009

PERIT WOOO SEJAK HARGA MINYAK NAIK. HARGA BARANG PUN MENCANAK NAIK...!!!

Pemimpin KERAjaan pernah berpesan supaya rakyat 'ubah gaya' hidup dalam menghadapi kenaikan harga minyak dan jugak harga barangan. Kena pakat-pakat ikut macam otromen ni gaknye, so xde masalah ngan kenaikan harga minyak.

"Yo bro! Memang la xde masalah ngan harga minyak bile dah naik beskal ni. Tapi yang jadi masalahnye, harga barang tu camane? Ni nengok bakul beskal aku ni, KOSONG!!! Aku gi pasar bawak 18 hengget, Ingat nak beli daging lembu sekilo, rupe2nye daging lembu dah naik harga, sekilo RM22! (Daging import tu, daging lembu tempatan lagi ar mahal). Pakcik jual daging tu siap perli-perli aku coz aku xcukup duit, hangin tul, geram jea aku nak FIRE pakcik tu. Mujur la keimanan dan kesabaran masih kuat dalam diri aku ni. Ni aku terpakse kayuh balik umah amik duit. Agaknye brape ar harga sekilo daging Resakse skrg ni..." ;-(

"Mana la peginye laki aku ni, cakap tadi nak gi pasar beli daging.
sampai skrg tak nampak-nampak lagi batang hidungnye.
Jangan dia cari gaduh dengan Resakse dah la."


21 Oktober 2009

SOYA+BABI = HARAMJADAH : GREEN BEAN SOY DRINK Keluaran YEO'S. BERHATI-HATI!!!

AWAS SAUDARA-SAUDARAKU!!!
GREEN BEAN SOY DRINK : Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya di Singapura dan Malaysia. Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda ke Singapura, harap baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya...

Cuba lihat gambar ini


Cuba lihat lebih dekat...

Apa benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???!!! Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS??? Belek punya belek... Hah!!! Patutlah... Minuman ni dikilangkan di negara yg dah memang dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!!


Apapun, saya sekadar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki tubuh badan kita ni!!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

Email : Zamri Keciks
Dicopy dari blog : CINA ISLAM

19 Oktober 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk ke rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat AYAT KURSI menurut Hadis-hadis:

……………………………..

Barang siapa membaca AYAT KURSI bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

……………………………..

Barang siapa membaca AYAT KURSI di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang berikutnya.

……………………………..

Barang siapa membaca AYAT KURSI di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

……………………………..

Barang siapa membaca AYAT KURSI di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat kepadanya.

……………………………..

Barang siapa membaca AYAT KURSI sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

……………………………..

Barang siapa membaca AYAT KURSI di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

……………………………..

Barang siapa yang membaca AYAT KURSI ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

……………………………..



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biar pun satu ayat..."

15 Oktober 2009

FACEBOOK DAN YAHUDI

ZUCKERBERG guna facebook
untuk bunuh penduduk Palestin

Apakah aku masih ingin terus mem'facebook'kan diri aku setelah mengetahui si Malaun Zuckerberg pengasas FB ini adalah seorang Yahudi yang setia pada bangsanya??? Si Zuckerberg yang menggunakan hasil keuntungan jutaan malahan billion USD untuk disumbangkan kepada Israel dalam memerangi umat Islam Palestin. Lihat petikan majalah al-Islam keluaran September 2009 ini. BERIKAN KOMEN DAN BUAH FIKIRAN KORANG UNTUK KITA KONGSIKAN BERSAMA.


klik imej untuk paparan lebih jelas

MAWI DAN SITI - TOLONG KE TEPI - ANAK MUDA DAH BOSAN


DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

Ini sebuah album yang merakamkan bunyi, suara, gendang, bangsi, puisi, lagu dan nada perjuangan rakyat. Sepuluh buah lagu dalam Album ini dilahirkan dari pengalaman seniman yang bertempur sebaris dalam angkatan rakyat. Album ini diisi dengan bunyi akta zalim ISA - suara YB yang korup - dan laungan untuk bersama berani turun ke jalan raya. Juga dipuisikan kembali pembunuhan Memali. Semua lagu-lagu digubah , dimusik dan dinyanyikan oleh Meor Yusof Aziddin. Hanya sebuah lagu tentang pejuang kemerdekaan : Shamsiah Fakeh yang dimerdu dan dilunakkan oleh gadis cun : Mlle Mei Chen.

Lirik lirik ditulis oleh perbagai bentuk jenis manusia dari Rahmat Haron, Amin Iskandar, Amir Hamzah, Pyanhabib, Isham Rais, Abdullah Jones dan Ubilepeh. Susuk yang dipanggil Meor ini bukan orang baru dalam dunia seni. Di zaman gempaq reformasi dahulu - ramai penyanyi genre bodek telah kecut telo - tetapi anak muda si Meor ini telah mara ke hadapan dengan gitarnya untuk mendendang dan menyemarakan api reformasi di jalan-jalan.
Justeru album Dari rakyat Untuk Rakyat ini telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan lagu-lagu bergenre bodek, lagu merewang-merewang atau lagu jantan bodoh menangis ditinggal kekaseh.

Album ini adalah dalam tradisi Paris Commune 1971 – dimana para pejuang – para communard - setelah hangat bertempur akan berehat dengan suara nyanyian, gesekan biola dan tiupan bangsi para revolusineer untuk bangun bersemangat kembali agar dapat bertemur di keesokan hari. Kalau Internationale lahirkan oleh Eugène Pottier di Paris Commune pada June 1871 – maka Dari Rakyat Untuk Rakyat ini dilahirkan dari pertempuran reformasi semenjak
tahun 1998.

Anak muda yang mengakui dirinya anak muda wajib memiliki album ini. Hanya anak anak muda yang telah dituakan tidak perlu mencium atau mendengar dendang-dendang dari album ini.Para revolusineer yang ingin mengubah dunia album ini adalah teman bersantai. Untuk para reformis album ini adalah tanda setia terhadap perjuangan. Untuk mereka yang berani
mengakui diri sebagai susuk berseni maka album ini adalah passport dan kad pengenalan diri.


SEMUA DI JEMPUT UNTUK MERAYAKAN PELANCARAN ALBUM INI:




DIJEMPUT DATANG BERSANTAI
DAN BEREVOLUSI


Album ini akan dilancarkan di:
DEWAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Dari Jam 8.00 malam hingga 12.00 malam


Pada : 17hb Oktober 2009 [Sabtu]
Bersamaan Hari Revolusi Bolshevik
Bersamaan Hari Kepulangan Cahaya Kebaikan Dewa Rama

ACARA:
- tayangan video Al-Fatihah Memali
- nyanyain amin iskandar/nik jidin /kumpulan di palang
- puisi rahmat haron/ pak janggut samad said
- tukar tiub akan berada di sana untuk komedi


artikel ini dicedok tanpa rasa malu dari blog
TUKAR TIUB

12 Oktober 2009

MURTABAK DiRAJA PEKAN (Pahang) KINI DI KUALA LUMPUR


KINI DIBUKA!!!
12A, Jalan Rampai Niaga 4,
Medan Niaga Rampai,

53300 Setapak, Kuala Lumpur.

klik pada imej di atas untuk paparan
lebih JELAS & MANTOPP!!!

10 Oktober 2009

PAPADOM!!! AYUH KE PAWAGAM!!!

Aku bukan kroni Afdlin, bukan juga diupah untuk menulis olehnya. Aku kenal Afdlin, tetapi Afdlin tak kenal aku. Walaupun dia tak kenal aku, aku tak kisah, dah nasib aku, aku bukan artis, dan sememangnyelah kita kenal Afdlin kerana dia adalah artis dan sutradara berbakat.

PAPADOM, karya Afdlin yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air. Filem ini telah mendapat pengiktirafan tertinggi di FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2009 sebelum ia menjengah khalayak. PAPADOM diiktiraf sebagai FILEM TERBAIK, CERITA ASAL TERBAIK, PELAKON LELAKI TERBAIK, PELAKON WANITA TERBAIK dan SKOR MUZIK ASAL TERBAIK.

09 Oktober 2009

MAHKAMAH ARAH NASHA AZIZ BAYAR RM10,000 KEPADA BAPA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sebagaimana dilaporkan BERNAMA, memerintahkan aktres dan model Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya Abdul Aziz Mohd Ali dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya terhadapnya.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes itu Rabu lepas. Bagaimanapun, Nasha hadir hari ini ke mahkamah tanpa peguam yang mewakilinya dalam kes itu Rashid Mokhtar.


Hakim Abdul Wahab juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu. Beliau bagaimanapun tidak memberi ganti rugi tambahan seperti yang diminta oleh Abdul Aziz kerana saman itu melibatkan perkara dalam keluarga.

Hakim Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja. Hakim Abdul Wahab berkata mahkamah menerima pernyataan tuntutan Abdul Aziz bahawa akibat perkataan itu, Abdul Aziz telah dipandang rendah dan dikatakan berbohong bahawa Nasha itu adalah anak kandungnya.

Abdul Aziz, 61, seorang guru silat, yang hadir di mahkamah, mengemukakan saman terhadap Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.

Abdul Aziz dalam pernyataan tuntutannya berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu bertajuk
"Jangan tanya hal peribadi" dalam keluaran akhbar bertarikh 24 Oktober 2004 telah menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya. Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia.

Nasha, dalam pernyataan pembelaannya menjelaskan bahawa perkataan 'bapa' dalam temu bual dengan akhbar itu adalah merujuk kepada bapa saudaranya Abdul Aziz Hathim yang membesarkannya. Pelakon itu tidak menafikan bahawa Abdul Aziz ialah bapa kandungnya tetapi beliau menganggap bapa saudaranya sebagai bapa dalam hidupnya.

Hakim Abdul Wahab dalam penghakimannya bagaimanapun tidak menerima hujahan peguam M Visvanathan, yang mewakili Abdul Aziz, bahawa artikel itu bermaksud Abdul Aziz telah meninggal dunia kerana Nasha dalam artikel itu merujuk ayah yang meninggal dunia itu sebagai bapa saudaranya yang menjaganya. Beliau juga tidak menerima hujahan Visvanathan bahawa Nasha dalam artikel itu bermaksud Abdul Aziz bukan bapa kandung Nasha kerana Nasha tidak menyatakan dia (Abdul Aziz) adalah bukan bapa kandungnya.

Beliau berkata walaupun nama bapa kandung Nasha dan bapa saudaranya sama iaitu Abdul Aziz tetapi nama penuhnya berbeza dan masyarakat perlu melihat keseluruhan nama itu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Sebelum Hakim Abdul Wahab membacakan penghakimannya, Nasha yang hadir memberi penjelasan kepada mahkamah bahawa beliau tidak tahu mengenai tarikh bicara yang ditetapkan pada Rabu lepas.
"Saya hanya tahu melalui akhbar Metro dan Berita Harian mengenai kes ini. Saya cuba menelefon peguam Rashid Mokhtar tetapi tiada jawapan. Saya buat keputusan untuk hadir sendiri. Pohon mahkamah beri peluang untuk dapatkan peguam bagi mengetahui kedudukan saya dalam kes ini," katanya.

Hakim Abdul Wahab berkata pelupusan kes di mahkamah tidak dapat berjalan secara teratur jika peguam gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan dan ketidakhadiran peguam tidak seharusnya menghalang daripada mahkamah melupuskan kes.

Selepas keputusan itu, Nasha yang ditemui pemberita, berkata beliau menerima keputusan itu dengan baik tetapi berharap mahkamah akan memberi peluang baginya membuat penjelasan mengenai kes itu. Beliau menjelaskan perkataan ayah dalam artikel itu adalah bermaksud bapa saudaranya yang menjaganya. Ketika ditanya apa panggilan beliau kepada bapa kandungnya, Nasha menjawab "saya tidak memanggilnya ayah tapi dengan nama lain. Saya memanggil ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) saya adalah ibu dan emak kandung saya adalah mummy."

Semasa ditanya sama ada beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini, Nasha berkata beliau akan mendapat khidmat peguam yang arif mengenai perkara itu.
Abdul Aziz pula berkata beliau menerima keputusan itu dengan tenang.

08 Oktober 2009

SURATAN atau KEBETULAN : SEMUA DALAM GENGGAMAN-NYA

GEMPA BUMI YANG MELANDA INDONESIA DAN KAITANNYA DENGAN AYAT AL-QURAN

MENAKJUBKAN!!! Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.




17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (Surah Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Maha Suci Allah, ALLAHU AKBAR!!!!!

05 Oktober 2009

FIKIR-FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKANLAH BERSAMA

KEPADA SI PENERIMA DAN PEMBERI HANTARAN
"Sayang, tengok ni!!! Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran!!!" pekik Jamilah kepada Nabil. "Yang ni pun cantik juga... Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni???!!!" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran. "Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab," keluh Jamilah. "Alaaa... Awak bukan reti pun bahasa arab," jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat," tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik berusia lingkungan 40-an. "Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid," sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

"Oh. Baguslah. Anak ni selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum. "Aaa... Aaa... lama dah saya tak baca.. pakcik," teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain. "Kalau gitu, tak perlulah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, nak." tegur pakcik berhemah.

"Alahh pakcik ni. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la!" tiba-tiba Jamilah muncul dengan jawapan selambanya. "Oh, baguslah. Kalau gitu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi," cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Alaa... Besarlah pakcik. Kami nak pilih ni. Kiut lagi," senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. "Jangan lupa baca ya..." pesan pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu," Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

....................................

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan upacara indah tersebut.

Pak imam baru sahaja sampai. "Assalamualaikum semua," ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya di hadapan.

Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. "Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad. "Pak Ustaz... Kabar baik, pak... usta... ustazz..." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat dan dia juga mengingati kelibat orang yang ditemuinya di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh! Sebelum tu, saya suka mendengar bacaan Al-Quran dari pengantin lelaki. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin," cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli kariah sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya... Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. "Ss... su... surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti merasa sesuatu yang tidak kena berlaku kepada bakal suaminya Nabil.

"Oh, ayat yang mudah je! Baca 3 ayat dari Surah Ar-Ra'd," kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. "Surah Ar-Ra'd... Surah Ar-Ra'd ... Apa benda nih???!!!" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim... Alll... Maaa... Riii...!!!" berlagu Nabil membacanya. Gempar satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirra jiiim... Bismillahirrahmanirrahim... ALIF... LAMM... MIMMM... RAA..." kedengar suara gemersik Ustaz Saad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya. "Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ia hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran."

"Beli Al-Quran kemudian letak di tempat-tempat tinggi seolah-olah ia sudah cukup bagi seorang muslim," tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian Ustaz Saad. "Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat."

"Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan, menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..." penutup Ustaz Saad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Handphonenya berbunyi, ada SMS yang baru diterimanya, dia membuka SMS tersebut : "Jangan lupa datang rumah ustaz malam ni. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil." SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.

....................................

TAZKIRAH

Rasulullah SAW bersabda : Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata, "DIA ADALAH TEMANKU, DIA ADALAH KAWANKU. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling kepada temannya yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih."

SELEPAS SOAL SIASAT SELESAI, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah SAW bersabda : DI HARI PENGADILAN, DI HADAPAN ALLAH, TIADA SYAFAAT YANG LEBIH BAIK DARJATNYA DARIPADA QURAN, MAHUPUN DARI NABI ATAU MALAIKAT.

02 Oktober 2009

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

Email : mohd naim mohd zain

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
Related Posts with Thumbnails