Isnin, 18 Mei 2009

MASALAH SOSIAL; APA FAEDAHNYA PLKN???

Permasalahan sosial yang kian membarah menjadikan situasi masyarakat kita resah dan rimas. Gejala MAT REMPIT yang semakin menjadi-jadi malah diangkat penuh popular dalam filem-filem mahupun drama. Gejala tidak sihat ini yang seterusnya mewujudkan pula perlakuan jenayah ragut, curi motosikal, pergaduhan, 'angkat puak', buli, bunuh, seks bebas, rogol dan pelbagai permasalahan kronik lain yang dilihat masih belum ada jalan keluarnya.

Lebih menyedihkan apabila hampir 100% MAT REMPIT ini terdiri dari anak-anak remaja/belia MELAYU ISLAM!!! Apa hasil usaha tarbiah yang dilakukan oleh PUTERA UMNO sedikit masa lalu? Bukan sedikit wang yang dibelanjakan oleh PUTERA UMNO dalam programnya sebelum ini untuk melentur mat-mat rempit ini. Namun di manakah hasilnya? Apakah budak-budak mat motor ini hanya digunakan UMNO untuk berkonvoi membawa bendera UMNO apabila menjelang pilihanraya sahaja?

Dan apa fungsi dan keberkesanan perlaksanaan PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) dalam membentuk sahsiah remaja? PLKN yang telah dilaksanakan dengan pengambilan pelatih bermula tahun 2004 nyata tidak menampakkan perubahan positif kepada remaja yang terbabit menyertainya. Malah kita kerap-kali menerima laporan-laporan mengenai kepincangan PLKN yang nyata ia perlu dikemaskini segala penerapan atau nilai-nilai untuk memastikan program tersebut benar-benar memberi manfaat.

Apakah OBJEKTIF perlaksanaan PLKN benar-benar telah tercapai ataupun program ini hanya memberikan pihak-pihak tertentu keuntungan dalam memperoleh tender-tender berkaitan program ini!!!

OBJEKTIF : Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:

1.Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
2.Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
3.Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
4.Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.

Jika dilihat kepada objektif yang tersebut, kita sebenarnya langsung tidak memerlukan PLKN dalam menjayakannya!!! Sistem pendidikan di Malaysia telah berjalan dengan baik untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Pelaksanaan PLKN hanya merugikan wang rakyat!!! Malah tiada hasil positif dari program tersebut yang boleh dibanggakan. Gejala sosial mat rempit, bohsia, seks bebas dan segala macam jenayah berkaitan remaja semakin menjadi-jadi.

Dasar PLKN perlu diubah! Pengambilan pelatih juga seharusnya dikaji semula. Adalah lebih baik hanya pelatih lelaki sahaja yang diambil dan ubah corak latihan dengan melaksanakan KERAHAN TENAGA seperti yang dipraktikkan oleh negara jiran kita Singapura dan Thailand.

Subjek-subjek latihan dan penerapan nilai-nilai sepanjang program juga seharusnya berpandukan agama sebagai tunjang / asas terpenting.

Sesungguhnya program tersebut bermanfaat untuk golongan muda, namun perlaksanaannya kini penuh dengan kepincangan serta tidak dapat memberikan impak yang sewajarnya walaupun setelah lima tahun dilaksanakan. Rombakan besar-besaran seharusnya dibuat!!! Atau hentikan sahaja kalau pihak yang membuat dasar tidak ambil peduli dengan pandangan masyarakat!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'