VVIP DENAI CINTA

29 September 2009

FILEM BRUNO DIHARAMKAN DI MALAYSIA

Filem Bruno, terbitan Universal Picture Production diharamkan penayangannya di Malaysia kerana ia didapati mengandungi adegan dan kata bual lucah. Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini berkata hasil penelitian dan semakan Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem itu tidak melepasi etika budaya dan amalan hidup masyarakat di negara ini.



LPF mendapati filem yang dibintangi Sacha Cohen Boren itu bertemakan gay dan mengandungi adegan lucah, kata bual lucah dan turut mengetengahkan paparan shot penggunaan peralatan seks. "Filem ini juga dengan jelas telah menyentuh sensitiviti kepercayaan dengan mempersendakan agama Kristian," kata kenyataan itu.

Pengedar filem Bruno, Golden Screen Cinemas telah dimaklumkan berhubung keputusan pengharaman itu melalui sepucuk surat bertarikh 6 Ogos lepas dan pengedar juga dimaklumkan tentang asas-asas pengharaman berserta laporan penapis filem untuk filem itu. BERNAMA
dipetik dari : malaysiakini.com

..................................................................


Aku tak tahu penapis jenis apa yang digunapakai oleh LPF dalam usahanya menapis filem-filem sama ada dalam atau luar negara. Aku sempat jugak tengok filem GAMER, macammana filem GAMER yang ternyata bukan saja ganas, tapi turut memaparkan sekian banyak PAYUDARA boleh terlepas dari penapis LPF. Apakah LPF masih terkebelakang dengan hanya menggunakan PENAPIS SANTAN untuk menapis filem???

Kalau LPF haramkan sekalipun sesuatu filem seperti filem Bruno ni, tokan-tokan DVD cetak rompak akan kata "Ada aku kisah...???!!!" Tengoklah nanti, filem ini akan berada di pasaran Petaling Street dan pasar-pasar malam yang sewaktu dengannya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails