Isnin, 29 Jun 2009

MUNGKINKAH MICHAEL JACKSON DIBUNUH KERANA MEMILIH ISLAM?!!!


TMZ.com, laman web yang menjadi organisasi berita pertama melaporkan kematian Michael Khamis lalu (pagi Jumaat waktu Malaysia). Kematian lagenda pop dunia ini masih diselubungi misteri. Sebagaimana kisah hidupnya yang penuh misteri, kematian Raja Pop ini juga turut menyimpan seribu persoalan yang belum terungkai.

Di sebalik itu, timbul juga persoalan, apakah Michael Jackson (MJ) dibunuh atas dasar kecenderungannya kepada Islam dengan dunia telah dimaklumkan bahawa beliau sempat mengucapkan syahadah pada November 2008. Tidak sampai setahun pengislamannya, dia telah pergi selamanya meninggalkan dunia yang fana ini.

Sesungguhnya MJ adalah nama yang cukup gah dalam dunia muzik. Walaupun sering dikaitkan dengan pelbagai ko
ntroversi. Namun ia tidak sedikitpun menghilangkan pengaruhnya bahkan 'kipas susah mati' (die hard fans) MJ sentiasa menyokong karier penyanyi pujaan ramai ini.

Sesungguhnya tindakan MJ memeluk Islam pastinya memberikan tamparan hebat kepada musuh-musuh Islam. Kita telah sedia maklum bahawa para orientalis dan dunia barat menggunakan '3S' untuk 'membunuh' umat Islam secara 'senyap'.

'3S' yang dimaksudkan adalah SEXS, SPORTS dan SONGS. Melalui '3S' ini musuh Islam telah berjaya melemahkan semangat, minda dan pemikiran umat Islam. Justeru itu, satu tamparan maha hebat apabila MJ yang merupakan ikon dan lagenda muzik dunia bertindak memilih untuk menganuti Islam.

Ia pastinya secara automatik menjadi satu bentuk dakwah tanpa sedar kepada jutaan peminatnya. Pasti peminat MJ akan tertanya-tanya, mengapa MJ memeluk Islam? Apa itu agama Islam? Dan ini pasti akan membuka mata insan-insan yang tidak pernah mengenal apa itu Islam untuk belajar mengenai Islam dan itulah yang ditakuti oleh musuh-musuh Islam ini apabila keindahan Islam itu mahu dipelajari dan difahami.



Sesungguhnya insan yang bernama Michael Jackson ini atau nama Islamnya Mikaeel ini mampu memberi impak yang besar sekiranya pengislamannya terus diperkatakan masyarakat dunia terutama 'kipas susah matinya'. Bayangkan betapa besarnya 'kuasa muzik' yang dibawanya dan seandainya dia mampu menggunakannya sebagai jalan dakwah, pasti ia akan menggerunkan musuh-musuh Islam.

Bakat MJ lebih besar berbanding Cat Steven (Yusuff Islam) dan pengaruh MJ melalui muziknya melangkaui sempadan negara, bangsa dan agama. Peninju lagenda Muhammad Ali juga menganut Islam. Namun MJ memiliki nama yang lebih 'kuat' dan pengislamannya pasti akan 'menghantui' kalangan musuh Islam yang tidak mahu keindahan Islam itu diketahui.

Abang kandung MJ, Jermaine Jackson yang telah memeluk Islam sejak 1989, semasa memaklumkan kematian adiknya kepada media telah mengakhiri ucapannya dengan kata-kata, "Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu Michael." Sebagai abang kandung, pastinya Jermaine lebih mengetahui perihal adiknya (MJ) berbanding kita. Wallahu a'lam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'