Ahad, 2 Ogos 2009

POLIS HURU-HARAKAN HIMPUNAN AMAN!!!


sekitar HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA
Aku kena tangkap pun sebab provokasi polis tu je. Kononnya aku amik gambar, tu je alasan yang menyebabkan aku ditangkap. Walhal, apakah bengong, benak dan tolol si polis tu, tak Nampak ke orang-orang lain kat sekeliling tempat tu yang dok amik-amik gambar?


Mungkin polis yang tangkap aku ni bahlol wal badigol coz ketinggalan zaman. Orang sekarang dah maju kedepan, engkau masih ke belakang. Bukan dengan kamera jea orang boleh rakamkan gambar, handphone pun ada kamera boleh merakam gambar / video. Sebab tu la engkau tak kisah berlagak samseng dan bertindak kasar ke atas bangsa sendiri yang berhimpun secara aman.


Aku tahu, polis mangkuk tu yang mendapat arahan 'pihak atasan' tuduh aku amik gambar diorang, tarik aku, dan pastinya tahan aku. Hahaha… kesian aku kat dia, dah rupa buruk, perangai pun buruk + beruk… sebab tu ar polis yang tangkap aku tu tak beruniform, dia SB, SB tu apa? Special Branch ek? Atau… mungkin jugak boleh dipanggil SERUPA BERUK!


Tapi aku dah belajar dengan John Travolta melalui filemnya BE COOL. Jangan melawan, kita bukannya buat salah… lagipun, dah Allah swt takdirkan untuk aku ditahan hari ni. Redho je la. Lagipun boleh rasai sendiri pengalaman ditahan bersama pejuang-pejuang MANSUHKAN ISA yang lain.


Aku tak brape ingat jam berapa aku ditahan. Mungkin dalam jam 315ptg. Lepas tu, mata-mata gelap (hati pun gelap) terus padamkan semua gambar dalam kamera digital aku. Dengan semangat ‘keamanan’, aku berikan kerjasama yang sewajarnya kepada pihak polis mangkuk tu walaupun sebelum tu dia menarik kasar jaket hitam aku. Aku pelik betulla dengan mamat polis (yang tarik jaket aku tu la). Aku tahu, jaket hitam yang aku pakai tu nampak menarik dan menyerlahkan penampilan aku. Jangan la tarik-tarik kekuat, macam la aku ni penjenayah ragut. Kalau yea pun jeles dengan jaket aku, jangan la sampai bertindak sedemikian… tak gitu… haha.


Memang takde langsung tolak ansur dan budi bicara polis ni. Dia tuduh aku rakamkan gambar dia, macam la dia tu Brad Pitt, chehhh… Pooodahh. Aku pelik, kalo polis ni tak buat salah, kenapa dia takut kalaupun aku rakam suasana hari perarakan tu? Aku bagi kamera aku kat dia suh dia tengok kalaulah betul aku ada rakamkan muka dia yang tak macho tu. Pastu dia amik dan suruh kawannya padamkan semua gambar dari kamera aku.


Aku sangka, dah padam gambar-gambar tu, bleh la aku beredar dari tempat tu. Tapi biasa la, polis buruk yang buruk perangai tu takkan lepaskan aku. Dia nak jugak aku kena tahan. So, aku redho jea la. Kalo aku melawan, buat sakit badan je. Lagipun, aku bukan hero Hindustan bleh belasah ramai orang… hoho… Kalau aku ni hero Hindustan, habis la lunyai diorang aku belasah. Polis tu bleh ar balagak gertak-gertak aku yang tak bersalah ni coz diorang ramai.


Pelik bin ajaib, polis-polis ni bersikap kasar dengan masyarakat yang berhimpun secara aman. Tak kira tua, atau muda, habis semuanya dilakukan dengan perlakuan kasar. Korang ni takde ayah ke polis? Aku tengok selamba monyet je korang heret-heret pakcik-pakcik tua tu. Langsung tak hormati warga emas. Budi bahasa konon! Pigidahhh…


Tapi nak buat camana. Polis-polis ni semuanya makan gaji. Terpaksa... Terpaksa menurut perintah ‘majikannya’… Diorang ni buta hati, tak sedar majikan YANG MAHA AGUNG kat atas tu lagi hebat kuasaNYA. DIA Maha melihat, mendengar dan Maha mengetahui.


Bakal digunakan kepada anak bangsa sendiri!!! Pakai gelang tu haram bang. Memang bagus pakai gari besi ar dari pakai gelang!!!



Berbalik kepada sikap dan perlakuan kasar pepolis ni kepada para demonstrans, aku pelik la…!!! Orang yang berjalan secara aman, dikasari sebegitu sekali. Tapi mat-mat rempit dok merempit, aku tengok takde la sampai kasar sangat layanan diorang kepada mat-mat rempit tu.


Tangan digari, tak pun diikat dengan kabel plastik ala-ala tahanan Guantanamo tu. Boleh la korang berlagak, korang ramai. Rakyat boleh menilai sendiri, betapa kejam dan zalimnya pihak penguasa. TEGAS tak BERTEMPAT. Jenis manusia BODOH tak BOLEH nak DIAJAR!!!


Layanan penuh kasih-sayang dan kemanjaan dari pihak polis kepada hamba Allah ini



PELIK… SEBAB TU LA JENAYAH TAK TURUN-TURUN. POLIS DOK TANGKAP, DOK BELASAH RAKYAT YANG BAIK-BAIK NI JEA. RAKYAT YANG BUAT BENDA TAK ELOK SEPERTI MEREMPIT TU, TAK DE PLAK NAK DIKASARI. WALHAL, AKIBAT SIKAP JAHAT MAT-MAT REMPIT NI, DAH BERAPA RAMAI ANGGOTA POLIS YANG MENINGGAL DAN SENGSARA DILANGGAR / DIREMPUH SEMASA MEMBUAT SEKATAN.




SEKITAR FRU CHERAS, TEMPAT MANGSA TANGKAPAN POLIS DIKUMPULKAN...


Bersama YB R. Sivarasa





SAAT DIBEBASKAN; LEBIH KURANG JAM 9.00malam





WARGA EMAS BERSEMANGAT WAJA. pokcik ni datang jauh dari Terengganu



Semasa mula-mula sampai ke FRU Cheras, kami masih tidak dibenarkan turun dari trak. Bersama aku dalam trak tu ada la sekitar 25 orang semuanya. Tiba-tiba berlaku sedikit kekecohan di tempat peserta ditangkap tu. Rupa-rupanya tindakan seorang pegawai Polis lelaki berbangsa cina menarik tangan seorang Muslimah secara kasar telah membangkitkan kemarahan golongan lelaki yang turut ditangkap dan berada di tempat tersebut.

Kami masih di atas trak dan aku dapat juga melihat di sebalik jaring besi apa yang berlaku. Laungan takbir dan amarah golongan Muslim membuatkan suasana tegang seketika. Sewajarnyalah kita sebagai kaum lelaki bertindak melindungi kaum muslimah.

Polis-polis lelaki yang lain pun aku rasa tak bersetuju dengan perlakuan Pegawai berbangsa cina tersebut. Padahal ramai jugak la anggota polis wanita di tempat tu, mengapa si jantan cina tu plak yang menarik tangan Muslimah tersebut. Mujurlah suasana dapat ditenangkan kembali selepas tu... wallahu a'lam...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'