HAKIM MAHKAMAH TINGGI BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada jam 2.30 petang menyatakan “Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (DS Nizar) sudah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (DS Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan.”
Jelas keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi ini seolah DS Nizar memberi ‘penampar’ buat UMNO-BN terutama kepada Datuk Seri Najib dan Menteri Besar TIDAK SAH TARAF Datuk Seri Zambry Kadir. Tentunya ‘besar kemaluan’ mereka lantaran sikap pendek akal dan bodoh sombong dalam membuat tindakan merampas kerajaan pilihan rakyat dengan cara paling kotor!!!
UMNO-BN seharusnya dihukum dengan seberat-berat hukuman kerana melacurkan perlembagaan dan membelakangkan undang-undang dalam merampas kerajaan Perak. Malah UMNO-BN turut mengheret kebawah Duli Yang Teramat Mulia al-Sultan Perak dalam permainan politik kotor mereka.
Sebagai rakyat
Sultan hanya mahukan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negerinya. Namun Sultan mungkin telah diberikan nasihat yang salah oleh pemimpin UMNO-BN yang rakus dan tamak haloba hinggakan ada di kalangan rakyat menzahirkan rasa tidak puas-hati mereka kepada KDYMM Sultan.
Dalam isu ini, UMNO-BN tanpa segan-silu dan rasa hormat serta rasa tanggungjawab kepada kemuliaan institusi Raja Berpelembagaan telah bertindak khianat memalukan istana Perak.
Semoga keputusan Mahkamah Tinggi semalam memberikan satu iktibar kepada semua yang terlibat dalam krisis politik di Perak. Lebih-lebih lagi kepada UMNO-BN, merekalah punca kepada porak-perandanya kerajaan negeri Perak.
UMNO-BN umpama LELAKI HIDUNG BELANG yang tergila-gilakan ISTERI ORANG. Si LELAKI UMNO-BN ini pergi berjumpa dengan BAPA isteri orang tersebut dengan memaklumkan bahawa isteri tersebut telah diceraikan oleh SUAMINYA YANG SAH. Si LELAKI UMNO-BN ini memohon agar dirinya diiktiraf sebagai suami yang sah walhal SUAMINYA YANG SAH belum lagi menjatuhkan talak kepada isterinya!!!
Si LELAKI UMNO-BN tetap berkeras dan memberikan pelbagai alasan dengan membawa 3 orang anak Si ISTERI dan SUAMINYA YANG SAH itu sebagai saksi membuktikan SUAMINYA YANG SAH telah menceraikan isterinya. Maka, atas dasar percaya akan alasan dari Si LELAKI UMNO-BN ini, maka BAPA si ISTERI menikahkan mereka dan Si LELAKI UMNO-BN bergelar SUAMINYA YANG SAH.
KEBENARAN TETAP DI ATAS KEBATILAN. SUAMINYA YANG SEBENAR-BENARNYA SAH telah membawa kes tersebut ke mahkamah. Dan kebijaksanaan mahkamah telah memutuskan bahawa Si LELAKI UMNO-BN adalah TIDAK SAH SEBAGAI SUAMI kerana SUAMINYA YANG SEBENAR-BENARNYA SAH belum lagi melafazkan cerai kepada si ISTERI.
Wallahu a’lam.
Apabila ketamakan serta kerakusan menguasai diri. Manusia terlupa kepada hakikat dan kebenaran. UMNO-BN pasti akan dikenang dalam lipatan sejarah politik tanah air sebagai PARTI BENGAP yang memporak-perandakan ‘RUMAHTANGGA’ orang lain.
Kerana kebengapan mereka, institusi Istana turut terheret dan tercemar. Daulat Tuanku! Usah lagi didengar UMNO-BN yang mengampu!!!
0 comments:
Catat Ulasan